12-13 Jun 2010


Aku wakil kepada semua kawan kawan batch 1978 mengucapkan tahniah kepada kawan kawan kita, senior kita setahun ..batch 1977...Alimor, Asri dll..[ sekadar sebut beberapa nama...] yang akan ber reunion pada 12-13 Jun 2010 di SMSJ kita dahulu.

Kepada kawan kawan batch 1977 yang masih ragu ragu nak datang ke tak nak datang..nasihat aku, datanglah dan hadirlah walau seketika untuk bersalaman dan berkenalan semula, menjernihkan semula hubungan yang keruh satu masa lalu dan paling penting bermaaf maafan sebelum kita berundur dari muka bumi ini, menghadap Allah Subahanahuwataala.

Tiada yang rugi. Masa ? Wang Ringgit? semua itu tiada tandingan dengan suasana reunion itu nanti, masa bersama kawan kawan yang terpisah sekian lama akan membayar segalanya nanti. Tidak terlupakan dan bukan senang nak organize satu pertemuan besar seperti ini. Hanya dengan sokongan hati dan perasaan yang ikhlas saja dapat merealisasikan impian penganjurannya.

Kami doakan abang dan kakak kakak kami semua akan berjaya melaksanakan dan tahniah sekali lagi kepada semua yang memberikan kerjasama....

SELAMAT BER REUNION pada umur 50 tahun...

Ulasan

AliHussin berkata…
Salam Sop.TQ bagi pihak.Aku baru diberi tugas cari souvenir je dh jenuh kluar masuk kedai.Patut le aku x masuk persatuan kat skolah dulu.
Alimor Sipon berkata…
Nak menganjur pertemuan tu tak susah - makan minum, tempat dll. Yang paling mencabar menjejak dan memujuk untuk datang. Batch kami besar - 303 orang. Setakat ni walaupun hampir 100 orang dah register itu cuma 1/3 saja. T.kasih usop dan rakan2 batch 78 yang memberi semangat kami untuk mengadakan reunion dan berkongsi pengalaman cabaran dan 'nikmat' ber'reunion'.
kembara kelana berkata…
ALIMOR
patutlahpayah...sebab gambar kau pun dalam pagar kah kah kah
kembara kelana berkata…
ali
tugas tu org pompuan pandai..kalau geng kau yang layak pun norhayati tahir jer...hehehehehe
Azmer berkata…
usop, kalau korang dpt join bagus juga. sekurang2nya pada hari ahad tu kalau tak nak bermalam. ni mungkin the 1st & last utk kebanyakkan kita org. umor dah ½ abad, nak buat mcm mana. kalau nak reunion lagi mungkin kena ada penjaga utk bawak.:) lepas ni mungkin boleh mg je.
kembara kelana berkata…
terima kasih mer...kau ingat jugak kat aku dah tua tua ni
asri berkata…
Tq Sop dengan sokongan moral kau tu.Sempat juga kau kutuk penghulu blog kita orang.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI