BERPADA-PADA


Kerana perhubungan yang akrab , janganlah sampai menjamin semua pinjamannya . Kalau terjadi perselisihan serta dikhianati , boleh papa kedana jadinya .

Kerana persahabatan yang rapat , janganlah ahli keluarga diserahkan untuk dijaganya . Dek godaan halus , boleh porak peranda keluarga dibuatnya .

Kerana ada ikatan persaudaraan , janganlah hal yang terlalu personal dikongsi bersama . Kalau terjadi salah faham , habis semua hal-hal luar dalam boleh terjaja .

Kerana terlalu libral , janganlah letakkan kepercayaan penuh kepada satu pihak . Jika terjadi perubahan dasar secara songsang , merana dibuatnya .

Fikir dahulu sebelum bertindak . Sebaik-baik tindakan adalah yang sederhana . Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tak berguna .

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ye la, dlm ape jua hal kenalah brpada2... jgn trlalu percaya org dn jgn ambil kesempatan trhadap kebaikan seseorg...
kembara kelana berkata…
tindakan dan pengawasan....tima kasih alimah pada pesanan tu...boleh buat panduan, dan kiriman tu jugak...harap anak anak kita berjaya.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI