Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

MG kat Serdang

Imej
Ni rumah Arbakaria...jemput datang semua pada 1.12.2009...malam lelaki atau perempuan atau keluarga...bukan jauh...dekat jer...sampai UPM call... 0133955571 Salam, Kawan2 kat KL & Selangor dan yang sewaktu dengannya ,harap lapangkan masa menghadirkan diri ke MG kat rumah Dr. Arbakariya.Ada pun majlis itu pada esok hari selasa 1hb Dis, '09 selepas maghrib. Ini untuk merai kedatangan kawan kita Sdra. Inspektor Mohd Shukri (5M1-78). Dia sedang berkursus di IPTAR, Angkasapuri,KL. GB Mohd Yusop turun dari Rompin,Pahang. Sdra. Said Ahmad sudah sampai dari Johor.Sdra Mohd Noor Maaros dah tau. Member ,Sukimin dan Mohd Fuad dah juga tau!.. Rahman Mokhtar...harap kau datang...Syed Mohd, Syed Bakar, Elias, Azida, Aini, semua tak jauh tu.... Sila war war kan MG ni. Alamat: 38,Jln 12,Tmn Desa Serdang, 43300 Serdang Lama... Datang.. jgn tak datang. Kalau sesat tipon...

PERIA@JEJAKA@LELAKI BULAN NOV 2009

Imej
Ini adalah gambar sahabat aku yang terbaru pada 26 Nov 2009. Jejaka ini menjadi pilihan aku bagi bulan Nov 2009 kerana sumbangannya dengan menceriakan blogger SMSJ 1978.Lelaki in orangnya bergaya sederhana. Akalnya panjang sepanjang Sungai Mengkibol. Penuh idea dan falsafah.Peria ini boleh mengutuk dan boleh dikutuk. Sesiapa yang cuba mengutuknya dia secara sepontan boleh menjawab kutukan berkenaan. Aku lebelkan beliau pilihan bulan Nov 2009 dan namanya ialah Pak Roslan @ Bagio. Kelahiran Johor Baharu. Baru beristeri satu.

KALI TERAKHIR JUMPA 1978 ( SYED ZAKARIA SYED MOHAMMED)

Imej
Aku jumpa Syed Zakaria di Mesyuarat Task Force Surau SMSJ pada 25 November 2009. kali terakhir jumpa dia adalah 1978 bila aku tamat SPM. Masa itu dia tingkatan 3. Syed Zakaria Syed Mohammed di tengah aku sebelah kanan Syed Zakaria berdiri paling kanan aku mencangkung di tengah Lari jauh gak muka dan saiznya...Siapa yang agak maintain???

MESYUARAT PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU SMSJ

Imej
Asalamualaikum.. Petamanya nak ucap terima kasih tidak terhingga kepada Perunding NSJ (Nasruddin) yang bersedia memberikan kebenaran supaya mesyuarat ke dua ini diadakan dipejabat beliau. Kehadiran mesyuarat: Dato' Ahmad Redza Kak Noryn Abg Ramly Saiful Yazan Syed Zakaria Ayong (super duper junior, SPM 1994) Nasriddin aku Wakil Jailani Jasmani sebagai QS(dia ke Mekah) Kami mengalu-alukan sumbangan tuan-tuan untuk menjayakan misi ini. Foto keadaan luar surau sekarang Keadaan luar surau sekarang Berdiri dari kiri: Wakil Jailani Jasmani QS (Jai ke Mekah), Ayong, Aku, Abg Ramly Duduk dari kiri: Saiful Yazan dan Dato' Ahmad Redza Paling kanan Syed Zakaria Syed Mohamad Kak Noryn, Saiful Yazan menerangkan sesuatu kepada Dato Ahmad Redza Curi tulang..! Nas belajar Facebook! Tertinggal jauh dia..sian..jumpa nama anak dia kat facebook! Perbincangan Mesyuarat perbincangan Rambut Nas dah mula jarang Buat pemeriksaan drawing struktur

Malam Jumaat Keliwon Part 8

Imej
aku terpaksa buat entri baru bila malam jumaat keliwon 7 byk mengundang kontrovesi... Kata orang yg pandai, ada beberapa perkara boleh membantu kejayaan sesaorang semasa hidup di dunia.. 1. Mempunyai kawan yg ramai tanpa mengira warna kulit, ajaran atau asal usul.. aku lupa siapa kiri dan kanan Saadiah... norlela, norlia atau norlida 2. Mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh... Aku cuma ingat cikgu Sharif , Cikgu Rahman Molar dan Cikgu Husin Gar aja.. 3. Mempunyai kekuatan otak dan otot yg kental.... Bong, kau jadi tekong. Surya menang pasal wak jan bisul kat ketiak.. 4. Setiap yg berjaya dikata ada yg berada dibelakangnya samada suami atau istri.. Fauziah dgn kebaya sampai Syed Bakar tangkap lentuk.... Kita belum tua lagi kalau kita boleh mengingati nama dalam gambar kat atas... Hidup Surya.... dan Selamat Hari Raya Aidil Adha....

Stroke Strike? Don't Panic.

Stroke : Blocked blood supply (O2) to the brain. What stroke does: Prevents a particular body function. Causes of stroke : Thrombosis (blot clot) or embolism (blocked artery) anywhere in the body causing ischaemia (lack of O2 supply) to the brain. When stroke strikes, the brain capillaries will gradually burst. So when stroke occurs, stay calm. All you need to do is to help ease the blood flow in the victim's system. You need a syringe and needle to do this. But in case of emergency sewing needle or a straight pin will do. So, keep a set of syringe and needle in your medicine box in case of emergency. Don't forget this instruction. When stroke strikes, don’t panic. Do not move the victim. Moving the victim may cause the brain capillaries to burst. Place the needle over fire to sterilise. Use the needle to prick the tips of all 10 fingers. There is no specific point, just about 1 mm near the finger nail till blood comes out. If the blood doesn’t come out, squeeze it. The victim ...

Di sebalik Sentuhan 'S'

Legakan ketegangan yang dialami oleh sidia dengan gerakan melingkar dan membentuk huruf 's' pada bahagian belakang tubuhnya...  Lou Paget, penulis buku 'How To Be A Great Lover' berpendapat, "Sentuhan ini akan menggetarkan sistem saraf dan membuatkan si dia berasa lebih 'rileks' dan tenang berada di sisi mu."
Imej

Tumpang lalu ...

Imej
Kepada cikgu-cikgu yang akan menanda kertas jawapan peperiksaan SPM pelajar : Karangan BI Algebra Kalkulus Geometri Trigonometri Budak ni genius ke apa?

Malam Jumaat Keliwon Part 6

Imej
Ada 1000 bunga di taman yang sama warna, sama usia dan sama jenis tapi kenapa kita pileh satu antara 1000 itu untuk diberi kepada kekasih kita?999 cuma gagal dipileh oleh kita sedangkan ianya akan dipileh oleh orang lain .... Ada 1000 pelajar sekolah sains johor yang mandi dgn air yg sama, makan dan minum didewan yg sama dan segalanya sama tapi ada yg berjaya dan ada yg gagal? Mereka cuma gagal dalam peperiksaan tapi mereka telah berjaya dalam kehidupan yg lebih besar selepas sekolah... Sedikit petua khas untuk anak2 yg akan menghadapi peperiksaan. 1. Gunakan papan notis di dalam kelas untuk menampal semua formula atau bahan2 yg berguna supaya mudah diingati semasa peperiksaan nanti. teka siapa?...fatie..kau pulak jawab? bukan gambar unta yg di tampal... Anak2 seharusnya mencontohi pelajar seperti dalam gambar di atas yg mejanya penuh buku2 yg tebal2.. Cuba contoh pelajar tersebut... 2. Kesihatan perlu diberi perhatian dan seimbangkan dengan sukan. Bercampurlah dengan teman2 walaupun b...

Boleh cam lagi 2?

Imej
Mini gathering abang senior kita yg paling tua di SMSJ Agak-agak masih ingat lagi tak nama-nama dia orang ni. Ada di antara depa ni yang senasib dgn Usop, kena rotan dgn warden sebab 'deng' Hahahaa...dah tuatua pun kena jugak dgn warden, ingatkan usop n the geng je.... Abg Aziz tengah tunjuk foto masa di SMSJ dulu kat Hafizah sebab Ha dah tak cam yang mana satu depa ni Sebelum solat Jumaat 13 Nov , pakwe aku called beritau yg abg Aziz ( classmate dia masa kat SMSJ) nak singgah rumah kami. Dia on the way nak menghadiri AGM SAJOHA di UKM pada 14 Nov . Bila abg Aziz sampai, depa dok pakat called classmate depa yg lain , ajak jumpa somewhere . So, entah macam mana bila abg Aziz mention nak sewa hotel, abg Rosly teringatkan 'homestay' Hafizah Awang di Shah Alam. Kalau sewa hotel pun harga lebih mahal tapi sempit. Abg Aziz setuju, kami called Ha, dan kebetulan 'homestay' Ha kosong. Malam tu depa berkumpul di homestay Ha, pakwe aku ni heret aku sama, tapi aku pi melepa...

kenangan reunion

Imej
best friend.... [ khas untuk tatapan mimbar, sukimin dan bagio yang selalu menjeleskan Si Ucop..] tengok...senyum mereka berdua..ikhlas dan seadanya..mana ada perli perli orang lain..hahahahaha...jangan marah gurau jer..

BERPADA-PADA

Kerana perhubungan yang akrab , janganlah sampai menjamin semua pinjamannya . Kalau terjadi perselisihan serta dikhianati , boleh papa kedana jadinya . Kerana persahabatan yang rapat , janganlah ahli keluarga diserahkan untuk dijaganya . Dek godaan halus , boleh porak peranda keluarga dibuatnya . Kerana ada ikatan persaudaraan , janganlah hal yang terlalu personal dikongsi bersama . Kalau terjadi salah faham , habis semua hal-hal luar dalam boleh terjaja . Kerana terlalu libral , janganlah letakkan kepercayaan penuh kepada satu pihak . Jika terjadi perubahan dasar secara songsang , merana dibuatnya . Fikir dahulu sebelum bertindak . Sebaik-baik tindakan adalah yang sederhana . Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tak berguna .

Kenapa Nafsu Kemaruk

Setelah usia menghampiri 50, nampaknya sukar melawan kehendak nafsu. Kita boleh bertahan jika tidak digoda. Masalahnya godaan semakin banyak akhir2 ini, lebih banyak dan lebih hebat berbanding sewaktu muda dahulu. Dari Abdullah bin Mas'ud ra "Tidak seorang pun diantara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya". Para sahabat bertanya, "Tuan juga ya rasullah?" Jawab baginda " Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruh ku melainkan untuk kebaikan." (muslim). Melalui hadis ini seolah2 kita telah menemui jawapannya, iaitu prilaku manusia turut dipengaruhi makhluk2 yang tidak kelihatan. Soalnya apakah kita boleh menyalahkan mereka semata2 dalam prilaku songsang kita? Kita tidak boleh menyalahkan makhluk ini sebab semua kesalahan dosa dan akibatnya kita tanggung sendiri. Jakim dalam laman webnya men...

MEMBINA BAHAGIA

Menerima seseorang seadanya adalah kunci utama membina bahagia . Ucapan cinta-sayang tidak relevan selagi tidak diterjemahkan dalam tindakan yang berkesan , Berkongsi masalah dapat membina jambatan persefahaman . Golongan profesional terutamanya akan mengakui ini langkah terbijak ke arah itu . Menghormati dan menghargai cita rasa pasangannya boleh mengukuhkan ikatan . Pelbagai perbezaan sebenarnya adalah resepi paling enak menuju bahagia . Mencari ruang dan peluang positif untuk sentiasa bersama adalah langkah terbaik untuk memurnikan erti kebahagiaan yang hakiki . Hipokrit dan double standard adalah pembunuh kebahagiaan . Ia ibarat api dalam sekam yang merobek kejujuran , kepercayaan , kesetiaan untuk selamanya ...........

SEJAMBAK MAWAR DAN KARANGAN BUNGA

Hari ini aku tak ada cerita tentang kisah kita di SMSJ. Akan tetapi aku menghadiahkan sejambak mawar dan karangan bunga untuk kita semua. Jadikanlah hadiah ini sebagai hadiah yang tidak seberapa walaupun kita semua telah menjangkau usia setengah abad. Moga2 kita beroleh berkat dari Allah dan lebih dari mendapat bahagia di penghujung2 hidup kita ini. SEJAMBAK MAWAR Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat. Kuntum 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian,anda akan dihargai. Kuntum 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga talah menanti anda. Kuntum 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda. Kuntum 5 : I...

Boleh cam tak?

Imej
Foto ni aku ambik dari blog batch 77. Aku suka nak share dengan semua kekawan batch kita pulak. Foto ni diambil pada tahun 74, di hadapan Kolej Tengku Ampaun Mariam ( asrama budak perempuan masa kat JB dulu). Boleh cam tak siapa yang kat dalam foto tu.....

EKSKLUSIF

Kediaman perlu di kawasan tinggi dan luas yang pemandangannya indah dan menghijau . Rumah kecil lain tidak perlu bersama berada di situ . Membeli-belah perlu di tempat eksklusif . Barangan pula diimpot serta berjenama . Kalau boleh orang lain tidak memiliki barangan itu . Kenderaan dinaiki perlu mewah dan canggih serta harga tinggi . Ia diidentitikan berbagai rupa supaya berbeza dengan yang lainnya . Bila mati nanti , kediamannya di tanah perkuburan bersama insan lain . Barangannya kain putih berjenama sama seperti yang lain . Kenderaan dan pengusung jenazah sama dengan yang lain . Di manakah nilai eksklusif ketika itu ? Hanya amalan dan doa dari anak yang soleh . Orang lain tidak tahu . Itu rahsia diri sendiri ........

JADI BOLA

Imej
Bila menemuinya , orang nombor satu berkata dengan lembut penuh makna "Saya sedang sibuk . Silalah berjumpa pembantu saya " . Bila menemuinya , orang nombor dua pula berkata dengan tegas dan jelas "Tak nampak ke saya sedang sibuk ni ? Pergilah jumpa sendiri pembantu saya ". Bila menemuinya , orang nombor tiga pula berkata dengan garang dan terang ." Buta ke , tak nampak saya sibuk ni ? . Uruslah sendiri masalah awak tu ". Inilah menyebabkan ada organisasi meletakkan mottonya "The Ship Is More Than The Crew" . Harapannya supaya "crew" sedar dia berfungsi untuk menggerakkan kapalnya . Setelah PM meletakkan motto "Pencapaian Diutamakan , Rakyat Didahulukan " adakah akan wujud fenomena "seperti bola" ini lagi ?

BIASA TAPI TERASING

Imej
Team Cadangan Sambungan Surau SMSJ pada 7 November 2009. Aku yang terawal sampai jam 9.30 pagi. Itu pun setelah aku melepaskan kepingin aku dengan minuman dan roti bakar di Railway Station. Kena saman parking oleh MPK pulak masa kat Railway Station. Hari Sabtu pun ada saman! Dah la tu nak gi bayar kaunter Majlis Perbandaran Kluang TAK BUKA PULAK...HARI SABTU!! SAMAN JALAN JUGA!! KAUNTER NAK BAYAR TAK BUKA!!! APA DAH JADI NI!! PANAS GAK AKU!!Nak komplen kat YDP dia la. Aku sampai kat sekolah dan terus parking kat depan dewan makan. Keadaan sunyi sepi..Asrama macam dah cuti..tak de orang. Rupa-rupanya dia orang ada prep. Tak de sorang tegur aku walau aku pakai t-shirt reunion kita..merah lagi..! Bangunan tambahan kelas yang baru. Bangunan tambahan asrama puteri Aku melawat dapur dewam makan yang dah membesarkan kita selama 5 tahun. Kat sini lah aku pernah kena tampar seorang guru pasal membuang sisa nasi ke dalam tong nak bagi Mr Pang! Aku ingat sapa tampar aku tu. Bangunan surau ...

INFO TERKINI: KHASIAT PELUK ISTERI

Info ini adalah untuk yang dah berkahwin...yang belum kena cepat2 kahwin. Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang2nya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang pada 28 Oktober 2009. Hormon endorflin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit da...