Allah azab anak lebihkan isteri, lukakan hati ibu - NERAKA JIKA ABAI IBU

Nampaknya telah dari 9 hingga 12 Mac, aku memberikan laluan supaya kawan-kawan lain membuat entri, tetapi tak ada cerita. Jadi aku meneruskannya.
Kali ini aku menceritakan tentang ibu. Bagi kita yang masih ada lagi ibu dan bapa sama-sama kita mengingati kasih seorang ibu terhadap anak-anak tidak ada tolok bandingnya. Bagi kita yang sudah kematian ibu dan bapa jangan mengatakan tanggungjawab kita telah selesai. Mari kita sama-sama membuat amal jahriah untuk disedekahkan pahlanya untuk ibu bapa kita. Begitu juga kita janganlah lupa menghadiahkan pahala membacakan surah al-fatihah dan al-ikhlas selepas kita menunaikan solat lima waktu. Kita tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk menghadiahkan bacaan al-fatihah itu. Aku rasa ianya tidak menjejaskan atau kerugian kepada kita. Allah memberikan pahala kepad kita yang membacakannya dan pahala yang kita hadiahkan kepada arwah ibu bapa kita.
Setiap orang yang ingin memasuki syurga perlu mendapat keredaan Allah terlebih dahulu. Bagi seseorang anak pula, dia perlu mendapat restu dari ibunya terlebih dahulu.
Allah tidak akan memberikan keredaannya selagi anak itu tidak mendapat restu ibu bapanya.
Ibu bersudah payah mengandungkan kita selama sembilan bulan, membawa kita bersama-samanya dalam tempoh itu.Sewaktu hendak melahirkan kita ibu bertarung nyawa. Sesudah kita dilahirkan, ibu dan bapa tidak tidur malam kerana menjaga, mendidik dan memberi sepenuh kasih sayang sehingga kita dewasa.
Jangan lupa, ada ibu meninggal dunia sewaktu melahirkan anaknya. Begitu besar pengorbanan ibu. Jasanya tidak boleh diukur dengan jutaan wang ringgit.
Oleh itu bagi kita yang masih mempunyai ibu, jagalah kedua ibu bapa kita denagan baik, tambahan pula jika mereka telah tua, kerana doa ibu bapa untuk anak-anaknya amat dimakbulkan Allah.
Jika kedua-duanya meninggal dunia kelak, menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi jika sewaktu hayatnya kita membiarkan ibu abapa kita nebderita.
Aku mahu berkongsi cerita di zama Rasulullah. Ada sahabat bernama Aqamah yang sangat taat pada perintah Allah, selalu mengerjakan solat berjemaah bersama Rasulullah.
Sewaktu mahu meninggal dunia, beliau tida boleh mengucap kalimah Allah. Perkara ini sampai ke pengetahuan Rasulullah dan baginda bertanya adakah Aqamah masih mempunyai ibu?
Baginda akhirnya mendapat jawapan, sewaktu hayatnya Aqamah melebih-lebihkan isterinya berbanding ibunya yang sudah tua sehingga ibunya berkecil hati. Itulah sebabnya Aqamah tidak boleh mengucap.
Baginda memanggil ibu Aqamah dan memintanya mengampunkan dosa anaknya, namun siibu enggan. Akhirnya nabi mengancam mahu membakar Aqamah hidup-hidup di depan ibunya sebelum Allah membakarnya di dalam neraka.
Apabila mendengar kata-kata Rasulullah, maka siibu segera mengampunkan kesalahan Aqamah kerana tidak mahu anak kesayangannya menerima azab Allah.
Begitulah naluri seorang ibu, tidak sampai hati melihat anaknya menderita. Akhirnya Aqamah dapat mengucap dan menghembuskan nafas terakhir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI