INFO TERKINI: KHASIAT PELUK ISTERI
Info ini adalah untuk yang dah berkahwin...yang belum kena cepat2 kahwin.
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang2nya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang pada 28 Oktober 2009.
Hormon endorflin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah saw.
Tambah beliau, ada kajian yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap, katanya disambut dengan gelak ketawa oleh perserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghias diri, kata Fadzilah.
Untuk info selanjutnya lawati blog Bong. Ada sebab Nabi saw menggalakkan umatnya berkahwin.
Ulasan
kau tengok je foto kat bawah tu...kami dah praktikkan lama dah....hahahah. Tu yang pakwe aku nampak awet muda.., tapi aku tak...huhuhu
teja plak nmpk mcm ayah peluk anak je tu... tntu teja trslh pandang... hehe, gurau je jgn mare
Teja, aku tngk mcm tu juga (sekali pandang) bila tenung betul2 yg perempuan tu memang sajak jadi Maknek. Ha... yg lelaki tu cerah masa depan.
Kalau ya pun nak buat entri biarlah pagi jumaat, taklah pening kepala Usop tu. Ni baru hari selasa. Lambat lagi nak balik 'weekend husband' kita ni.Jadi pening2 lah dia .
Fati,
Semakin hampir hari semakin kuat gemuruhnya rasa. Aku pun terasa!.Tapi aku yakin Abg Rosli dan kau telah bersedia.
Lan,
Dulu telur Lan kata nak supply kan untuk majlis Fati.
Teja,
Kau layan lah perasaan diorang ni. Jgn lebih2 nanti diorang perasan.
Tapi kan... kadang2 aku cemburu juga nak berposing ni.takut pulak d kata gatal orang tua ni. He..he...
bagus tu kalau selalu kita peluk bini kita tapi kadang2 istri dan keluarga juga boleh menghayalkan urusan kita dgn Tuhan.. kita mesti lebih berhati2... terutama dalam keadaan peluk istri diwaktu pagi semasa berpuasa...
tp, elok jauhkn dr pandangan teja part yg tk brbutang tu... hehe