SEJAMBAK MAWAR DAN KARANGAN BUNGA


Hari ini aku tak ada cerita tentang kisah kita di SMSJ. Akan tetapi aku menghadiahkan sejambak mawar dan karangan bunga untuk kita semua. Jadikanlah hadiah ini sebagai hadiah yang tidak seberapa walaupun kita semua telah menjangkau usia setengah abad. Moga2 kita beroleh berkat dari Allah dan lebih dari mendapat bahagia di penghujung2 hidup kita ini.

SEJAMBAK MAWAR

Kuntum 1 :Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.
Kuntum 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian,anda akan dihargai.
Kuntum 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga talah menanti anda.
Kuntum 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
Kuntum 5 : Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagian yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh dapat semua keinginannya.
Kuntum 6 : Contohilah pohon kurma, tinggi cita2nya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.
Kuntum 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apalah gunanya anda bersedih?
Kuntum 8 : Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
Kuntum 9 : Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.
Kuntum 10 : Mandi, berwudhuk, memakai wangi2an, dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.

KARANGAN BUNGA

Bunga 1 : Contohi serangga lebah yang hanya hinggap di atas bebungaan yang sedang mekar dan di ranting2 yang runcng.
Bunga 2 : Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali2 akan mengungkap dan mencari2 kekurangan dan kesalahan orang lain.
Bunga 3 : Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut? Tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap?
Bunga 4 : Gejolak kedengkian akan merugikan diri sendiri, sedangkan api kecemburuan akan membakar apa saja.
Bunga 5 : Lakukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda.
Bunga 6 : Jahuilah setiap tempat yang menjadi medan permusuhan dan perbalahan.
Bunga 7 : Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.
Bunga 8 : Jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana2.
Bunga 9 : Serahkanlah urusan mahluk kepada penciptanya, jangan peduli pada setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.
Bunga 10 : Kesenangan dar sumber yang haram akan mendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa.

Dari itu aaku mengingatkan diri aku dan kita semua cuba melaksanakan apa yang termampu. Kalau kita kata kita sudah hampir penghujung kehidupan, dan telah melalui berbagai pengalaman sebelum ini dan telah menikmati kebahagian hidup yang dicari, maka sekalung tahniah dari aku. Jika kita masih belum cubalah merubah gaya hidup kita bagi merasa sedikit nikmat dari Allah, ataupun kita boleh gunakan untuk membentuk anak2 dan zuriat kita.
Aku petik tulisan ini dari buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Syeikh 'Aidh Al-Qarni Edisi Melayu.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
abg bong, nk bagi teja bunge kale ape?? hehe...
Citera Alam berkata…
Dlm romantik ada banyak falsafah . Itulah kehidupan kita , saling berkait dan menyelit antara satu sama lain .
bong berkata…
Teja, mawar berduri boleh tak.
Citera Alam, romantik dan falsafah adalah perlu sebagai pendoman .










c

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI