Selasa, 17 November 2009

Boleh cam lagi 2?


Mini gathering abang senior kita yg paling tua di SMSJ


Agak-agak masih ingat lagi tak nama-nama dia orang ni.
Ada di antara depa ni yang senasib dgn Usop, kena rotan dgn warden sebab 'deng'
Hahahaa...dah tuatua pun kena jugak dgn warden, ingatkan usop n the geng je....


Abg Aziz tengah tunjuk foto masa di SMSJ dulu kat Hafizah sebab Ha dah tak cam yang mana satu depa ni


Sebelum solat Jumaat 13 Nov , pakwe aku called beritau yg abg Aziz ( classmate dia masa kat SMSJ) nak singgah rumah kami. Dia on the way nak menghadiri AGM SAJOHA di UKM pada 14 Nov . Bila abg Aziz sampai, depa dok pakat called classmate depa yg lain , ajak jumpa somewhere . So, entah macam mana bila abg Aziz mention nak sewa hotel, abg Rosly teringatkan 'homestay' Hafizah Awang di Shah Alam. Kalau sewa hotel pun harga lebih mahal tapi sempit. Abg Aziz setuju, kami called Ha, dan kebetulan 'homestay' Ha kosong.
Malam tu depa berkumpul di homestay Ha, pakwe aku ni heret aku sama, tapi aku pi melepak kat rumah Ha..... seronoknya dapat sembang lama-lama macam tu. Dan Ha bagi diskaun kat abang2 tu, selalunya harga 'homestay tu RM180( promotion untuk sehingga hujung tahun ini) Ha siap taja makan lagi! Untungnya depa..... eh, kalau hangpa perlukan penginapan kat area Shah Alam ( mana-mana anak yg nak konvo kat UITM ke) boleh lah kau orang gunakan 'homestay' Ha ni. Selesa! Ada 4 bilik yang luas, dan kemudahan yg lebih kurang macam hotel..... cubalah! Alamat homestay Ha ialah no 14, Jalan Raja Abdullah 4, 9/19D, seksyen 9, Shah Alam.

24 ulasan:

kembara kelana berkata...

tahniah fatie...

fati berkata...

Mg dia orang?....Kau boleh bayangkanlah kalau dah 34 tahun tak jumpa...jumpa-jumpa je dah macam atuk-atuk memasing....heheheeh
Aku balik rumah kul 3.30 pagi...., tu mata depa dah tak larat ....kalau tidak sambung lagi sembang tu agaknya. Half way balik Tg Malim aku kena drive sebab pakwe ni dah tak boleh nak bukak mata lagi....

kembara kelana berkata...

homestay aku..rumah wak mimbar...kat luar pun tak per...sembang sampai subuh

fati berkata...

Kau orang tak leh nak teka ke nama abg2 senior ni ?( kecuali pakwe aku dan abg Aziz)

kembara kelana berkata...

aku kenal abg rosli jer...lain out ..tak ingat lansung...

ha kau memang baik hati...

pakroslan berkata...

Salam Fatimah,
aku rasa semuanya masih nampak gagah dan muda. mgkn kerana mereka lelaki dan org lelaki tak makan tua... cuma kau dgn hafiza agak tua sikit...

norlilasamad berkata...

Salam Fati,
Lila memang kenal sangat dgn yg berbaju biru, duduk baris depan no. 2 dari kanan. Suami kakak ipar kita tu, abg Md. Radzip bin A.Ghaffar...
Di sebelah kanannya abg Jamaluddin ke? Pernah jadi Pengarah Hospital Batu Pahat tu...

kembara kelana berkata...

fatie...
orng lelaki memang tak cam orang lelaki..dah tabiat nya begitu..tapi kalau kau bariskan kakak senior..memang kita orang kenal ..terutama kalau kakak tu...

fati berkata...

Lila,
sebelah kana abg Razif tu abg Hassan Adly. Abg Jamaluddin kat JB, laa ni dah pindah kat hospital Permai Tampoi pulak. Fati jumpa jugak akak ipar Lila...kami melepak kay rumah Ha sambil sembang-sembang...org BP jumpa org BP, banyak boleh sembang kan....
Sop,
betul kata kau tu....heheheh. Kau tengok pak roslan kita, sesekali dia bagi komen, dah nak tersedak aku di buatnya.....

aishah berkata...

Salam semua,

Ini kak Aishah batch 77. i masih cam muka abang2 ni cuma tak berapa ingat nama. wow.... banyak betul perubahan......

kembara kelana berkata...

kak aisyah...terima kasih memberikan komen..dan blog ini sebenar nya terbuka untuk semua kak..u r welcome...memang masa telah memisahkan kita semua namun, kenangan hidup bersama di smsj tetap bersemadi di dalam memori kita..

kembara kelana berkata...

lila
kau sehat ke lila..lama tak memberikan tenaga dalam blog ni..banyak boleh dikongsi ...dalam gamabr tu ...kau kira ada jugak kenal...aku kenal bang rosli jer... sori lah abang abang semua...memori saya dah berkarat..

norlilasamad berkata...

Salam Usop,
Alhamdulillah. Sehat.
Sibuk sikit urus hal anak2. Yg nak SPM, yg nak pulang brcuti & mcm2 lagi...

Salam Fati,
Smalam kakak ipar kita call. Ada juga cerita pasal MG tu. Letih tunggu hingga 2.00 pg baru balik...

fati berkata...

Kak Aishah ni kak Aishah Manap ke?
welcome 3x......
Yg pakai baju oren tu abg Jaafar ( org kuat dewan makan masa tu), yg baju putih pakai cermin mata , abg Zamri Hashim, yg takde uban tu org melaka, abg Mahbur, yg kemeja biru bercorak, abg Mansor, dan t shirt biru, abg Razif ( biras Norlila)

Azida berkata...

Salam. Fatie... abang saya tek de ke... teringin nak tengok rupa...
Salam Kak Aishah... semoga dapat bertemu.... di alam maya

fati berkata...

Dalam sejuk sempat lagi kau jengok blog....eh, cek abg tak ikut ke....boleh honeymoon kali ke 2 lak...hehehe
Abg Fazida tu, dah puas abg rosly called, ada je alasan dia...., geng dia yg lain pun called.... dia dok kat melaka...jauh sikit kot...

kembara kelana berkata...

ada kakak kita namanya aishah sulaiman, aku baru baru ni dapat chat dgn dia..dia ada di KL..senior kita ada 10 kelas...paling ramai..apapun kakak dan senior kita tetap dihati...cuma "keterlupaan" dek kerana masa berlalu ..biasalah tu

azida
amboi..kau tanya sapa tu jida

fatie...
ada lagi pic lama...? kuarkanlah..bior kita masin teka teki...kau memang kreatif

kembara kelana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
bong berkata...

Fati, memori aku baru pulih bila kau sebut nama2 abg2 kita, abg Mahbur pernah sebilik dgn aku, abg Zamri tu sportman aku ingat dia rugger player, abg janggut putih tu abg kau kan

pakroslan berkata...

salam Fatimah,
biasanya kalau bergambar mesti yg tinggi tengah tapi macam tak kena aja... mgkn mata aku silap

fati berkata...

hahahaha..... aku ingat mata aku je yg silap....maklumlah dah tua! Gitulah...kami kan sama tinggi sama padan.... aku seronok sgt kalau pakwe ni dok baca komen ni, sbb dia selalu kata aku rendah! hehehe...

kembara kelana berkata...

aku nak kata...aku takut abg rosli terasa hati...tapi memang tak biasa nengok org rendah duk tengah...cameraman sapa fatie masa tu..? kau le tu..hahahaha

hafizah berkata...

Salam kekawan. Lama dah saya tak sempat bukak blog. Last few days ni pulak kak long bawak broadband pi k.kinabalu. So, baru la get hold to the small thing.
Aduh! Pakroslan, awak kata saya dgn Pati nampak TUA!!!! Hahaha bukan tua.MATANG.(TAk mengaku tu!!!)

Pati, tq!! Siap promosi lagi homestay saya. Betul tu, kalau alumni SMSJ saya kasi special ratelah. At least cover utility and laundry cukuplah.
Pati, tengok tu, bukan saya aje yg lupa abg2 senior, Usop dan guys lain yg duduk satu asrama pun lupa.
Lila, dapatlah Ha dgn Pati dengar update pasal awak dari kakak ipar awak ari tu. We are happy for you. Ada masa, give me a tinkle.
Jida, lama tak dengar citer.

Azida berkata...

Salam,
Fatie, abang akan datang sebelum raya haji, 25hb... dia takut aku nangis raya sorang2 kat kota London ni... honeymoon juga le tu... Cakapa kat abg Fazida tu... melaka tu tak jauh mana... abg Halim ada tak?

Usop, abg tu hanya kebetulan dia guna nama aku dalam nama dia... jadi nomited himself as my bro le... hehehehe

Ha, saya ada di sini... cuma tenggelam dalam kerja harian. Hairankan? kat negara orang ni ada masa nak hantar komen. Hope to c u soon kat rumah fatie nanti. Abg I dah ok nak pergi...