Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Hot Springs Sungai Klah

Imej
Terlebih dahulu aku meminta maaf kerana entri aku malam ini bukan untuk mempromosi. Akan tetapi hanya untuk maklumat bersama sahaja. FELDA membelanjakan sejumlah RM30 juta untuk membina beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada pelancong di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai, Perak. Pembinaan hotel 64 bilik berharga RM9 juta, restoran dan Spa serta pembinaan landscap di kawasan seluas 40 hektar. Pelancong yang mengunjungi ke sini boleh menikmati mandi manda di kolam air panas seluas 6.5 hektar. Perkhidmatan tram juga disediakan untuk menikmati pemandangan indah di sekitar bagi merasai percutian desa yang mendamaikan.Perkhidmatan urutan tradisional Melayu dan Ayurveda juga disediakan bagi menenangkan fikiran dari kesibukan kota dan bebanan tugas. Tanaman beberapa jenis pokok herba juga ada di kawasan reasort ini. Peluang pekerjaan kepada anak-anak penroka iaitu lebih 90% bekerja di sini. Oleh itu sesiapa yang berhampiran iaitu sekitar negeri Perak dan Selangor...

Asam Pedas

Imej
Hari Sabtu yang lalu (27.3.10) aku berkesempatan bertemu dengan Member, Syed Zakaria dan Hazami Ros. Yang bestnya bukan setakat dapat jumpa dia orang tapi berpeluang makan asam pedas Muar kat Seksyen 8 Petaling Jaya. Inilah gerainya. Kau tanya Mimbar kalau nak dapat lokasinya Asam pedas ikan senangin Syed Z, Member, Hazami dan Sukimin Licin

System Tools Part 6

Imej
1. Kenapa pasangan suami istri pada hari ini terlalu mudah untuk bercerai. sedangkan mereka telah menjalani tempuh percintaan yang panjang sebelum berkahwin. Kenapa pasangan suami istri pada masa dahulu hanya mati yang boleh memisahkan mereka sedangkan orang orang tua dahului tidak melalui alam percintaan.... 2. Kenapa kita merasa sedih bila anak kita berkahwin dgn org Indon/bangla tapi kita tak kisah bila anak kita kahwin dgn orang putih... 3. Macam mana budak sekolah Sains menjalani perhubungan dalam percintaan pada zaman dulu sedangkan pada masa dulu tak de HP atau sms....
SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Boo Chin Leong pada 28.3.2010 yang ke 49 Member bin Hj Siraj Dan Kamaludin bin Md Don pada 29.3.2010 yang ke 49 Azidah bt Aziz pada 31.3.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

KEKOSONGAN JAWATAN

KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU EKSEKUTIF (PEMBIAYAAN) Lelaki Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Pemasaran, Ekonomi, Kewangan atau bidang2 berkaitan Memiliki sekurang2nya kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan tiga subjek lain dalam SPM dan setaraf. Pengalaman kerja 1-2 tahun (minima) Berumur tidak kurang 23 tahun semasa memohon Boleh bekerja sendiri dan kreatif tanpa pengawasan berterusan dari pihak atasan. Boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunyai personaliti serta inter-personal yang baik adalah suatu kelebihan Gaji boleh dirundingkan Kepada sesiap yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi kepada: Koperasi Permodalan Felda Berhad Blok J, Anjung Felda Jalan Maktab 54000 Kuala Lumpur atau menghubungi Puan Zulyana Mohtar Tel : 03-26942095/26970502 Fak: 03-26948492 Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2010 Untuk makluman Pengurus Besar Koperasi ini adalah orang kampung Alimor dan Rahman

System Tools part 5

Aku tertarik dgn Entri Bong yg cerita pasal cium yg memungkinkan kesihatan sesaorang bertambah baik dari sebelumnya..Denyupan jantung bertambah etc Mgkn kah ciuman yg dimaksudkan oleh bong sentuhan bibir ke bibir? Bagaimana pula dengan ciuman bibir ketangan spt yg dilakukan oleh anak kpd ibubapa? Macamana pula ciuman bibir ke pipi seperti yg dilakukan oleh org arab? Rasanya beruntunglah anak lelaki yg seusia kita dapat mencium bibir bini muda bapa mereka yg masih berumur 17 tahun walau pun dia tau yg bapanya gila2 cemburu.. Soalannya "betul ke?" 1. Betul ke menurut masyarakat melayu, bila seorang ibu melahirkan anak, dia akan simpan usus atau tali pusat dan dikeringkan serta disimpan dalam karung kecik dan jika anak2 mereka dah besar dan selalu bergaduh, usus atau tali pusat ini ditumbuk dan diberi minum atau makan. Dgn cara di atas, anak mereka akan lebih bermuafakat…. 2.Betul ke menurut masyarakat melayu, bila anak kecil tu lambat bercakap, mulut dia mesti di lap dgn kain b...

SELAMAT BERCIUM-CIUMAN

Imej
Malam ni aku nak buat cerita pasal bercium pula. Lain kali aku cerita khasiat buah-buahan lagi. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan bercium bagi kesihatan? Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika bercium, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. Berciuman yang berlansung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress. Lagi...kelebihan berciuman....huhuhu! Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepad...

HBD

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Shamsuddin bin Md Dom pada 22..2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

IKLAN JAWATAN KOSONG DI FELDA

Jawatan : Pegawai Rancangan Tanah G41 (Cadet Manager) Taraf      : Kontrak Gaji         : Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan pengalaman kerja yang berkaitan Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Perladangan/Pertanian) Pengalaman : Mahir dan berpengetahuan dalam bidang pengurusan ladang sawit/getah khususnya hal-ehwal    tanam semula Tarikh Tutup : 31 Mac 2010 Permohonan hendaklah menggunakan Borang Felda 1 Pindaan 1/2003 yang boleh didapati di Jabatan Sumber Manusia, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur atau melayari laman web www.felda.net.my Tel:03-26935066 samb. 352/354
SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Sharif bin Junaidek pada 18.3.2010 yang ke 49 Sulaiman bin Asri Dan Faraza@Farzah Mahmood pada 19.3.2010 yang ke 49   SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

RUMAH SUKAN SMSJ KLUANG

Imej
Aku tidak ingat bila le rumah sukan di SMSJ Kluang ditubuhkan. Yang aku ingat ia ditubuhkan oleh Pengetua pada masa itu Cikgu Hamzah bin Abdul Rashid. Tuan Pengetua telah membahagikan murid-murid pada masa itu lelaki dan perempuan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kuning, biru, merah dan hijau. Kemudian Tuan Pengetua telah memberikan nama-nama warna kumpulan berkenaan seperti berikut (mengikut ingatan aku) kalau tersilap kawan-kawan boleh tolong betulkan. KUNING - SURIA Nama suria diberikan mengikut warna matahari yang berwarna kuning. BIRU - SEGARA Nama segara diberikan mengikut warna lautan dan langit yang berwarna biru. MERAH - PURNAMA Nama purnama diberikan mengikut warna bulan yang berwarna merah. HIJAU - BUANA Nama buana diberikan mengikut warna tumbuhan (pokok) yang berwarna hijau. Aku telah ditempatkan di rumah kuning ia itu suria sehingga aku tamat persekolahan pada tahun 1978. Seingat aku le Bagio@Pak Roslan, Saadiah, Khairu Anuar adalah kawan dalam rumah sukan s...

Abang Haji

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Yahaya Selamat pada 16.3.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

Ujian Hidup 1

Salam. Dah lama aku tak post apa2. Sebabnya aku rasa aku tak pandai sangat nak coretkan idea2 yg bernas macam Bagio, Bong, Fatimah..KK toksah ckplah...korang sume memang pro. Jadi hari ni aku nak share skit pasal topik ni. Masa kita kecik2 dulu, kita tak tau sangat pasal ujian hidup. Apa kita tau ialah kita ada mak bapak yg jaga kita atau sape2lah yg dewasa yg jaga kita (utk sape2 yg masa kecik dah kehilangan sorang atau kedua2 dari ibubapa dia...itu pun dah ujian bagi dia). Kalau ada yang tak kena, kita menangis, merajuk atau marah sampai apa yg tak kena tu dapat disetel mengikut kemahuan kita atau sampai kita rasa hepi semula. Kesian kat mak bapak kita yg menjaga kita dulu kerana kena ikut kerenah kita. Aku ingat skali tu masa hari raya pegi beli kasut raya dgn mak bapak aku. Masa tu kat asrama sibuk dgn kasut lagen (kasut tumit tinggi). Jadi aku mati2lah nak beli satu juga tapi harga mahal. Tp aku nak juga, smpai org tua aku mengalah dan belikan. Tapi bila dah beli pakai sekejap jer...

Balasungkawa : Aziz Misran

Imej
Orangnya kecil dan putih, mempunyai komitmen yang tinggi dalam apa jua yang di ceburinya, Aku amat sanjung pendirian aruah dan paling aku respect ketika ujian makmal MCE kimia yang di jalankan pada 1978 jatuh pada hari jumaat. Aruah berjalan kaki ke masjid berhampiran menunaikan fardu jumaat seorang diri, hingga beliau lambat masuk ke dalam makmal kerana itu. Beliau di persoal dan beliau dengan berani menghadapinya. Dari kawan kawan dan khabaran aruah meninggal dunia di semester akhir semasa belajar di UM. Kemalangan motor itu meragut nyawanya dan kita tidak lagi dapat berjumpa dengan aruah selepas itu. Semoga keluarga beliau tabah menerima pemergian aruah Aziz Misran. Aruah dilahirkan sama dengan Ghazali Husin dan Khairul Amin. Aziz Misran, tidak terkenal sebagai ahli sukan namun dia terkenal di hati orang yang hampir dengannya kerana beliau tidak pernah 'mengacau" sesiapa, berbaik sangka suka menolong dan lemah lembut penampilannya. Pada aku yang pernah sebilik dengan aruah...

PISANG SEJUTA MANFAATNYA

Imej
Bagio dengan sistem toolsnya berkenaan menu. Aku pula tertarik nak cerita tentang buah. Kalau yang lepas aku cerita tentang peria, kali ini aku nak cerita tentang pisang pula. Buah pisang merupakan sejenis buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Daun pisang sering digunakan sebagai alas makanan kerana ia mempunyai bau yang harum apabila dibaluti makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, atau pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat. Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit serta mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni. Buah pisang yang masak boleh dimakan begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Menurut kajian,...

3 sahabat

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Ghazali Husin Khairul Anuar Amin pada 15.3.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978
Imej

System Tools Part 4

Imej
Dulu masa aku nikah aku diamanahkan untuk menjaga bini dgn baik dalam keadaan apa pun…senang atau susah tetap bersama… hati kecil aku jg berkata… inilah perempuan yg paling sempurna selain dari Almarhum Mak aku.. Dgn perbezaan umur yg agak jauh ( 9 thn) , pada aku tentu tak susah sangat nak jaga bini aku. Tp pd usia 49 thn semuanya berbeza .. Bini aku lebih byk jaga dan nasihat aku sama spt Almarhum mak aku jaga aku waktu kecil..Kedua2nya terlalu sempurna dlm kehidupan aku… tetapi msh terdapat kekurangan pd bini aku walau pun kekurangan ini tidak pernah mencacatkan hubungan suami istri…. Sehingga hari ini masakan bini aku tak sesedap masakan almarhum Mak aku terutama makanan jawa…. kerana bini aku tak sejawa Almarhum Mak aku…Kita selalu dgr kawan2 kita iklankan makanan arab spt kambing yg tp biarlah aku mempromosikan makanan JAWA yg mgkn boleh menyihatkan tubuh kita pada usia yg semakin tua…iaitu “URAP” … Namanya aja sudah pelik tp cubalah makan…maaf aku guna nama JAWA… aku tak tau apa...

Allah azab anak lebihkan isteri, lukakan hati ibu - NERAKA JIKA ABAI IBU

Imej
Nampaknya telah dari 9 hingga 12 Mac, aku memberikan laluan supaya kawan-kawan lain membuat entri, tetapi tak ada cerita. Jadi aku meneruskannya. Kali ini aku menceritakan tentang ibu. Bagi kita yang masih ada lagi ibu dan bapa sama-sama kita mengingati kasih seorang ibu terhadap anak-anak tidak ada tolok bandingnya. Bagi kita yang sudah kematian ibu dan bapa jangan mengatakan tanggungjawab kita telah selesai. Mari kita sama-sama membuat amal jahriah untuk disedekahkan pahlanya untuk ibu bapa kita. Begitu juga kita janganlah lupa menghadiahkan pahala membacakan surah al-fatihah dan al-ikhlas selepas kita menunaikan solat lima waktu. Kita tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menghadiahkan bacaan al-fatihah itu. Aku rasa ianya tidak menjejaskan atau kerugian kepada kita. Allah memberikan pahala kepad kita yang membacakannya dan pahala yang kita hadiahkan kepada arwah ibu bapa kita. Setiap orang yang ingin memasuki syurga perlu mendapat keredaan Allah terlebih dahulu. Bagi sese...

BERBAIK SANGKA KETIKA DI AMBANG KEMATIAN

Bagi memeriahkan blog ini malam ini aku membuat n3 baru. Ini adalah untuk kita mendapat cerita baru. Itu pun bagi menunggu GB Yusop kelapangan. Kalau GB Yusop sudah selesai urusannya maka kita serahkan semula kepadanya. Malam ini aku nak becerita sedikit kisah. Ini adalah lanjutan kepada cerita sistem tools part 3 oleh Roslan bin Sukimi@Bagio@Pak Roslan. Bagio mengingatkan usia kita yang semakin senja, minta kita menginsafi perbuatan buruk kita yang lalu, gurauan dan panggilan yang tidak senonoh didengar tapi enak dipanggil. Kemeseraan yang kita cipta semasa bersekolah dahulu berlanjutan hingga kini walau pun ada yang masih tidak bersua 30 ke 32 tahun dengan panggilan-panggilan manis dan manja. Untuk tidak membuang waktu biarlah aku menceritakan kisah yang hendak diceritakan. Suatu hari Rasululah s.a.w bertemu dengan seorang pemuda yang sedang nazak. Rasulullah duduk di sisi pemuda itu dan kemudian bertanya. "Bagaimana keadaanmu sekarang?" tanya Rasullah. Pemuda nazak itu ...

System Tools Part 3

Imej
Kita tahu semua cikgu2 kat SMSJ hebat2. Tak mgkn kita akan berjaya pada hari ni kalau mereka tak ajar kita. Dulu aku di ajar oleh Cikgu perempuan cina dan kecik2. Aku lupa nama dia tp dia mengajar memang gila2 komitted.. Dan ada satu lg cikgu aku lelaki Cina… lupa ajar apa tp budak2 panggil dia “Inoki” pasal dagu dia. Dia juga bagus.. Sebenarnya semua guru2 SMSJ hebat2 dan terlalu banyak berjasa pada kita samada kita sedar atau tidak tp kenapa pada hari ini kita cuma ingat cikgu yg rotan kita atau yg selalu denda kita aja ? Apakah guru2 lain kita harus lupakan begitu saja. Kita terlupa tanpa cikgu kimia, bio, fizik ,BM etc.. kita bukan siapa2 pada hari ini. Aku rasa bersalah bila aku lupa nama Ustazah yg ajar aku Pendidikan Islam dulu… Maaf kalau ada yg tak terima atau tersinggung.... Semasa sekolah kita suka panggil kawan kita dgn panggilan yg tak sedap didengar… Mgkn ada yg kita panggil “KONYEM” dari asal “MONYET”. Panggilan ini kita tujukan biasanya pada budak2 perempuan.. Ada ju...

SEKOLAH TAMAN

Imej
Nampaknya admin blog kita masih sibuk dan pening2 lalat lagi. Bagio pula sambungan sistem toolsnya pun masih belum pulang ke Malaysia. Jadi aku masuk le lagi. Kali ini nak cerita pasal seorang cikgu kita semasa di SMSJ. Kita tengok kartun yang aku masukkan menceritakan cerita Sekolah Taman atau Sekolah Ladang. Ada Kerbau, ayam, itek, kucing dan monyet. Jadi aku teringat le dengan cikgu kita tu. Cikgu yang aku maksudkan nak dikatakan Melayu aku rasa tidak, sebab bila dengar cakapnya masih tebal lagi. Kalau nak kata Jawa aku rasa memang Jawa. Cikgu ni menganjar  Ilmu Hisab Moden (Metametik Moden) semasa tingkatan 2 atau 3 (tak berapa ingat) bagi kelas-KELAS 'M'. Cikgu ini pernah menjadi warden kita. Kalau tak silap dia berkereta Toyota KE10. Orangnya memang kemas dan handsome. Lepas tukan cikgu ni berkawan rapat dan baik pulak dengan warden asrama perempuan. Bila aku terpandang kartun yang aku lampirkan maka aku teringat le satu perkatan yang dia ucapkan semasa di kelas aku.Pe...

MG: Shah Alam

Imej
Orang rumah kol agaknya suruh jaga cucu Sebelum balik, sempat berposing ala-ala body builder Kambing mandi dah terhidang Apalah yang Syed tengah sembang dengan Md. Shah Ni baru starter aje Mimbar dan Husin Sahara Tent, Shah Alam Mall Hari Jumaat lepas (5 Mac, 8.30 malam) Mimbar aturkan MG kat Sahara Tent, Shah Alam Mall. Yang datang selain Mimbar dan aku ialah Dr. Mohd. Shah Mahmood (MCE 1977) dan 2 SPM 1980 Husin Mian dan tauke yang belanja kita orang Syed Zakaria. Punyalah syok bersembang, sampai kena ' halau ' sebab kedai nak tutup. Sebelum ni aku tak pernah aku makan 'kambing mandi', tapi malam tu lima2 sepakat makan menu tu. Memang sedap rupanya kambing mandi ni. Dalam dok bercerita2 tu macam2 benda yang keluar. Salah satu yang unsangkarable ialah si Md Shah ni pernah kantoi dengan Mr Paul panjat pagar malam2. Macam tak percaya aja kan.... p/s Bong, kat khemah sahara tu tak ada peria ler...

PERIA - Pahit tapi Berkhasiat

Imej
Sekali lagi aku memenuhi permintaan Bagio (Pak Roslan) untuk n3 baru. Setelah ditimbang2kan aku pun mencari idea untuk n3 baru sedangkan malam tadi baru saja aku n3 kisah Tenaga Kerja Asing. Itu pun setelah melihatkan Administrator blog ini terlalu sibuk dengan urusan seharian dan pening2 lalat.. Nanti jika beliau telah selesai urusannya maka aku pula berehat. Kali ini aku nak cerita tentang hal Peria. Peria yang aku maksudkan bukannya lelaki tetapi sayur yang kebanyakan kita tidak mengemarinya. Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya. Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protin, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium. Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Jenis peria yang digunakan adalah peria yang dipanggil oleh kebanyakan kita orang Melayu peria katak. Ianya bersaiz kecil. Banyak dijual...

TENAGA KERJA ASING INDONESIA

Imej
Malam ini aku membuat n3 yang menjadi soalan Bagio(Pak Roslan) kepada aku.Ok Bag, aku cuba mengulas sedikit soalan yang kau kemukakan dari fikiran aku yang tidak seberapa kebolehannya. Sebelum tu aku minta maaf dahulu sekiranya yang aku ketarakan ini tidak berapa tepat kerana aku adalah hamba yang daif di sisi Allah. Industri sawit merupakan sektor pertanian  termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru itu industri sawit perlu dipupuk untuk terus berkembang sebagai penjana pertumbuhan ekonomi bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara di masa hadapan. Akan tetapi ramai dikalangan kita tidak mengetahui dengan tiadanya tenaga kerja Indonesia (TKI) kebun dan ladang sawit yang ada di negara kita Malaysia mungkin tidak berjaya. Ini adalah disebabkan oleh kurang mi...

System Tools Part 2

Imej
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang, Di bawah mentari sumbing Sambil bernyanyi lagu, Ketakutan hari-hari ini Anak-anak kitakah yang memikul Beban kesilapan kita, Hingga dia tak kenal Budaya canggung bangsa sendiri - Anak Anak Kita – M.Nasir Kita tahu di Malaysia, mercun atau bunga api dimainkan pada waktu malam pada upacara yg penting seperti perasmian sukan etc. Bagi Masyarakat Cina, mereka akan membakar berbagai jenis mercun pada MALAM Tahun Baru Cina kerana mercun adalah sebahagian dari adat mereka. Sebahagian org melayu jg membakar mercun dimasa idul fitri tp bilangannya amatlah kecil. Tapi lihatlah.. Jumlah jari yg byk putus akibat mercun adalah jari2 anak Melayu berbanding dgn jari anak2 Cina dan yg peliknya jari2 anak Melayu putus akibat bermain mercun pada waktu SIANG… terlalu hebat bangsa ini… Kita tahu rujukan hidup kita adalah AlQuran, Alhadith, Qias dan Ijmak Ulamak tapi apakah AlQuran dan AlHadith yg kita baca dan kita amalkan belum cukup lengkap sehingga ada diantara...

DIAM DAN TIDAK BERKATA-KATA

Malam ini aku hendak berkonsi dengan kawan2 semua tentang beberapa jenis diam. Daripada Anas r.a berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda: Maksudnya: Sifat diam itu merupakan hikmat dan sedikit yang dapat melakukannya. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, diam bermaksud tidak bercakap (bersuara dan lain2), senyap, tidak bergerak2 atau berbuat apa2. Sedangkan berdiam pula bermaksud tidak bercakap2, bergerak2 atau melakukan sesuatu. Rasullah s.a.w menerangkan bahawa barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Imam Syafie menyatakan hadis ini bahawa apabila seseorang hendak berkata hendaklah dia berfikir. Apabila ternyata tidak ada bahaya atasnya maka bolehlah bercakap tetapi bila terjadi sebaliknya maka hendaklah dia diam. Di dalam buku Don't Be Afraid karangan Ahmad Safuan al-Karami menyebut jenis2 diam iaitu: Diam Bodoh. Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini oleh kerana kekurangan ilmu pengetahuan d...