EKSKLUSIF



Kediaman perlu di kawasan tinggi dan luas yang pemandangannya indah dan menghijau . Rumah kecil lain tidak perlu bersama berada di situ .

Membeli-belah perlu di tempat eksklusif . Barangan pula diimpot serta berjenama . Kalau boleh orang lain tidak memiliki barangan itu .

Kenderaan dinaiki perlu mewah dan canggih serta harga tinggi . Ia diidentitikan berbagai rupa supaya berbeza dengan yang lainnya .

Bila mati nanti , kediamannya di tanah perkuburan bersama insan lain . Barangannya kain putih berjenama sama seperti yang lain . Kenderaan dan pengusung jenazah sama dengan yang lain .

Di manakah nilai eksklusif ketika itu ? Hanya amalan dan doa dari anak yang soleh . Orang lain tidak tahu . Itu rahsia diri sendiri ........

Ulasan

mohdkhirmatnor berkata…
betul tu mah.

ada lagi yang tak mampu buat macam mampu.yang susahnya diri sendiri.

terima kasih kerana ingatkan kawan2.
kembara kelana berkata…
haah mah
satu pemikiran yang sangat baik untuk di kongsi..

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI