Felda Residence Terengganu


Kalau dalam entri yang lepas aku cerita tentang Felda Hot Springs Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kali ini aku nak cerita sedikit Felda Residence Terengganu.
Bagi dikalangan kita yang berhajat untuk bercuti ke Pantai Timur bolehlah mencuba menginap di Felda Residence Kuala Terengganu.
Hotel Felda Residence ini telah mula beroperasi pada pertengahan Julai, 2008. Lokasinya adalah muara kuala sungai Terengganu. Antara tarikan yang terdapat di sekitar Felda Residence ialah Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, pusat perindustrian keropok lekor dan perusahaan batik popular, Alfa batik. Bagi yang hendak ke Pulau Kapas bolehlah jadikan Felda Residence sebagai transit kerana ianya terletak 5 km ke jeti Marang. Pakej pelancongan ke destinasi Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau Redang ada disediakan oleh Felda Residence. Dari atas bumbung hotel ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan menarik sekitar Kuala Terengganu dan Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda Terengganu.
Untuk tempahan penginapan di Felda Residence Kuala Terengganu, sila hubungi 09-6321111 atau secara online melalui laman web www.plantationresorts.com.my.

Ulasan

pakroslan berkata…
Salam Bong,
Teruskan usaha murni kau demi felda..tiada sapa yg akan promosi produk felda atau org melayu kecuali org felda atau org melayu tu sendiri..
Dulu org tak minat dgn produk proton tp lihatlah skrg... Sorry kalau aku yak duduk kat hotel felda psl company aku pun ada hotel jg..
kembara kelana berkata…
hidup zaidi felda....hidup zaidi felda...
bong berkata…
Bag, compny kau Cina (individu) FELDA Compny kerajaan untuk rakyat.
bong berkata…
Sop, mcm perli je atau tak suka.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI