KHASIAT KURMA

Salam kepada semua kawan2. Aku merasakan kenapa ya terasa sunyi je bila aku berada di rumah ini? Adakah semua penghuninya telah tidur? Adakah penghuninya telah hanyut di alam lain? Adakah kita sibuk? Adakah kita telah jemu? Tiada lagi gurau senda, tiada lagi perbincangan dan tiada lagi perbalahan. Manakah perginya karyawan2 yang satu masa dulu begitu kereatif dengan idea dan pendapat. Mungkinkah ada alternatif lain tempat untuk bergurau senda dan mencurahkan pendapat.
Namun demikian bagi memenuhi agar rumah ini tidak terasa terlalu sunyi dan terus sepi, malam ini aku ceritakan sedikit tentang khasiat kurma. Aku rasa cerita ini tidaklah begitu menarik, akan tetapi jadikanlah serba sedikit pengetahuan bagi kita, setidak2 kalau ditanya oleh cucu2 kita bolehlah kita memberikan jawapannya.
Aku rasa ramai dikalangan kita tidak menghargai khasiat kurma, madu dan kismis. Kita lebih menumpukan khasiat buah2an seperti apel, anggur, strawberi dan oren.
Rasulullah saw bersabda: "Berilah makan buah kurma kepada isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Itu kata Rasulullah saw bukan kata aku.
Mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung akan memudahkan bersalin. Malah kita selalu melihat orang tua2 mencalitkan sedikit kurma di lelangit bayi yang baru dilahirkan. Ini adalah memperkenalkan makanan pertama kepada bayi dan mengambil keberkatan kurma.
Buah kurma tidak mempunyai gula yang merbahaya dan banyak khasiat serta tidak merbahayakan kesihatan. Ia merupakan makanan Rasulullah saw.
Sabda Rasulullah saw lagi: "Rumah yang tiada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
Abu Abdillah as berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir."
Ramai dikalangan kita mengambil kurma hanya di bulan Ramadan. Itu pun ramai yang sangsi dengan kebaikan kurma. Fakta saintifik menunjukkan berbuka puasa dengan kurma akan memberi kita tenaga gula tapi tidak memudaratkan.
Di Mekkah kita boleh lihat orang2 Arab berbuka dengan beberapa biji kurma, kismis dan air zam zam serta qahwah (air kopi berhalia). Selepas itu mereka akan terus berjemaah Maghrib, berwirid hingga menunaikan solat Isya', disambung dengan solat Terawih di Masjidil Haram yang memakan masa lebih kurang 3 setengah jam. Balik dari terawih barulah mereka makan malam. Kita lihat dari manakah datangnya tenaga untuk melaksanakan solat2 itu tanpa rasa penat dan letih. Inilah kelebihan kurma dan kismis.
Abu Abdillah as berkata: Orang yang memakan 7 biji kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan."
Imam Jaafar Ash-Shadiq as berkata: Barang siapa memakan 7 biji kurma yang baik, maka cacing2 yang ada di perutnya akan mati."
Pengalaman beberapa orang bukan Islam pun mengaku akan kebaikan kurma bilamana mereka megamalkan memakan kurma setiap hari, banyak penyakit yang hilang begitu saja.
Justeru itu kita selain mengamalkan sunnah Rasulullah saw, kurma adalah baik untuk kesihatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI