Khamis, 29 April 2010

Bantuan Untuk Noraini Samin

Kepada semua kekawan kita yang ingin menyumbang untuk meringankan beban sahabat kita NORAINI SAMIN yang baru di timpa musibah kebakaran rumahnya sehingga tinggal sehelai sepinggang bolehlah berbuat demikian melalui no akaun ini:
BIMB ( Bank Islam)
01-032-02-011970-4.

No akaun ini terhad sehingga 15 /5 /10 sahaja.

Jadi kekawan semua boleh lah menyumbang sehingga ke tarikh tersebut. Selepas itu, tuan punya akaun tersebut iaitu Saudara Kamisan Mat akan menyerahkan sumbangan tuan/ puan kepada Noraini Samin kerana beliau ( Kamisan) akan berangkat pula ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Terima kasih Kamisan ....semoga jasa baik kau dibalas denga umrah yang mabrur! Amin.

Sumbangan Untuk Majlis Makan Malam Amal SAJOHA

Susunatur & harga meja adalah saperti di bawah. Untuk batch 78 sila hubungi Dr. Shaari Yusof untuk membuat sumbangan. Tujuan majlis adalah untuk dana pembesaran surau SMSJ & naiktaraf ke mesjid.



Tarikh Majlis : 28/05/2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 mlam
Tempat: Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab,
off Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kepada yang tidak dapat hadir ke majlis tetapi ingin menyumbang adalah juga dialu-alukan.
Sila hubungi:

Dr. Shaari Yusof:

email - shari@fkm.utm.my

Tel: 019 7310725

Confirmed contributors:-

1. Sha'ri Mohd Yusof (hadir)
2. Shamsudin Md Dom (hadir)
3. Fadilah Yahya (hadir)
4. Said Ahmad (hadir)
5. ???
6. ???
7. ???
8. ???
9. ???
10.??????

Rabu, 28 April 2010

Blog Lesu dek FaceBook

Aku sebagai blogger bagi SMSJ batch 1978 pun lesu, blog menjadi lesu, pembaca pun lesu, tukang komen pun lesu ....lebih lebih lagi dengan media pantas dan terbuka bernama facebook. Penggunaanya begitu rancak dan menghiburkan. Begitulah perkembangannya dan dengan tidak menyalahkan sesiapa, atleast kita kini saling kenal semula, tahu kawan kita dimana dan ada wadah untuk bertegur sapa...tak kisahlah di blog atau facebook atau direct terus call.

Selamat menyambut hari pekerja....dan semoga kita terus saling menjalin hubungan silaturahim sesama kita.

Ada perkembangan dan berita plz entri dalam blog atau face book..

Selasa, 27 April 2010

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Vijayan
pada 27.4.2010

yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Isnin, 26 April 2010

KAWAN KITA DITIMPA MUSIBAH

Aku dapat call dari Nasaruddin Md Rawi..
Beliau dapat email berikut...

Dari FB Buang, gambar Sam dan Shahilon,
Shahilon beritahu:

Senior SMSJ kita, Noraini Samin (Guru Cemerlang Biologi di SM Sains Muar) ditimpa musibah-kebakaran rumah, tinggal sehelai sepinggang.

*** kalau tak silap Lina, nie senior kita SPM78...***
sesiapa yang berhampiran boleh la datang ziarah...sedihnya. ..


Aku cadangka sesiapa yang pakar IT buatkan account kat Blog ni, kita buat tabung untuk membantu...tolong!

Ahad, 25 April 2010

KHASIAT KURMA

Salam kepada semua kawan2. Aku merasakan kenapa ya terasa sunyi je bila aku berada di rumah ini? Adakah semua penghuninya telah tidur? Adakah penghuninya telah hanyut di alam lain? Adakah kita sibuk? Adakah kita telah jemu? Tiada lagi gurau senda, tiada lagi perbincangan dan tiada lagi perbalahan. Manakah perginya karyawan2 yang satu masa dulu begitu kereatif dengan idea dan pendapat. Mungkinkah ada alternatif lain tempat untuk bergurau senda dan mencurahkan pendapat.
Namun demikian bagi memenuhi agar rumah ini tidak terasa terlalu sunyi dan terus sepi, malam ini aku ceritakan sedikit tentang khasiat kurma. Aku rasa cerita ini tidaklah begitu menarik, akan tetapi jadikanlah serba sedikit pengetahuan bagi kita, setidak2 kalau ditanya oleh cucu2 kita bolehlah kita memberikan jawapannya.
Aku rasa ramai dikalangan kita tidak menghargai khasiat kurma, madu dan kismis. Kita lebih menumpukan khasiat buah2an seperti apel, anggur, strawberi dan oren.
Rasulullah saw bersabda: "Berilah makan buah kurma kepada isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Itu kata Rasulullah saw bukan kata aku.
Mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung akan memudahkan bersalin. Malah kita selalu melihat orang tua2 mencalitkan sedikit kurma di lelangit bayi yang baru dilahirkan. Ini adalah memperkenalkan makanan pertama kepada bayi dan mengambil keberkatan kurma.
Buah kurma tidak mempunyai gula yang merbahaya dan banyak khasiat serta tidak merbahayakan kesihatan. Ia merupakan makanan Rasulullah saw.
Sabda Rasulullah saw lagi: "Rumah yang tiada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat."
Abu Abdillah as berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir."
Ramai dikalangan kita mengambil kurma hanya di bulan Ramadan. Itu pun ramai yang sangsi dengan kebaikan kurma. Fakta saintifik menunjukkan berbuka puasa dengan kurma akan memberi kita tenaga gula tapi tidak memudaratkan.
Di Mekkah kita boleh lihat orang2 Arab berbuka dengan beberapa biji kurma, kismis dan air zam zam serta qahwah (air kopi berhalia). Selepas itu mereka akan terus berjemaah Maghrib, berwirid hingga menunaikan solat Isya', disambung dengan solat Terawih di Masjidil Haram yang memakan masa lebih kurang 3 setengah jam. Balik dari terawih barulah mereka makan malam. Kita lihat dari manakah datangnya tenaga untuk melaksanakan solat2 itu tanpa rasa penat dan letih. Inilah kelebihan kurma dan kismis.
Abu Abdillah as berkata: Orang yang memakan 7 biji kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan."
Imam Jaafar Ash-Shadiq as berkata: Barang siapa memakan 7 biji kurma yang baik, maka cacing2 yang ada di perutnya akan mati."
Pengalaman beberapa orang bukan Islam pun mengaku akan kebaikan kurma bilamana mereka megamalkan memakan kurma setiap hari, banyak penyakit yang hilang begitu saja.
Justeru itu kita selain mengamalkan sunnah Rasulullah saw, kurma adalah baik untuk kesihatan.

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Mustafa Kamal
pada 24.4.2010

yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

ROSLIE AHMAD & MUSTAFA KAMAL AHMAD 5E1

aku & Roslie Ahmad

Masa aku berada di kg.(Alor Gajah Melaka). Jadi... Aku mengambil kesempatan untuk bertemu dengan dua rakan yang dah lama tak jumpa .Mustafa Kamal sekarang bertugas di Bank Agro Alor Gajah Melaka Dia tak dapat nak join kita nanti kerana pd 1312 bank dia ada family day Mus ada tiga org anak tp semuanya berada di Rengit B Pahat kerana orang rumahnya bertugas disana Jadi kawan kita duduk membujanglah di Alor Gajah Melaka.

Sorang lagi rakan kita yg aku jumpa adalah Roslie Ahmad a.k.a. Lot. Sekarang bertugas di Sek Men Sains Seremban. Duduk di Senawang. Seronok dapat jumpa rakan2 lama.

Selasa, 20 April 2010

Majlis Makan Malam Amal SAJOHA

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR

(SAJOHA)

D/a : No. 18,20 &22,

Jalan Impian Perdana 1,

Impian Resort Business Park,

Saujana Impian 43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 03 8738 9812 Fax: 03 8737 9813


Rujukan kami : SAJOHA/MMMA2010/

Tarikh : 5hb April 2010


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan /Puan,


PELAWAAN MENYERTAI MAJLIS MAKAN MALAM AMAL UNTUK DANA PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SMSJ)


Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Buat pengetahuan pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, SAJOHA merupakan persatuan Alumni bekas penuntut Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di atas saranan kerajaan agar persatuan-persatuan Alumni memikul tanggungjawab membantu kerajaan membangunkan sekolah samada dari sudut infrastruktur mahupun modal insan, pihak SAJOHA ingin bersama-sama memikul tanggungjawab ini.

3. Antara projek yang kami rancangkan ialah pembesaran dan pembaikan surau sekolah. Ia bertujuan agar dapat memberikan suasana yang kondusif bagi penjanaan pembentukan modal insan tersebut. Walaubagaimanapun, projek sedemikian memerlukan dana ratusan ribu ringgit. Justeru itu, kami ingin mempelawa pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, untuk menyertai projek amal ini.

4. Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, salah satu program yang pihak SAJOHA rangkakan ialah Majlis Makan Malam Amal Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ. Sehubungan dengan itu, dengan rasa berbesar hati kami ingin mempelawa pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, terlibat sama dengan usaha pengumpulan dana ini dan menjayakan Majlis Makan Malam Amal tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh : 28hb Mei 2010 (Jumaat)

Masa : 8:00 Malam

Tempat : Dewan Perdana Felda,

Jalan Maktab Off Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Tetamu Khas : YAB Tan Sri Muhyiddin bin Md. Yassin,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Penaung Majlis : YB Datuk Ahmad bin Maslan (SAJOHA),

Timb. Menteri Jabatan Perdana Menteri

5. Bersama-sama ini dilampirkan borang jawapan untuk menyertai dan menyumbang untuk perhatian serta tindakan pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

Segala sokongan dan sumbangan yang pihak Y.Berhormat / Y.Bhg Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan berikan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

MENYUMBANG SAMBIL BERAMAL.

Yang benar,

___________________________

(Dato’ Hj. Ahmad Ridza Bukhari)

Presiden SAJOHA


BORANG JAWAPAN

( SD 0001 )



Kepada : Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Johor (SAJOHA)

No. Tel. : 03-8737 9812/ 03-8736 6505 (Dato’ Hj. Ahmad Ridza Bukhari)

017 – 888 9688 (En. Hussain)

No. Fax : 03-8737 9813

Majlis : MAKAN MALAM AMAL UNTUK DANA PENDIDIKAN

DAN KEROHANIAN SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR

Saya / Kami dengan ini bersetuju untuk menyumbang & menaja meja sapertimana butiran

di bawah:-

Meja Pilihan: ( ) Platinum RM10 000.00 /Meja

( ) Gold RM5000.00 /Meja

( ) Silver RM2500.00 /Meja

( ) Bronze RM1500.00 /Meja

( ) Copper RM1000.00 /Meja

Nota: ( ) Sila masukkan bilangan meja yang di pilih.

Jumlah Meja : ______ (Satu meja : 10 tetamu)

Bersama-sama ini disertakan cek no._____________ berjumlah RM________________atas nama PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SAJOHA), nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1418001007685

ATAU

Saya / Kami dengan ini ingin memaklumkan tidak dapat menyumbang untuk pembelian meja jamuan tersebut di atas tetapi ingin memberikan sumbangan sebanyak RM____________________

Bersama-sama ini disertakan cek no._______________berjumlah RM____________ atas nama PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SAJOHA), nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1418001007685

Tandatangan :________________________

Nama :________________________

No. Telefon :________________________

Cop Syarikat :________________________

Tarikh :________________________



Demikianlah program yang dirancang oleh SAJOHA untuk sekolah ke arah tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) & saya dilantik untuk menyampaikan berita & hasrat SAJOHA kepada bekas penuntut tahun 1978.

Kepada sesiapa yang sudi menderma/menyumbang untuk batch kita sila maklumkan kepada saya melalui email / telefon. Kepada yang mampu & berupaya untuk menaja meja juga amat dialu-alukan.

Ahad, 18 April 2010

12-13 Jun 2010


Aku wakil kepada semua kawan kawan batch 1978 mengucapkan tahniah kepada kawan kawan kita, senior kita setahun ..batch 1977...Alimor, Asri dll..[ sekadar sebut beberapa nama...] yang akan ber reunion pada 12-13 Jun 2010 di SMSJ kita dahulu.

Kepada kawan kawan batch 1977 yang masih ragu ragu nak datang ke tak nak datang..nasihat aku, datanglah dan hadirlah walau seketika untuk bersalaman dan berkenalan semula, menjernihkan semula hubungan yang keruh satu masa lalu dan paling penting bermaaf maafan sebelum kita berundur dari muka bumi ini, menghadap Allah Subahanahuwataala.

Tiada yang rugi. Masa ? Wang Ringgit? semua itu tiada tandingan dengan suasana reunion itu nanti, masa bersama kawan kawan yang terpisah sekian lama akan membayar segalanya nanti. Tidak terlupakan dan bukan senang nak organize satu pertemuan besar seperti ini. Hanya dengan sokongan hati dan perasaan yang ikhlas saja dapat merealisasikan impian penganjurannya.

Kami doakan abang dan kakak kakak kami semua akan berjaya melaksanakan dan tahniah sekali lagi kepada semua yang memberikan kerjasama....

SELAMAT BER REUNION pada umur 50 tahun...

Jumaat, 16 April 2010

SYUKURI NIKMAT ALLAH

Lebih bermakna jika menjadikan kesusahan lalu sebagai penanda aras dalam mendaki puncak kejayaan. Tanpa hasil kerja keras mana mungkin dengan mudah kejayaan berada dalam genggaman. Dalam erti kata lain, jangan hanya memandang ke atas hingga lupa di mana bumi dipijak.
Kita sebagai hamba Allah yang daif perlu mensyukuri nikmat yang diberi kepada kita. Kita pernah bersekolah di sekolah pilihan yang menjadi igauan kepada setiap ibu bapa untuk menghantar anak2 bersekolah di sana. Kita pernah mengharungi kepayahan dan kesenangan sepanjang bersekolah. Begitu juga kita pernah merasakan selepas habis persekolahan.
Hasil dari persekolahan kita telah menikmatinya pada hari ini. Rata2 kehidupan kita dalam keselesaan.
Kita harungi kehidupan berumahtangga dengan aman bahagia.Hasilnya kita dikurniakan cahayamata yang sememangnya menjadi idaman bagi pasangan berumahtangga.
Kita harungi kehidupan dalam pergolakan untuk membesarkan anak2 yang menjadi tanggungjawab kita.Hasilnya ada yang telah mendapat cucu.
Kita telah diberi peluang di bumi Allah ini sehingga kita mendapat punca rezeki untuk meneruskan kehidupan.Cuba kita renungkan kehidupan orang lain yang serba kekurangan tidak seperti nikmat yang telah kita rasai hari ini. Mereka tidak ada punca rezeki dan terpaksa melalui kehidupan umpama kais pagi untuk makan tengahari dan kais petang untuk makan malam nanti. Secara optimis kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam keadaan kelas A.
Rata2 dikalangan kita telah mempunyai rumah kediaman yang selesa.
Jangan biarkan kehidupan yang dinikmati sekian lama dengan keistimewan yang diberi menjadi rugi dan dirampas dengan hanya kita lalai mensyukuri nikmat Allah. Kita harus sentiasa bersatu mengekalkan kehidupan untuk terus dinikmati.
Akhir kata kita mesti mensyukuri nikmat rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita.

Kawan Lama kita....cuba teka siapa?



Dua kawan lama kita yang sempat aku berjumpa dan bersembang dengannya...cubalah kau orang teka siapa. Yang tak boleh teka ialah mereka berdua, fatie dan abang rosli. Mereka kalau teka tidak akan diberikan sebarang hadiah.

Hadiah pada yang tepat ialah bercuti dengan bot mimbar sambil memancing di Port Kelang. Percuma.....dan dapat iakn lagi.

Khamis, 15 April 2010

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Baharudin bin Jalil
pada 16.4.2010

yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Isnin, 12 April 2010

Trip Diving ke Pulau Tioman & Pulau Aur

Lama rasanya tak buat posting. Hujung minggu lepas pergi diving ke P. Tioman & P. Aur dengan tinggal atas bot (LOB - Live On Board). Di samping diving juga aktiviti menangkap ikan. Sedikit foto2 untuk tatapan semua.

Bot yang dinaiki untuk 3hari 3malam

Bukan mancing dalam laut tapi terjumpa mungkin
pancing Member yang terjatuh dalam laut

Antara spesis ikan yang diperolehi
Hasil tangkapan

Sessi memasak hasil tangkapan

Dah siap masak masa untuk makanlah pulak

Bot docking kat marina Tekek, Pulau Tioman untuk isi air.

Untuk lain2 foto boleh cari kat Facebook.

Ahad, 11 April 2010

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Jastan bin Inas 
pada 11.4.2010

yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Selasa, 6 April 2010

System Tools Part 7

Kita dah tua dan tak mgkn kita diberi peluang untuk jadi muda walau sesaat pun... sesungguhnya tiada peluang ke2 kecuali dgn izin Allah swt....


1. Pada Reunion 13/12/2008 kita bertemu dan berpisah kerana Allah swt dan mgknkah Allah swt memberi kita peluang ke 2 untuk membuat reunion sedangkan kita semakin hari semakin tua....


2. Kita ketawa apabila bertemu untuk melepas rasa kerinduan tp mgkn kah Allah swt akan kita peluang ke2 untuk kita bertemu dan ketawa semula .... Sedangkan kita semakin hari semakin tua..


3. Kita berpelukan bila bertemu untuk membakarkan semula pertalian sahabat yg telah lama sejuk agar persahabatan ini akan sentiasa menjadi panas tapi mgknkah Allah swt akan memberi kita diberi peluang ke2 untuk kita bertemu dan berpeluk semula.... Sedangkan kita semakin hari semakin tua...

4. Kita menangis tanpa malu atau segan kerana kita tahu sesungguhnya titisan air mata yg keluar adalah lambang keikhlasan kita atas nama persahabatan tapi mgkn kah Allah swt akan memberi kita peluang ke2 untuk menterjemahkan air mata keihlasan kita selepas ini... Mgkn kah selepas ini air mata yg keluar disebabkan pemergian kawan kita .... kerana kita semakin hari semakin tua...


5. Atas nama persahabatan, istri kita hilang perasaan cemburu walaupun kita dikelilingi dgn wanita yg cantik2, berharta( gelang emas jd saksi) dan berpangkat dan mgkn kah Allah swt memberi peluang ke2 kepada kita untuk membuat istri kita hilang cemburu atas nama persahabatan... Sedangkan kita semakin hari semakin tua ...


6. Selepas kita menghabiskan wang dan masa atau nama Reunion, kemana arah yg kita akan tuju? Adakah kita akan lupakan semua pelukan, ketawa dan air mata selepas semua kerinduan kita terjawab? Adakah terlalu sulit untuk kita meneruskan sirahtulrahim? Sedangkan kita semakin hari semakin tua....

Kita pernah berjumpa untuk ketawa, untuk berpeluk atau untuk menangis bersama2 dan mgkn kita lupa ada kawan kita yg lebih dahulu mengadap Allah swt lebih awal dari kita dalam usia yg muda... Sedangkan kita semakin hari semakin tua...


Adakah lambaian Zaiha merupakan lambaian terakhir yg ditujukan pada sesiapa sahaja dari batch 78 dan yg sudah tentu kawan kita juga... Siapa pula kawan kita akan mengikut jejak kawan kita yg terdahulu mengadap Allah swt? Mgknkah kita? Sedangkan kita semakin hari semakin tua...

Mgknkah bacaan Syed Mohamad pada doa Reunion akan menjadi Talkin buat kita atau kawan kita kerana kita semakin hari semakin tua....

Ada yang Tertinggal

Setelah Terbenam Mentari

Ada Yang Tertinggal

Setelah Kering Air Di Kali

Alam Telah Menyakinkan

Kau Mesti Pergi

Kau Mesti

Alam Telah Menyakinkan

Kau Mesti Kembali

Bagai Yang Telah Dijanjikan Illahi

Ada Yang Tertinggal

Setelah Musnah Semua Mimpi

Mentari Merah Di Ufuk Timur --- Search

Isnin, 5 April 2010

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Roslan bin Sukeimi @ Bagio
pada 05.4.2010
Jamil bin Sien
pada 06.4.2010
yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Ahad, 4 April 2010

PANTUN BERHIKMAH

Kalau hidup memegang amanat
Adat diisi lembaga dituang
Kalau mengikut ajaran syariat
Hidup Mati tidak terbuang

Adat bersampan mahu berdayung
Adat berbelat mahu berbasah
Adat berkawan mahu menolong
Adat bersahabat mahu bersusah

Elok parang kerana ditempah
Ditempah pada tukang yang handal
Elok orang kerana amanah
Amanah diterima adat pun kekal

Pohon petola di Tanjung Jati
Dibawa orang dari seberang
Kerana gula semut mati
Kerana semut gula terbuang

Teluk dalam tanjung berkelok
Gunung-ganang tunggak berdiri
Besar kerak dari periuk
Lebih jengkal dari jari

Tuar di hulu mengena ikan
Tuar di kuala tak mengena
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

Air surut memungut bayam
Sayur diisi di dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung

Anak indung anak ketitir
Anak merbah terlompat-lompat
Yang dikendong habis tercicir
Yang dikejar haram tak dapat

Jumaat, 2 April 2010

Felda Residence Terengganu


Kalau dalam entri yang lepas aku cerita tentang Felda Hot Springs Sungai Klah, Sungkai, Perak. Kali ini aku nak cerita sedikit Felda Residence Terengganu.
Bagi dikalangan kita yang berhajat untuk bercuti ke Pantai Timur bolehlah mencuba menginap di Felda Residence Kuala Terengganu.
Hotel Felda Residence ini telah mula beroperasi pada pertengahan Julai, 2008. Lokasinya adalah muara kuala sungai Terengganu. Antara tarikan yang terdapat di sekitar Felda Residence ialah Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, pusat perindustrian keropok lekor dan perusahaan batik popular, Alfa batik. Bagi yang hendak ke Pulau Kapas bolehlah jadikan Felda Residence sebagai transit kerana ianya terletak 5 km ke jeti Marang. Pakej pelancongan ke destinasi Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau Redang ada disediakan oleh Felda Residence. Dari atas bumbung hotel ini, pengunjung boleh menikmati pemandangan menarik sekitar Kuala Terengganu dan Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda Terengganu.
Untuk tempahan penginapan di Felda Residence Kuala Terengganu, sila hubungi 09-6321111 atau secara online melalui laman web www.plantationresorts.com.my.