Kenapa Nafsu Kemaruk
Setelah usia menghampiri 50, nampaknya sukar melawan kehendak nafsu. Kita boleh bertahan jika tidak digoda. Masalahnya godaan semakin banyak akhir2 ini, lebih banyak dan lebih hebat berbanding sewaktu muda dahulu.
Dari Abdullah bin Mas'ud ra "Tidak seorang pun diantara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya". Para sahabat bertanya, "Tuan juga ya rasullah?" Jawab baginda " Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruh ku melainkan untuk kebaikan." (muslim). Melalui hadis ini seolah2 kita telah menemui jawapannya, iaitu prilaku manusia turut dipengaruhi makhluk2 yang tidak kelihatan. Soalnya apakah kita boleh menyalahkan mereka semata2 dalam prilaku songsang kita? Kita tidak boleh menyalahkan makhluk ini sebab semua kesalahan dosa dan akibatnya kita tanggung sendiri. Jakim dalam laman webnya menafsirkan maksud hadis ini: setiap manusia yang lahir disertakan 'qarin' oleh Allah yang bertugas sebagai 'pengoda' sejak seseorang itu dilahirkan sehingga kematiannya. Qarin adalah golongan jin. Ia sentiasa mengajak manusia yang didampinginya ke arah kejahatan. Sedangkan sifat manusia lemah, mudah lupa menjadi penyebab terjerumus ke lembah nista dan kemaksiatan akibat tergoda dengan hasutan qarin. Hanya rasullah saw sahaja yang tidak dapat digoda oleh qarin. Dalam al-quran Allah berfirman: "Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Permurah (Al-Quran), kami adakan syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi qarin (teman yang selalu menyertainya)." Az-Zukhruf :36.Oleh itu hanya iman yang kukuh sahaja dapat menyelamatkan kita. Maka dalam usia yang menuju senja marilah kita sama2 mengukuhkan keimanan kita kepada Allah swt. Marilah kita memandu kehidupan kita berpandukan Al-Quran dan Sunah Rasullah. Kita juga jangan lupa memberi bimbingan kepada zuriat dan ahli keluarga kita kerana dunia hari ini adalah dunia yang tiada sempadan. Moga2 kita bersama keluarga akan terselamat di dunia dan di akhirat.
Ulasan