PANTUN BERHIKMAH

Kalau hidup memegang amanat
Adat diisi lembaga dituang
Kalau mengikut ajaran syariat
Hidup Mati tidak terbuang

Adat bersampan mahu berdayung
Adat berbelat mahu berbasah
Adat berkawan mahu menolong
Adat bersahabat mahu bersusah

Elok parang kerana ditempah
Ditempah pada tukang yang handal
Elok orang kerana amanah
Amanah diterima adat pun kekal

Pohon petola di Tanjung Jati
Dibawa orang dari seberang
Kerana gula semut mati
Kerana semut gula terbuang

Teluk dalam tanjung berkelok
Gunung-ganang tunggak berdiri
Besar kerak dari periuk
Lebih jengkal dari jari

Tuar di hulu mengena ikan
Tuar di kuala tak mengena
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

Air surut memungut bayam
Sayur diisi di dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

Anak indung anak ketitir
Anak merbah terlompat-lompat
Yang dikendong habis tercicir
Yang dikejar haram tak dapat

Ulasan

bong berkata…
Mem, saja2 merapu dah tak idea nak n3, terima kasih
kassim berkata…
Ini pantun nasihat untuk Orang Tua2 ke untuk Bebudak???
bong berkata…
Kassim, kau agak untuk sapa?Kalau org tua tak perlukannya bagi kat bebudak.Anak dah beso2 bagi kat cucu.
kembara kelana berkata…
bagus bong bagus....kau memang rajin...
bong berkata…
Terima kasih Sop, itu pun dorongan dari kau.
kassim berkata…
Bong, pantun untuk cucu??? masa tu dia orang dah tak main pantun2 ni... cubalah tanya anak2 maksud ungkapan ini...kalau diorang boleh jawab kira ok la tu.....AYAM DI BALING TAK MAKAN PADI....HUJAN DI KAJANG TAK BASAH....
bong berkata…
Ayam di Baling makan apa ye...hujan di Kajang tak basah bukan hujan air tak tapi hujan emas...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI