En.Jamil - Madutiga Part 9

Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Al Jawaher
( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya...
Inilah antara lagu raya favorite aku kerana penyanyinya JAWA her.
Jika kita dilahirkan pada suasana yg susah dan ditanya bila kita nak makan ayam, bila nak pakai baju dan kasut baru atau bila nak minum air sirap... pasti jawapannya Tunggulah hari raya..Tanyalah pada diri kita semasa kita kecil setiap malam raya terlalu sukar untuk kita tidur kerana kita tak boleh menahan sabar akan kedatangan hari raya hinggakan kita tidur berbantalkan kasut raya. Aku pernah kena marah pasal pagi2 dah buka pintu reban sedang telah menjadi hukum raya berkata reban tak boleh dibuka sebelum ayam2 disembelih jk tidak…. Kita terpaksa berlumba lari dgn ayam..

Corak dan warna baju kurung dibeli bukan berdasarkan warna tapi berdasar harga dan kemampuan. Kita tak mampu utk beli sampin atau selendang. Kadang2 kasut raya kita berwarna putih kerana ibu bapa kita mengharapkan kasut itu boleh digunakan utk sekolah. Didalam keadaan susah, ibu bapa kita masih melayan tetamu walaupun sekadar anak2 kecil yg beraya sepertinya melayan org dewasa. Siap dgn air sirap merah dan sedikit duit.

Selepas memohon kemaafan dari orang tua kita, kita terus beraya dgn abang, kakak atau adik kita kesemua arah petunjuk angin, dengan harapan akan membawa pulang duit raya. Kita tak pernah malu utk itu kerana pada saat itu semua kanak2 yg sebaya kita melakukannya. Kadang2 kita dipukul oleh org tua kita bila mereka dapat tahu yg kita salam tak cium tangan tuan rumah masa raya sedangkan kita tak kenal siapa tuan rumah tu. Aku masih ingat bila aku minta seluar panjang utk raya, almarhum bapa aku tak kasi... Alasannya mudah... pakai seluar pendek waktu raya, senang kencing ...cuma ”sesel kaki seluar”aja dan tak perlu buka zip..tapi pada hari ini aku dapat jawapannya.... ayah aku tak de duit...

Begitu indah hari raya pada waktu itu. Hari yg ditunggu...Tapi pada hari ini anak2 kita tak perlu hari raya utk makan ayam atau air sirap atau baju baru. Anak kita tak perlu beraya keliling kampung lg kerana kita boleh kasi dia duit lebih byk dari duit raya.. Ucapan” Nak duit atau Nak Raya ” dah jadi wajib?” Kita lupa setiap tetamu yg datang membawa berkat pada isi rumah walaupun tetamu itu cuma anak kecil.

Cuma aku kadang terfikir jk ada yg mempunyai 4 dapor, tangan mak/bapa mertua mana yg nak dicium pd raya pertama. Yg pertama? Kedua? Ketiga?atau keempat? dan kadang2 aku terfikir macammana rasanya mencium tangan mak/bapa mertua yg lebih muda dari kita.. Aku kena tunggu raya tahun depan untuk membongkar semua rahsia alam dapor2 ini...

Ulasan

kembara kelana berkata…
hahahaaha lan lan, ada simponi sedih, pilu dan ada juga melodi lucu. entri yang hebat, sehebat ogy menulis..gua respect lah kau orang berdua...intan dalam batch kita.. aku rindu entri norsyam, lila, azida, fatie, mimbar dll..miss betullah kemeriahan blog sebegini..
lan
selamat hari raya lan..kau memang banyak bakat..antaranya muka kau yang selamba tu...kau memang boleh banyak dapor..betul tak wak mimbar?
pakroslan berkata…
Salam Sop,
lagu Aljawaher ada?
kembara kelana berkata…
esok aku masukkan khas untuk roslan
beres tu..ada lagu permintaan lain?
kembara kelana berkata…
kisah aku hampir sama dgn kisah roslan...mungkin lagi dhaif kut... memang tak terlupakan kisah rasa masa kecik kecik dulu..sukanya ya rabbi...suka yang amat sangat...tak sabr menanti, tujuh likor, tengok pesta lampu 7 likor kat jalan daud, cari duit raya sampai 3 -4 batu..jauhnya. makan puas puas... oh tak bolehlupa.. dan tak boleh bayang jugak kena cium tangan 4 mertua..atau lan cium tangan fatie..sebagai menantu..ya Allah jauhkanlah..dari menda tu berlaku
Sukimin berkata…
Hahaha kau ni lan memang hebat. Memang nostalgia habis citer kau ni. Cara garapan kau pun memang sesuai dengan selera orang yang seusia kita ni agaknya....tu yang senyum sensorang. Tapi perkataan yang kau guna untuk selak seluar pendek tu rasanya bebudak sekarang pun dah jarang guna sebab dia orang ni sunat sejak kecik2 lagi.
Aku nak pinjam kau punya citer ni maukkan dalam blog aku eh, boleh tak? Ah....boleh ke tak boleh aku masukkan aje. Aku sampai raya ni sibuk dengan kelas non stop dari pagi sampai malam. Free kalau cancel kelas. Tupun kena ganti...:(
kembara kelana berkata…
akhirnya sukimin ada masa untuk blog..steady min...kau ni sibuk betul nampaknya minn....GB, Belajo, Family, Kolam...nak sokong MU lagi..aku harap semua berjaya kecuali MU
fati berkata…
Lama aku tak dengar perkataan sesel tu...nostalgia lah pulak....
Dulu sesel juga digunakan untuk maksud menarik rambut ditepi telinga tu ( budak lelaki selalu kena sesel dgn ustaz sekolah agama kalau ada buat silap) Itu kat kampung akulah, kat kampung lain aku tak tau....
Zaiha berkata…
Pakroslan,
Memang betul le kau ni hebat spt kata G. sekali sepak bola terus masuk gol, begitu juga entry kau memang tepat, padat dan mencapai maksud. Aku masih membayangkan ketibaan raya masa kecil. Boleh jadi karangan terbaik untuk UPSR 2009.... Bila agaknya nak MG raya dengan kau ye!! Aku minggu tu cuti dan balik kampong.
kembara kelana berkata…
MG sempena aidil fitri..boleh set up dah...
Azida berkata…
salam. Ada sesiapa lagi yang berhasrat nak mentua muda atau nak rasa ada lebih dari satu dapor? Hemmmm... orang lelaki, tak habis2.. isteri nak muda... mentua pun nak muda gak?... hehehe dunia,dunia..
kembara kelana berkata…
hahahahaha..nak sedap mata memandang jida..saja jer buat kelakar...nak ketawa ketawa gitew...bukan nya berani ..bab dapur dapur tu...kalau manager ada kemungkinan..kalau cikgu..maaf ajelah..sapalah nak
fati berkata…
Kalau bagio cium tangan aku, ada chance aku sekeh kepala dia!hahahah
g berkata…
Roslan, dulu awak ada kata kalau EPF dah cecah 1/2 juta awak nak ... ehem, ehem, kan?
mrs jannuri berkata…
No 1, nak cakap dgn pakroslan takyah lah tunggu nak raya tahun depan baru nak cerita tentang dapor nih.. manalah tahu ini ramadan terakhir... inikan rahsia DIA, tak sempat nak gelak sama bila baca kisah klakar ni..

Takleh nak bayangkan betapa puaaassnya Fati dapat sekeh kepala menantu dia yang satu ni..

Cerita lama masa budak-budak indah cuma sedeh bila dikenang. Mengingati jiran sebelah dah jemur tepung pun boleh jadi sedih ya amat.. bilalah mak nak jemur tepung dia pulak..Tu belum kisah baju.. adik bradik sepesen, kasut.. dapat kasut sekolah pun sukanya.. kengkawan, cuba bayangkan baju kurung bunga-bunga with kasut sekolah..walaupun budak pempuan kita pun macam cikgu besar jalan bebatu-batu dgn geng, tu jam mak pun tak cari walau tak balik sehari suntuk.

Anak-anak kita zaman sekarang... macam takde apa nak diceritakan kat cucu-cucu kita ye Mimbar...

G.. maaf ye, buatnya dia propose kat you camne?
kembara kelana berkata…
fatie
tak baik sekeh kepala anak menantu.. aku rasa elok kau janan terima terus sebab lan kalau jadi menantu kau, abg rosli tak pergi kerja atau dia kerja bawak kau sekali ke UPSI.

lan
bukan aku bersangka jahat lan, cuma fatie tak selesa nak masak, anak menantu duk ajak bersembang, kisah lama...ketawa tak berenti

gee
apa yang kau maksudkan aku pun tak tau...harap ehem ehem tu menjadilah..

sal
masa kita kecik, keadaan hidup mmg susah, tapi selamat...sehari tak balik pun emak abah sangka baik lagi...alaaa adalah tu dia tidur rumah atuk dia agaknya..selamba jer, sekarang..anak nak raya kerumah org tak kenal, kita tak bagi..malulah, apa lah..paling kita takut keselamatan...sebab org jahat dari pelbagai bangsa ada disekeliling kita...

wak mimbar, beria beno sal nak berbesan dgn kau wak...cucu kita lah apa lah....untunglah anak bujang kau wak..untung..
Azida berkata…
Usop, sape kata cikgu tak de yang nak... hehehe... dah cuba ke?

Fatie... tak yah tunggu cium tangan baru nak sekeh... hehehe
kembara kelana berkata…
jida....serentak kau masuk dgn aku punya komen..
aku kena sindrom 3T tu tak cuba tu...
[ Teringin Tapi Takut ]

fatie...kalau kau nak aku sekeh sekarang..aku pergi kejab...kau hello jer..
pakroslan berkata…
Salam semua,
anggaknya apa kueh klassic yg kita buat tahun ni? teringat aruah mak aku buat lengkung warna hijau pakai acu arnab. Bila dah siap tutup dgn kain lampin putih pasal rumah tak ade peti sejuk..
mrs jannuri berkata…
Alahai cikgu besar.. tetiba kita rasa malu pulak dah. Cam iya-iya menyuakan anak kita kat Mimbar...
cikgu bukan jeleskan, anak lelaki yang sorang tu dah merata awak kenenkan jodohnya.. dak Aussie tu, nak bebesan dgn Fati lagi camne lah kita nak beri salam begini kat awak... anak kita kan semuanya perempuan.

Yang ianya yang empunya diri dan wak juga tak tahu yang ibu dan isteri dia merapu kat alam maya ni..hehehe

Mimbar, awak tak tengok anak kami lagi..

.. biarlah mereke cari pasangan sendiri
kembara kelana berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pakroslan berkata…
correction...
1. dulu ramai kawan kita tanya bila nak belajar lg... buat master ke.. dan aku jawab tunggulah bila epf aku ada setengah juta..
2. Kisah kawin 2,3 atau 4 adalah impian En Jamil bukan pakroslan atau bagio..
Risau aku...
bong berkata…
Bag otak kau memang ok aku sokong kau 100%
Budaya kg aku lebih kurang macam member cerita
Tentang raya rumah abang dan kakak aku tak rasa sebab aku yg tua
Salam dan cium tangan Pak Mentua tak pernah kerana takda Pak Mentua yg ada Mak Mentua
Tentang 4 dapur aku sokong ada cita2 juga tu
bong berkata…
Bag sesel seluar tu dulu tak pakai seluar dalam sekarang anak2 kecik2 mak dah pakaikan sepender. Tapi kalau bapaknya mcm Pak Roslan taktau le mungkin anak tak pakai seluar
pakroslan berkata…
Bong,
kau kena cium tangan aku
kembara kelana berkata…
bong
kau kena cium taangan akku jugak..
bong berkata…
ok aku cium tangan usop bila kau jadi Pak Me....
Bag tangan kau aku taknak bau bacin
Tanpa Nama berkata…
Very nice post. I simply stumbled upon your weblog and wanted to mention that I have really enjoyed browsing your blog posts.
In any case I'll be subscribing to your rss feed and I hope you write once more soon!

Here is my web blog; kredyty pożyczki bez bik forum

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI