DIAM DAN TIDAK BERKATA-KATA

Malam ini aku hendak berkonsi dengan kawan2 semua tentang beberapa jenis diam.
Daripada Anas r.a berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Maksudnya:
Sifat diam itu merupakan hikmat dan sedikit yang dapat melakukannya.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, diam bermaksud tidak bercakap (bersuara dan lain2), senyap, tidak bergerak2 atau berbuat apa2. Sedangkan berdiam pula bermaksud tidak bercakap2, bergerak2 atau melakukan sesuatu.
Rasullah s.a.w menerangkan bahawa barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian hendaklah dia berkata yang baik atau diam. Imam Syafie menyatakan hadis ini bahawa apabila seseorang hendak berkata hendaklah dia berfikir. Apabila ternyata tidak ada bahaya atasnya maka bolehlah bercakap tetapi bila terjadi sebaliknya maka hendaklah dia diam.
Di dalam buku Don't Be Afraid karangan Ahmad Safuan al-Karami menyebut jenis2 diam iaitu:
  1. Diam Bodoh. Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini oleh kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan kurang pengertiannya atau lemah pemahaman dan alasan yang lain. Namun, diam ini jauh lebih baik dan selamat daripada memaksakan diri bercakap dan merasa tahu.
  2. Diam Malas. Ini merupakan keburukan kerana diam ketika orang memerlukan percakapannya dia enggan bercakap kerana merasa tiada mood atau tidak berselera dan malas.
  3. Diam Sombong. Ia termasuk diam negetif kerana dia bersifat diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang mengajak bercakap tidak setaraf dengannya.
  4. Diam Khianat. Diam seperti ini adalah diam orang jahat kerana dia diam bertujuan mencelakan orang lain seperti diam ketika diperlukan saksi untuk menyelamatkan. Justeru, ia dianggap sebagai diam yang keji.
  5. Diam Marah. Diam seperti ini ada baiknya dan buruknya. Baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang lebih mengeruhkan suasana. Namun, buruknya pula ialah dia berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya ini juga boleh menambah masalah.
  6. Diam Utama. Atau desebut dengan nama diam aktif yang bersikap diam hasil dari pemikiran, renungan dan niat membuahkan keyakinan, bahawa dengan bersikap diam akan mendapat maslahat yang lebih besar berbanding bercakap.
Rasanya aku pun sendiri tidak tahu macamana aku tertarik untuk n3 sifat diam malam ini setelah aku membacanya. Adaka sebagai panduan kita yang semakin tua ini atau untuk apa aku pun tak tahu. Aku hanya merapu untuk mengisi Alam Maya sahaja.
Maaf aku pinta.

Ulasan

pakroslan berkata…
Salam bong,
trip thailand jadi tak? Jgn Diam aja... ada yg nak ikut?
fati berkata…
Whaa... buat diam-diam ek.... rombongan cek Kiah ke.....
pakroslan berkata…
jom fatimah.. Kita perkena tom yam siam? Aku suka kerabu siam tu. Pergh... Wak Member jd tak?
pakroslan berkata…
correction... Kerabu pelam..
bong berkata…
Syyyy... kau tak tau diam lah Bag, kan Fati tau trip kita.Kau jangan diam khianat Bag.
Kerbau muda sedap Bag, jangan kerbau tua ehh.. aku juga ikut tersasul pelam muda.
Fati, kau betul nak join ke, kita org singgah TM ambik kau.Aku tau kau selalu balik Perlis tapi tak pernah lepas ke Siam.
Wak Member lepas kena kerabu Siam kena le pulak rokok yg Bagio bawak. Pehhh...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI