SYUKURI NIKMAT ALLAH

Lebih bermakna jika menjadikan kesusahan lalu sebagai penanda aras dalam mendaki puncak kejayaan. Tanpa hasil kerja keras mana mungkin dengan mudah kejayaan berada dalam genggaman. Dalam erti kata lain, jangan hanya memandang ke atas hingga lupa di mana bumi dipijak.
Kita sebagai hamba Allah yang daif perlu mensyukuri nikmat yang diberi kepada kita. Kita pernah bersekolah di sekolah pilihan yang menjadi igauan kepada setiap ibu bapa untuk menghantar anak2 bersekolah di sana. Kita pernah mengharungi kepayahan dan kesenangan sepanjang bersekolah. Begitu juga kita pernah merasakan selepas habis persekolahan.
Hasil dari persekolahan kita telah menikmatinya pada hari ini. Rata2 kehidupan kita dalam keselesaan.
Kita harungi kehidupan berumahtangga dengan aman bahagia.Hasilnya kita dikurniakan cahayamata yang sememangnya menjadi idaman bagi pasangan berumahtangga.
Kita harungi kehidupan dalam pergolakan untuk membesarkan anak2 yang menjadi tanggungjawab kita.Hasilnya ada yang telah mendapat cucu.
Kita telah diberi peluang di bumi Allah ini sehingga kita mendapat punca rezeki untuk meneruskan kehidupan.Cuba kita renungkan kehidupan orang lain yang serba kekurangan tidak seperti nikmat yang telah kita rasai hari ini. Mereka tidak ada punca rezeki dan terpaksa melalui kehidupan umpama kais pagi untuk makan tengahari dan kais petang untuk makan malam nanti. Secara optimis kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam keadaan kelas A.
Rata2 dikalangan kita telah mempunyai rumah kediaman yang selesa.
Jangan biarkan kehidupan yang dinikmati sekian lama dengan keistimewan yang diberi menjadi rugi dan dirampas dengan hanya kita lalai mensyukuri nikmat Allah. Kita harus sentiasa bersatu mengekalkan kehidupan untuk terus dinikmati.
Akhir kata kita mesti mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Aku suka tenguk gambar Si Comel atas sejadah tu.InsyaAllah sampai ke tua lagi meningkat taqwa berbanding masa kecil.Malangnya ramai kita semakin tua semakin ingin pembangunan dan projek.
bong berkata…
Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia jangan dipisahkan...disamping mencari bekalan di dunia, bekalan untuk akhirat jangan diabaikan, akhirat tempat yang kekal selamanya.
Tanpa Nama berkata…
Tambah sikit lagi Tuan,
Akhirat tempat yang kekal selamanya,infiniti berbanding dunia.Kita nasihat diri sendiri jangan keduniaan semata,rugi kita, rugi.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI