BERBAIK SANGKA KETIKA DI AMBANG KEMATIAN

Bagi memeriahkan blog ini malam ini aku membuat n3 baru. Ini adalah untuk kita mendapat cerita baru. Itu pun bagi menunggu GB Yusop kelapangan. Kalau GB Yusop sudah selesai urusannya maka kita serahkan semula kepadanya.
Malam ini aku nak becerita sedikit kisah. Ini adalah lanjutan kepada cerita sistem tools part 3 oleh Roslan bin Sukimi@Bagio@Pak Roslan. Bagio mengingatkan usia kita yang semakin senja, minta kita menginsafi perbuatan buruk kita yang lalu, gurauan dan panggilan yang tidak senonoh didengar tapi enak dipanggil. Kemeseraan yang kita cipta semasa bersekolah dahulu berlanjutan hingga kini walau pun ada yang masih tidak bersua 30 ke 32 tahun dengan panggilan-panggilan manis dan manja.
Untuk tidak membuang waktu biarlah aku menceritakan kisah yang hendak diceritakan.
Suatu hari Rasululah s.a.w bertemu dengan seorang pemuda yang sedang nazak. Rasulullah duduk di sisi pemuda itu dan kemudian bertanya. "Bagaimana keadaanmu sekarang?" tanya Rasullah. Pemuda nazak itu menjawab, "Ya Rasulullah, aku mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan berasa bimbang terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan. Jawab Rasulullah, "Di dalam hati seorang mukmin terdapat dua perkara iaitu harapan terhadap keampunan Allah dan khuatir kepada dosa yang telah dilakukannya. Allah akan berikan apa yang orang itu harapkan dan memberikan rasa ketenangan terhadap apa yang dibimbangkan."
Berkaitan dengan saat-saat menghadapi kematian ini, Rasulullah bersabda, katanya Allah telah berfirman "Tidak aku kumpulkan dalam hati umat ku dua perkara; siapa yang berasa gerun dan takut dengan azab ku sewaktu di dunia, nescaya aku akan berikan rasa kedamaian untuknya di akhirat kelak. Dan sesiapa yang berasa aman di dunia (meninggalkan ibadat dengan sengaja dan tanpa rasa takut) dia pasti akan mengalami rasa kesakitan di akhirat kelak.
Dalam hal kematian juga para ulama mengingati kita supaya kita sentiasa 'husnuz-zhonbilah' iaitu bersangka baik kepadanya, bahawa Allah selalu menberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Allah juga bersedia memberikan ganjaran serta mengamounkan segala dosa yang telah dilakukan oleh umatnya. Ini selari dengan sabda Rasulullah, bermaksud "Jangan hendaknya seorang diantaramu mati kecuali dia bersangka baik terhadap Allah Azza Wa Jalla."
Elok kita renungkan dua kisah menarik di bawah ini.
  1. Syeikh Al-Bannaniy menceritakan, di kawasannya ada seorang pemuda kacak yang sakit tenat dan nazak, tetapi dalam masa yang sama ibunya merasa sakit hati terhadapnya. Lalu siibu berkata kepada anaknya, "wahai anakku, ibu berasa takut melihat engkau yang sedang bergelut dengan maut waktu ini." Pemuda itu menjawab, "wahai ibu yang kusayangi, seelok-eloknya ibu janganlah berasa sakit hati kerana aku selalu ingatkan tuhan. Aku yakin tuhan yang kusembah memiliki kemurahan, dan pada hari ini aku tidak mengharapkan sebahagian kemurahan tuhan ini hilang dariku."
  2. Suatu hari Nabi Yahya bin Zakaria a.s dan Nabi Isa bin Mariam a.s berselisih ketika mereka sedang berjalan-jalan. Dalam pertemuan itu, Nabi Yahya a.s seperti orang kebingungan dan berduka cita sambil menunjukkan muka yang berkerut. Nabi Isa a.s pula berjalan dengan wajah yang tersenyum. Lantas Nabi Isa a.s beranya Nabi Yahya a.s, "kenapa apabila kita bertemu aku lihat wajahmu murung dan berduka seolah-olah orang yang berputus asa daripada rahmat Allah?" Jawab Nabi Yahya a.s, "engkau pun begitu juga. Apabila bertemu denganku, aku lihat wajahmu sentiasa tersenyum seolah-olah engkau yakin sudah terlepas dari siksaan Allah."
Ekoran itu, Allah menwahyukan kepada Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s; "Yang paling cinta dan paling baik kepadaku di antara kamu berdua adalah yang berbaik sangka kepadaku."

Ulasan

pakroslan berkata…
Tidak aku kumpulkan dalam hati umat ku dua perkara; siapa yang berasa gerun dan takut dengan azab ku sewaktu di dunia, nescaya aku akan berikan rasa kedamaian untuknya di akhirat kelak. Dan sesiapa yang berasa aman di dunia (meninggalkan ibadat dengan sengaja dan tanpa rasa takut) dia pasti akan mengalami rasa kesakitan di akhirat kelak
bong berkata…
Bag, cuba kau ulas sikit.Bagi aku betul apa yg dikatakan, kerana itu janji Allah.Percaya kepada hari kiamat.Lebih2 aku tak berani.
pakroslan berkata…
Salam Bong,
Hadith bukan mcm gurindam yg sebarangan org boleh ulas. macam sebutan Allah oleh yg bukan islam. Salah ulas... dosa tu bong. Kau yg buat entri pun takut nak ulas... yg lain pun punya perasaan yg sama mcm kau juga..
kassim berkata…
Salam Bong & Bag, susah juga nak buat ulasan tentang kematian ni.... yang pentingnya cukupkan amalan untuk bekalan kita nanti...itu pun kalau diterimaNya...kalau tidak...terpaksa kita perbanyakkan lagi amalan kita... selagi kita terdaya...InsayaAllah...
bong berkata…
Bag, kau buat n3 lain je.Aku nak rehat kejap, nanti aku takut ada orang tak suka.Mereka "Diam Marah".Bagio, Bong, Bagio, Bong, Bagio,Bong +++++++++++
Kassim, kau cakap memang betul, disamping mengingatkan diri sendiri, kita juga ingat-mengingati sesama kita.
kassim berkata…
Bong...betul...betul...betul

mereka diam bukan marah... tapi tak tahu nak komen pasal bab agama ni..

Cuba korang buat N3 SUKAN... jangankan dia orang.. aku rasa Dato' Rahim Razali.. Hasbullah Awang ...Abu Bakar Atan pun singgah kat blog ni nak buat ulasan juga...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI