PERIA - Pahit tapi Berkhasiat
Sekali lagi aku memenuhi permintaan Bagio (Pak Roslan) untuk n3 baru. Setelah ditimbang2kan aku pun mencari idea untuk n3 baru sedangkan malam tadi baru saja aku n3 kisah Tenaga Kerja Asing. Itu pun setelah melihatkan Administrator blog ini terlalu sibuk dengan urusan seharian dan pening2 lalat.. Nanti jika beliau telah selesai urusannya maka aku pula berehat.
Kali ini aku nak cerita tentang hal Peria. Peria yang aku maksudkan bukannya lelaki tetapi sayur yang kebanyakan kita tidak mengemarinya.
Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya. Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protin, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.
Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Jenis peria yang digunakan adalah peria yang dipanggil oleh kebanyakan kita orang Melayu peria katak. Ianya bersaiz kecil. Banyak dijual di pasar awam, pasar malam dan pasar raya yang besar. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.
Jika di kalangan kita mengidap penyakit kencing manis bolehlah mencubanya. Bagi menyembuhkannya adalah kuasa Allah. Kita hanya berusaha.
Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selam sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir. Haha yang ini aku tahu siapa ada penyakit ini. Jadi siapa yang terlibat boleh mencubanya.
Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4 hingga 6 bulan. Yang ini Bagio boleh mencubanya. Sebab dia selalu kena gatal2 bila balik dari melawat ladang (kebun).
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Ia boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.
Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak. Tentang memasak sayur peria kita boleh tanya kawan2 Makcik kita.
Khasiat Makanan
Administrator yang pening2 lalat cuba info ini mudah2an akan menghilangkan pening2 lalat.

- Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
- Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
- Buahnya boleh dijadikan jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
- Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
- Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.
- Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan usus serta masalah kaum wanita.
- Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
- Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikro, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakar, luka2, sampu dan sakit perut.
- Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem pernafasan dan banyak kahak.
- Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.
Administrator yang pening2 lalat cuba info ini mudah2an akan menghilangkan pening2 lalat.
Ulasan
Kalau ku tahu peria pahit,
Takkan ku gulai dgn kelapa;
Kalau ku tahu bercinta sakit,
Takkan ku mulai sedari mula.
jawab...jgn tak jawab...
Kalau goring + tepung bagi garing cam kat kedai makan India tu, okay anak2 suka..
Wak Jan plak...sumer pun dia tak suka tapi cam kena paksa juga wat penawar penyakit yang semakin menghampiri dia...
kassim tu.. abang kassim ke..adik kassim ke.. atau anakanda Kassim???
kesian.. apa pun bila dah umur dah cam abang2, demam pun lebih rasa sakit banding waktu kita muda inikan pula bercinta... sumernya dah x kuat.. udah ler jgn cari penyakit
Knp kita panggil peria katak sedangkan tempat tumbuh peria katak tu tk sesuai tuk jd habatat katak.
Salam bong,
Next trip blh ikut aku. Aku tgh makan botok2 ni..
Sal, Wak Jan tu semua tak makan, perangai dia mcm dulu juga, tapi aku tahu Wak tu alim kucing, kau kena awasi dia selalu.
Teja, kau suka berulam patut le kau awet muda.
Bang Kassim, kau jagan guna akal P. Ramli.
Peria pahit tapi sedap
Cinta sakit memang sakit,
Mengapa abang kassim suka mengadap,
Tu namanya cari penyakit.
putera katak ok gaks! ngeee...
Fati, aku tahu le kau memang asli, kalau tiadak takkan abang Rosli terpikat kat kau. Lama dia pendam tu.