MG Dengan Junior - Azhar Amin

Aku lama juga tak ada masuk entry dalam blog. Maaf selalu on the move. Balik dari Tioman Sabtu lalu aku dapat sms dari Azhar Amin dari Penang nak jumpa aku Ahad malam Isnin kat JB. Aku kata Ahad tak boleh sebab baru nak balik dari tengok F1 di Sepang. So tukarlah hari Isnin malam.

Kat Sepang aku kena hujan yang amat lebat dah tu terus balik JB malam tu juga apalagi tumbanglah jawabnya. Tapi pasai dah janji aku turn up juga dengan Batan. Dia pun sempat telefon member batch dia si Wahab so malam tu kita orang pun pergilah bawa dia pergi makan seafood kat Straits Garden sebelah Danga Bay.

Si Azhar ni junior kita setahun kelas M. Dia main hoki di sekolah dulu lepas tu serumah dengan aku dan Batan di KL semasa belajar kat UTM. Tapi selepas UTM memang aku tak pernah jumpa dia. Kali ni dapat berjumpa memang rasa gembira yang teramat sangat.

Jom,jom,jom....................buat MG kat KL / Kajang / Bangi / Shah Alam / Serdang / Sg. Petani / Johor Bahru / Batu Pahat / Melaka ?????? Rindulah tak jumpa geng lama.
Minggu depan Esa Kahar ada kat JB - 2 minggu. Sesiapa nak join calling2lah jangan malu2.
Tolonglah publish kat blog ni. Aku on the move kalau tahu memang singgah punyalah cari kau orang. No problem bros & sisters.

Ulasan

sha'ri berkata…
YB Said. Mana kau pergi, lama tak masuk blog.
Said Ahmad berkata…
A'kum Shaari.
Maaflah selalu naik ke pulau almaklumlah musim menyelam dah bermula.
Noorsham berkata…
Dr Hj Shari..ada orang suka main golf. Ada orang suka pegi menyelam. Ada orang suka pegi memancing. Apapun hobi...yg penting jgn lupa amalan agama mcm sampai tertinggal solat ke...dan jgn hobi yg bertentangan dgn perintah Allah sudah...

Lagi satu doc, aku..Said..dan Bagio bukanlah support mana2 parti..UMNO ke, BN ker...PAS ker...keadilan ke..PR ke...tp kita org tak suka bila org Islam/melayu kutok org Islam lain mcmlah dia best jer...lagi pun tak baik ckp belakang...nak..gentleman n hantarlah surat kat suratkhabar mana2 n luahkan apa2 supaya org yg diperkatakan tu dpt dgr atau baca...mcm aku pernah ckp, nabi pun tak kutok org mcm tu...
sha'ri berkata…
Aku tak main golf, aku tak memancing, aku tak pandai menyelam. Mungkin tak ada minat atau pembawakan dari kecik kot. Hobi aku...Hobi aku suka baca dan fikir, mempersoalkan kenapa.. kenapa ... kenapa... dan bagaimana.. bagaimana... bagaimana... Lepas tu hobi kedua suka menyampaikan .... aku teringat kata-kata (tak ingat haids ke) ... sampaikanlah walau satu ayat.. sampaikan walau ia suatu yang pahit untuk dengar ...aku beri lecture, beri ceramah umum, beri ucapan, tulis dalam jurnal - pun media - ilmu yang Allah beri (ilmu sikit sangat... kalau lautan tu tinta satu molecule air pun tak sampai) dan mana yang termampu. Kadang kadang pemahaman masing-masing terhadap sesuatu isu berbeza berdasarkan tahap dan mungkin keupayaaan mentelaah masing-masisng. Allahu'alam. Mohon maaf jika ada siapa yang tersingung dan jika saya silap, saya insan biasa tiada lebih dari sesiapa pun.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI