JADI BOLA



Bila menemuinya , orang nombor satu berkata dengan lembut penuh makna "Saya sedang sibuk . Silalah berjumpa pembantu saya " .

Bila menemuinya , orang nombor dua pula berkata dengan tegas dan jelas "Tak nampak ke saya sedang sibuk ni ? Pergilah jumpa sendiri pembantu saya ".

Bila menemuinya , orang nombor tiga pula berkata dengan garang dan terang ." Buta ke , tak nampak saya sibuk ni ? . Uruslah sendiri masalah awak tu ".

Inilah menyebabkan ada organisasi meletakkan mottonya "The Ship Is More Than The Crew" . Harapannya supaya "crew" sedar dia berfungsi untuk menggerakkan kapalnya .

Setelah PM meletakkan motto "Pencapaian Diutamakan , Rakyat Didahulukan " adakah akan wujud fenomena "seperti bola" ini lagi ?

Ulasan

kembara kelana berkata…
aku sebagai ketua jabatan, akan memastikan sesiapa yang berurusan dengan sekolah aku akan mendapat layanan yang sewajarnya. insya allah. memang sakit hati kalau di sepak macam bola

mah aku masukkan gambar bola dalam entri kau mah..
Tanpa Nama berkata…
aku hengat citer psl bola kelantan lwn n. sembilan mlm td... hehe... bola laen rupenye.
asri berkata…
Kalau kakitangan awam yang cakap tu pada orang awam memang muka tak malu sebab dia tak sedar diri yang gaji dia tu rakyat yang bayar.

Kita sekolah dulu di SMSJ rakyat yang membiayai kita. Janganlah lupa.Sekaranglah masanya bagi kita yang tinggal beberapa ketika untuk berkidmat kepada mereka.
Citera Alam berkata…
Walau sibok macam mana sekalipun , melayan masalah orang juga satu kerja juga . Kerja adalah ibadat . Masalahnya " Mereka terlupa yg jawatan dipegang meminta komitmen yang pelbagai "

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI