Hot Springs Sungai Klah

Terlebih dahulu aku meminta maaf kerana entri aku malam ini bukan untuk mempromosi. Akan tetapi hanya untuk maklumat bersama sahaja.
FELDA membelanjakan sejumlah RM30 juta untuk membina beberapa kemudahan bagi memberi keselesaan kepada pelancong di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Pembinaan hotel 64 bilik berharga RM9 juta, restoran dan Spa serta pembinaan landscap di kawasan seluas 40 hektar.
Pelancong yang mengunjungi ke sini boleh menikmati mandi manda di kolam air panas seluas 6.5 hektar. Perkhidmatan tram juga disediakan untuk menikmati pemandangan indah di sekitar bagi merasai percutian desa yang mendamaikan.Perkhidmatan urutan tradisional Melayu dan Ayurveda juga disediakan bagi menenangkan fikiran dari kesibukan kota dan bebanan tugas. Tanaman beberapa jenis pokok herba juga ada di kawasan reasort ini.
Peluang pekerjaan kepada anak-anak penroka iaitu lebih 90% bekerja di sini.
Oleh itu sesiapa yang berhampiran iaitu sekitar negeri Perak dan Selangor bolehlah mencuba bercuti rehat di Felda Residence Hot Springs Sungai Klah.

                        Bilik Hotel, tram, kolam air panas dan pemandangan di Hot Springs Sg Klah

Ulasan

fati berkata…
Aku dah pi banyak kali bong, tapi masa aku dtg kali pertama, kolam cantik, air jernih, bila aku datang 2 kali lagi lepas tu, air kolam nya keruh dan berlumut....depa tak jaga betul-betullah, nak rendam kaki pun rasa tak gamak...
kembara kelana berkata…
dulu kau selalu ngutuk felda, sebut nama felda pun kau jijik, sekarang kau mendapat rezeki dari felda dan jadi tukang promosi felda...hotel felda kat kuala trengganu tu, macam tak konfiden je aku nengok....meleding semacam...dah tu ngadap laut harga lain , ngadap bandar harga lain...mahal lak tu..jawab org felda..jawab
kembara kelana berkata…
begitulah adat dunia bong, dulu lain sekarang lain....aku teringat ke latifah saubi...kawan kita...sian dia kan...nak pakai baju oren pun tak boleh....saja gurau dgn kau bong...karang merajuk pulak....muka kau garang bong tapi...hati baik...
Tanpa Nama berkata…
salam, dulu kalau kata Felda tak sedap, bahasa Melayu LKTP. kena kaki yang suka buat sakit hati kawan, jadikan dia L.... (cow) Kerajaan Tahan Panas. Org felda jgn amik hati.
pakroslan berkata…
salam,
Kalau Allahyarham Tun Razak tak buat buat Felda, tak de company melayu dlm plantation.. Sampai skrg, cuma felda.. Hidup bong
pakroslan berkata…
salam bong,
Fatimah ckp tu betul sebab tu dia datang kali ke2 tp cuba fikir kenapa dia tk dtg kali ke3. cepat2 beritau yb ahmad maslan.
bong berkata…
Fati, aku sebenarnya memang dah bertahun2 tak pegi.Kalau berkursus pun hanya di Terolak Country Reasort.
bong berkata…
Sop, setahu aku le aku tak pernah mcm tu sebabnya arwah datuk aku Hj Mohd Top adalah peneroka Felda Bukit Besar.
Residence Hotel Felda di K Terengganu tu adalah mercu tanda untuk FELDA 50 tahun ke 2.Chaiman FELDA adalah orang Terengganu.
Tentang harga kalau kau pergi Kuala Perlis Hotel Brasmana Putra Hotel pun sama seperti Hotel Felda di KT menghala ke laut harga lebih mahal sedikit.
Tentang Latifah yg buli dia sebenarnya kau Sop, sebab kau terkenal anti perempuan.
bong berkata…
Anonymous, LKTP masih lagi digunakan bagi sekolah2 di rancangan FELDA.eg Sekolah Kebangsaan LKTP ........
LKTP tu cakap Melayu FELDA tu cakap orang putih.
kassim berkata…
Bong & KK, jgnkan lokasi resort aje yg mcm2 harga... kat JB ni.. nak beli rumah aje...kena bayar lebih.. ngadap matahari naik harga lain... ngadap matahari jatuh harga lain... ngadap pdg permainan kena extra RM5,000.00.. tak nampak matahari langsung..murah..
bong berkata…
Bag, kau kata tu memang betul, kalau tak ada FELDA orang Melayu tak ada ladang terbesar di Malaysia.Kedudukannya amat kukuh.
Harap2 Dato Ahmad Maslan membaca blog ni.
bong berkata…
Bang Kassim.... ada macam tu pulak ye!Aku nak jadi taukeh rumah la kalau tu. Rumah sewa aku boleh ikut formula kau Sim....
bong berkata…
Kassim... kalau rumah gelap memang percuma, tiangnya dua je Sim...
Ali Hussin berkata…
Salam Bong, d Mlaka ade tempat namenye TIANG DUA tp masih ramai yg hidup.Rumah masih kena beli.
bong berkata…
Bang Ali... rumah yg percuma adalah rumah gelap tak terang benderang.
kembara kelana berkata…
bong
kau kaki buli...lu kena gantung pasal buli..lu jangan lupa...latifah sampai troma...aku, cuma anti perempuan je...tapi tak seganas kau bong..kau memang ganas giler bong..menakutkan...
kassim berkata…
Bong, rumah gelap yg kau maksudkan tu dah takde percuma lagi...sekarang ni kalau takde RM 500..tak boleh nak sempurnakannya..set kain kapan dah berapa harganya??
bong berkata…
Semua sekarang bebayo, upah gali bilik rmh gelap pun kena bayo.Gitu le Simm zaman sekarang, semua package deal.
kassim berkata…
Bong, skrg ni kalau nak makan pucuk ubi celur & cicah dgn sambal.... pun kena bayar... kalau tak malu petik aje pucuk ubi kat tepi jalan.. free
bong berkata…
Simm, isteri aku kalau balik kg dia tak kira petik pucuk paku tepi jalan je.Pucuk ubu ada tanam kat rumah.
kassim berkata…
Bong, pendek kata...kalau kat bandar ni semuanya kena beli & kena bayar.. tak de yang free..

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI