Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Bantuan Untuk Noraini Samin

Kepada semua kekawan kita yang ingin menyumbang untuk meringankan beban sahabat kita NORAINI SAMIN yang baru di timpa musibah kebakaran rumahnya sehingga tinggal sehelai sepinggang bolehlah berbuat demikian melalui no akaun ini: BIMB ( Bank Islam) 01-032-02-011970-4. No akaun ini terhad sehingga 15 /5 /10 sahaja. Jadi kekawan semua boleh lah menyumbang sehingga ke tarikh tersebut. Selepas itu, tuan punya akaun tersebut iaitu Saudara Kamisan Mat akan menyerahkan sumbangan tuan/ puan kepada Noraini Samin kerana beliau ( Kamisan) akan berangkat pula ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Terima kasih Kamisan ....semoga jasa baik kau dibalas denga umrah yang mabrur! Amin.

Sumbangan Untuk Majlis Makan Malam Amal SAJOHA

Imej
Susunatur & harga meja adalah saperti di bawah. Untuk batch 78 sila hubungi Dr. Shaari Yusof untuk membuat sumbangan. Tujuan majlis adalah untuk dana pembesaran surau SMSJ & naiktaraf ke mesjid. Tarikh Majlis : 28/05/2010 (Jumaat) Masa: 8.00 mlam Tempat: Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, off Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kepada yang tidak dapat hadir ke majlis tetapi ingin menyumbang adalah juga dialu-alukan. Sila hubungi: Dr. Shaari Yusof: email - shari@fkm.utm.my Tel: 019 7310725 Confirmed contributors:- 1. Sha'ri Mohd Yusof (hadir) 2. Shamsudin Md Dom (hadir) 3. Fadilah Yahya (hadir) 4. Said Ahmad (hadir) 5. ??? 6. ??? 7. ??? 8. ??? 9. ??? 10.??????

Blog Lesu dek FaceBook

Aku sebagai blogger bagi SMSJ batch 1978 pun lesu, blog menjadi lesu, pembaca pun lesu, tukang komen pun lesu ....lebih lebih lagi dengan media pantas dan terbuka bernama facebook. Penggunaanya begitu rancak dan menghiburkan. Begitulah perkembangannya dan dengan tidak menyalahkan sesiapa, atleast kita kini saling kenal semula, tahu kawan kita dimana dan ada wadah untuk bertegur sapa...tak kisahlah di blog atau facebook atau direct terus call. Selamat menyambut hari pekerja....dan semoga kita terus saling menjalin hubungan silaturahim sesama kita. Ada perkembangan dan berita plz entri dalam blog atau face book..

HBD

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Vijayan pada 27.4.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

KAWAN KITA DITIMPA MUSIBAH

Aku dapat call dari Nasaruddin Md Rawi.. Beliau dapat email berikut... Dari FB Buang, gambar Sam dan Shahilon, Shahilon beritahu: Senior SMSJ kita, Noraini Samin (Guru Cemerlang Biologi di SM Sains Muar) ditimpa musibah-kebakaran rumah, tinggal sehelai sepinggang. *** kalau tak silap Lina, nie senior kita SPM78...*** sesiapa yang berhampiran boleh la datang ziarah...sedihnya. .. Aku cadangka sesiapa yang pakar IT buatkan account kat Blog ni, kita buat tabung untuk membantu...tolong!

KHASIAT KURMA

Imej
Salam kepada semua kawan2. Aku merasakan kenapa ya terasa sunyi je bila aku berada di rumah ini? Adakah semua penghuninya telah tidur? Adakah penghuninya telah hanyut di alam lain? Adakah kita sibuk? Adakah kita telah jemu? Tiada lagi gurau senda, tiada lagi perbincangan dan tiada lagi perbalahan. Manakah perginya karyawan2 yang satu masa dulu begitu kereatif dengan idea dan pendapat. Mungkinkah ada alternatif lain tempat untuk bergurau senda dan mencurahkan pendapat. Namun demikian bagi memenuhi agar rumah ini tidak terasa terlalu sunyi dan terus sepi, malam ini aku ceritakan sedikit tentang khasiat kurma. Aku rasa cerita ini tidaklah begitu menarik, akan tetapi jadikanlah serba sedikit pengetahuan bagi kita, setidak2 kalau ditanya oleh cucu2 kita bolehlah kita memberikan jawapannya. Aku rasa ramai dikalangan kita tidak menghargai khasiat kurma, madu dan kismis. Kita lebih menumpukan khasiat buah2an seperti apel, anggur, strawberi dan oren. Rasulullah saw bersabda: "Berilah makan...

HBD

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Mustafa Kamal pada 24.4.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

ROSLIE AHMAD & MUSTAFA KAMAL AHMAD 5E1

Imej
aku & Roslie Ahmad Masa aku berada di kg.(Alor Gajah Melaka). Jadi... Aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan dua rakan yang dah lama tak jumpa .Mustafa Kamal sekarang bertugas di Bank Agro Alor Gajah Melaka Dia tak dapat nak join kita nanti kerana pd 1312 bank dia ada family day Mus ada tiga org anak tp semuanya berada di Rengit B Pahat kerana orang rumahnya bertugas disana Jadi kawan kita duduk membujanglah di Alor Gajah Melaka. Sorang lagi rakan kita yg aku jumpa adalah Roslie Ahmad a.k.a. Lot. Sekarang bertugas di Sek Men Sains Seremban. Duduk di Senawang. Seronok dapat jumpa rakan2 lama.

Majlis Makan Malam Amal SAJOHA

Imej
PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SAJOHA) D/a : No. 18,20 &22, Jalan Impian Perdana 1, Impian Resort Business Park, Saujana Impian 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 03 8738 9812 Fax: 03 8737 9813 Rujukan kami : SAJOHA/MMMA2010/ Tarikh : 5hb April 2010 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan /Puan, PELAWAAN MENYERTAI MAJLIS MAKAN MALAM AMAL UNTUK DANA PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SMSJ) Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk. 2. Buat pengetahuan pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, SAJOHA merupakan persatuan Alumni bekas penuntut Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di atas saranan kerajaan agar persatuan-persatuan Alumni memikul tanggungjawab membantu kerajaan membangunkan sekolah samada dari s...

12-13 Jun 2010

Imej
Aku wakil kepada semua kawan kawan batch 1978 mengucapkan tahniah kepada kawan kawan kita, senior kita setahun ..batch 1977...Alimor, Asri dll..[ sekadar sebut beberapa nama...] yang akan ber reunion pada 12-13 Jun 2010 di SMSJ kita dahulu. Kepada kawan kawan batch 1977 yang masih ragu ragu nak datang ke tak nak datang..nasihat aku, datanglah dan hadirlah walau seketika untuk bersalaman dan berkenalan semula, menjernihkan semula hubungan yang keruh satu masa lalu dan paling penting bermaaf maafan sebelum kita berundur dari muka bumi ini, menghadap Allah Subahanahuwataala. Tiada yang rugi. Masa ? Wang Ringgit? semua itu tiada tandingan dengan suasana reunion itu nanti, masa bersama kawan kawan yang terpisah sekian lama akan membayar segalanya nanti. Tidak terlupakan dan bukan senang nak organize satu pertemuan besar seperti ini. Hanya dengan sokongan hati dan perasaan yang ikhlas saja dapat merealisasikan impian penganjurannya. Kami doakan abang dan kakak kakak kami semua akan berjaya m...

SYUKURI NIKMAT ALLAH

Imej
Lebih bermakna jika menjadikan kesusahan lalu sebagai penanda aras dalam mendaki puncak kejayaan. Tanpa hasil kerja keras mana mungkin dengan mudah kejayaan berada dalam genggaman. Dalam erti kata lain, jangan hanya memandang ke atas hingga lupa di mana bumi dipijak. Kita sebagai hamba Allah yang daif perlu mensyukuri nikmat yang diberi kepada kita. Kita pernah bersekolah di sekolah pilihan yang menjadi igauan kepada setiap ibu bapa untuk menghantar anak2 bersekolah di sana. Kita pernah mengharungi kepayahan dan kesenangan sepanjang bersekolah. Begitu juga kita pernah merasakan selepas habis persekolahan. Hasil dari persekolahan kita telah menikmatinya pada hari ini. Rata2 kehidupan kita dalam keselesaan. Kita harungi kehidupan berumahtangga dengan aman bahagia.Hasilnya kita dikurniakan cahayamata yang sememangnya menjadi idaman bagi pasangan berumahtangga. Kita harungi kehidupan dalam pergolakan untuk membesarkan anak2 yang menjadi tanggungjawab kita.Hasilnya ada yang telah mendap...

Kawan Lama kita....cuba teka siapa?

Imej
Dua kawan lama kita yang sempat aku berjumpa dan bersembang dengannya...cubalah kau orang teka siapa. Yang tak boleh teka ialah mereka berdua, fatie dan abang rosli. Mereka kalau teka tidak akan diberikan sebarang hadiah. Hadiah pada yang tepat ialah bercuti dengan bot mimbar sambil memancing di Port Kelang. Percuma.....dan dapat iakn lagi.

HBD

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Baharudin bin Jalil pada 16.4.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

Trip Diving ke Pulau Tioman & Pulau Aur

Imej
Lama rasanya tak buat posting. Hujung minggu lepas pergi diving ke P. Tioman & P. Aur dengan tinggal atas bot (LOB - Live On Board). Di samping diving juga aktiviti menangkap ikan. Sedikit foto2 untuk tatapan semua. Bot yang dinaiki untuk 3hari 3malam Bukan mancing dalam laut tapi terjumpa mungkin pancing Member yang terjatuh dalam laut Antara spesis ikan yang diperolehi Hasil tangkapan Sessi memasak hasil tangkapan Dah siap masak masa untuk makanlah pulak Bot docking kat marina Tekek, Pulau Tioman untuk isi air. Untuk lain2 foto boleh cari kat Facebook.

HBD

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Jastan bin Inas   pada 11.4.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

System Tools Part 7

Imej
Kita dah tua dan tak mgkn kita diberi peluang untuk jadi muda walau sesaat pun... sesungguhnya tiada peluang ke2 kecuali dgn izin Allah swt.... 1. Pada Reunion 13/12/2008 kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt dan mgknkah Allah swt memberi kita peluang ke 2 untuk membuat reunion sedangkan kita semakin hari semakin tua.... 2. Kita ketawa apabila bertemu untuk melepas rasa kerinduan tp mgkn kah Allah swt akan kita peluang ke2 untuk kita bertemu dan ketawa semula .... Sedangkan kita semakin hari semakin tua.. 3. Kita berpelukan bila bertemu untuk membakarkan semula pertalian sahabat yg telah lama sejuk agar persahabatan ini akan sentiasa menjadi panas tapi mgknkah Allah swt akan memberi kita diberi peluang ke2 untuk kita bertemu dan berpeluk semula.... Sedangkan kita semakin hari semakin tua... 4. Kita menangis tanpa malu atau segan kerana kita tahu sesungguhnya titisan air mata yg keluar adalah lambang keikhlasan kita atas nama persahabatan tapi mgkn kah Allah swt akan memberi kita p...

HBD

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Roslan bin Sukeimi @ Bagio pada 05.4.2010 Jamil bin Sien pada 06.4.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

PANTUN BERHIKMAH

Kalau hidup memegang amanat Adat diisi lembaga dituang Kalau mengikut ajaran syariat Hidup Mati tidak terbuang Adat bersampan mahu berdayung Adat berbelat mahu berbasah Adat berkawan mahu menolong Adat bersahabat mahu bersusah Elok parang kerana ditempah Ditempah pada tukang yang handal Elok orang kerana amanah Amanah diterima adat pun kekal Pohon petola di Tanjung Jati Dibawa orang dari seberang Kerana gula semut mati Kerana semut gula terbuang Teluk dalam tanjung berkelok Gunung-ganang tunggak berdiri Besar kerak dari periuk Lebih jengkal dari jari Tuar di hulu mengena ikan Tuar di kuala tak mengena Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tidak berguna Air surut memungut bayam Sayur diisi di dalam kantung Jangan diikut resmi ayam Bertelur sebiji riuh sekampung Anak indung anak ketitir Anak merbah terlompat-lompat Yang dikendong habis tercicir Yang dikejar haram tak dapat

Felda Residence Terengganu

Imej
Kalau dalam entri yang lepas aku cerita tentang Felda Hot Springs Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kali ini aku nak cerita sedikit Felda Residence Terengganu. Bagi dikalangan kita yang berhajat untuk bercuti ke Pantai Timur bolehlah mencuba menginap di Felda Residence Kuala Terengganu. Hotel Felda Residence ini telah mula beroperasi pada pertengahan Julai, 2008. Lokasinya adalah muara kuala sungai Terengganu. Antara tarikan yang terdapat di sekitar Felda Residence ialah Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, pusat perindustrian keropok lekor dan perusahaan batik popular, Alfa batik. Bagi yang hendak ke Pulau Kapas bolehlah jadikan Felda Residence sebagai transit kerana ianya terletak 5 km ke jeti Marang. Pakej pelancongan ke destinasi Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau Redang ada disediakan oleh Felda Residence. Dari atas bumbung hotel ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan menarik sekitar Kuala Terengganu dan Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda Terengganu. Untuk tempahan pen...