SEKOLAH TAMAN

Nampaknya admin blog kita masih sibuk dan pening2 lalat lagi. Bagio pula sambungan sistem toolsnya pun masih belum pulang ke Malaysia. Jadi aku masuk le lagi.
Kali ini nak cerita pasal seorang cikgu kita semasa di SMSJ. Kita tengok kartun yang aku masukkan menceritakan cerita Sekolah Taman atau Sekolah Ladang. Ada Kerbau, ayam, itek, kucing dan monyet. Jadi aku teringat le dengan cikgu kita tu.
Cikgu yang aku maksudkan nak dikatakan Melayu aku rasa tidak, sebab bila dengar cakapnya masih tebal lagi. Kalau nak kata Jawa aku rasa memang Jawa. Cikgu ni menganjar  Ilmu Hisab Moden (Metametik Moden) semasa tingkatan 2 atau 3 (tak berapa ingat) bagi kelas-KELAS 'M'. Cikgu ini pernah menjadi warden kita. Kalau tak silap dia berkereta Toyota KE10. Orangnya memang kemas dan handsome. Lepas tukan cikgu ni berkawan rapat dan baik pulak dengan warden asrama perempuan.
Bila aku terpandang kartun yang aku lampirkan maka aku teringat le satu perkatan yang dia ucapkan semasa di kelas aku.Perkataan itu memang unik terkeluar dari mulut cikgu ni kerana kita orang tidak berapa faham apa yang dia ngajar. Kalau nak tahu perkatannya ialah 'KELEM'. Perkataan yang disambung 'KERBAU' dan 'LEMBU'. Ambil 'KE' dari 'kerbau' dan 'LEM' dari 'lembu'. Maksud cikgu ni kita orang bodoh macam 'KELEM'.
Aku ingat nama cikgu ni. Aku juga rasa semua antara kita masih ingat lagi. Tapi aku tak mahu beritahu namanya di sini. Biarlah kalangan kita memberitahunya, samada Yusop, Bagio, Fati, Wak Jan atau G.Abang Kassim pun boleh beritahu juga.
Aku juga tidak tahu cikgu ini berada di mana? Agak-agaknya dah bercucu cikgu ni.
Apapun aku mendoakan cikgu ni berada di dalam sihat walafiat.

Ulasan

kassim berkata…
Bong...aku dah tau..Cikgu Md Lazim Amin... dan dia berkawan baik dgn Cikgu Asiah Daon..betul tak???Kalau tak betul tolong buat pembetulan..
Alimor Sipon berkata…
Aku pun tau tp kassim lagi cepat.
bong berkata…
Betul le tu abang2.Hanya perkataan KELEM yang aku ingat sampai hari ini.
g berkata…
bong, tak silap aku pernah nampak di failnya ditulis nama matsaleh dia 'george'.
ikut lidah matsaleh england sebutannya 'jorj' ; mulut matsaleh sepanyol kata 'khorkhe' ; lidah perancis nyebutnya 'shorsh' ; matsaleh itali pulak sebut 'giorgio' (macam giorgio armani tu ler) kalau cakapnya yang kau kata masih tebal tu, tak tau pulak aku nak nyebutnya mcm mana.

kat mana dia sekarang ...?
fati berkata…
Eh, aku suka cikgu Md Lazim tu ngajar math , masa dia ajar binary nombor tu aku faham sangat.... tu yg lekat aku panggil dia Mr Binary....
kassim berkata…
Wak Mim dll...dia guna nama George Lazemby..hero cerita JAMES BOND bukan JEBON..cerita P.Ramlee DO RE MI..
Tanpa Nama berkata…
hehe... lucu baca komen.
pakroslan berkata…
Salam Bong,
Kau memang DEGIL dari sekolah sampai sekarang... Entri Sukimin belum habis orang komen tp kau buat entri baru. Hari yg sama pulak tu.. Sabar Bong...
pakroslan berkata…
Masa ajar cari luas selinder,dia beri contoh "culvert" tp ramai tak faham.. lepas tu dia tukar jd "Batang Kalbat" pun ramai tak faham... akhirnya dia tukar jd "Orong Orong" dan semua faham dan lulus SPM.. Mgkn Wan jan, Sukimin n Ibnu blh Komen..
bong berkata…
g, cikgu tu memang hebat dan baik. Kalau sebut tebal sikit bukannya mcm sebut nama kau je "gorge".
bong berkata…
Wak Bar, cikgu Hamid Bob V tu aku ingat memang tulisan sambungnya cantik.Pakai seluar tali pinggang atas pusat dan kaki seluar gantung sikit. Tapi dia baik tak pernah marah kita semua.
bong berkata…
Bang Kassim, yang jadi Jebon tu Bagio.Cikgu Lazembee memang James Bond sebab ada teman wanita istimewa sentiasa bersamanya.
bong berkata…
Fati, nasib baik masa tu tak ada Mr Been kalau tidak Binary jadi apa aku pun tak tau.Kau semua memang nakal gelar cikgu macam2.Aku tahu budak2 perempuan memang minat kat cikgu yg smart.
bong berkata…
Teja, tu baru seorang je cikgu yg diketengahkan.Tapikan anak2 muridnya pun ramai yg jadi cikgu.
bong berkata…
Bag, masa tukan yg tahu 'orong-orong' buat muka tempea saja, terutama budak2 perempuan.Tapi kena budak2 nakal macam kau jadi satu permainan pulak.
Sukimin berkata…
'orong-orong' tu gelaran pada harudin ahmad (budak melaka) yang diberikan oleh ibnu hajar. Yg kenal harudin ni cuma yg stay f6 je. Dia terer main bass gitar dan dr sekolah alam shah. Tarian cak kun cak dialah perkenalkan. Dia skrg kat menara TM kl. Kalau tak silap aku, makna orong2 ialah salur air besar yg ditanam sepanjang jalan.
Cikgu Hamid Bowie yang aku dengar dah meninggal. Dia memang lucu orangnya, cantik tulisan sambungnya dan memang tak pernah marah.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI