Catatan

Selamat Hari Raya

Imej
Aku Sekeluarga Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta memohon Maaf Zahir dan Batin. Aku akan berada di Johor pada hari raya kedua dan ketiga. Sukimin b. Juki sukimin@gmail.com 0193330512 Fazidah Joned - Selamat Hari Raya

HAJAT ZIARAH KUBUR CIKGU HJH ZALEHA TERCAPAI

Asalamualaikum. Dalam keluaran bulan Ogos aku ada menceritakan perihal cikgu ku yang tak luput dari ingatan ku. Cikgu Zaleha bte Ibrahim. Dia mengajar aku ketika aku dalam Darjah 3 (1970). Hari ini 28 September 2008 bersamaan 28 Ramadhan 1429 tercapai hajat aku menziarah kubur Cikgu Zaleha di Kampung Api-Api Pontian Johor. Syukur Alhamdulillah.. Perjalanan ke Kampung Api-Api dengan hajat begini dipermudahkan Allah Taala. Aku memang tak tau dimana kubur arwah ini. Cikgu Rahman b. Karim pernah bercakap dengan aku melalui telefon berhubung dengan kubur arwah kira-kira dua bulan lalu. Ianya terletak di Api-Api Pontian.Aku tak catitkan pun. Dalam usia yang semakin meningkat ini ingatan pun dah cepat luntur. Bayangkan, aku berhenti betul-betul di hadapan tanah perkuburan yang dimaksudkan walaupun ada tiga atau empat tanah perkuburan yang aku lalui. Perjalanan ini ditemani isteri aku. Berhampiran tanah perkuburan ini terdapat sebuah kedai runcit. Isteri aku mencadangkan supaya bertanya d...

Kamisan Mat dan Rosmala Paiman

Aku ada terima emel dari dia orang. Info Kamisan Mat Emel: mschia2003@yahoo.com.hk No. HP: Antara kandungan emel dia... gembira bila dapat dengar berita dari kekawan lama. Lama sungguh hingga ada yang aku tak terbayangkan wajah mereka. kau kat mana sekarang. Bila aku baca cerita dlm blog tu seronok juga. kerja kat mana sekarang? Aku kat batu pahat dah balik kampung. rasanya sampai pencen lah aku kat sini. Roziah Tawil kat batu pahat juga, tapi lama dah aku tak jumpa dia, mengajar di sekolah dato' onn simpang lima. So Mimbar, kau mulakanlah operasi Jejak Kaih Kau tu.... Info Rosmala Paiman Emel: issmala@yahoo.com.my No. HP: - Cabutan cerita mengenai dia... Jurutera di Majlis Perbandaran Klang (MPK)....tapi ulang-alik dari Ampang....Istana Idaman di Kg Idaman yang heboh sikit hari tu di bawah MPK lah.... Antara kandungan emel dia.... .....suka abiskan banyak masa aku gi masuk utan & naik Gunung.Gunung2 ngan bukit kat KL banyak aku dah naik kot.... gunung Nuang, gunung Bunga bua...

DAH JUMPA FATIMAH HASHIM

Asalamualaikum, Ntah macamana tercetus idea untuk meminta bantuan Dr Fauziah untuk menjejaki Fatimah. Dulu aku panggil Fatty. Dia gempal sikit. jadi aku emailkan permntaan ini kepada Dr OG (Fauziah) malam semalam. Pagi tadi bila cek email, OG dah respond. Dia bagi no. Alhamdullilah.. No tu no suami Fatty. Kira ok sangat lah. Suaminya nama Rosli. Pensyarah di UPSI. Senior kita. Batch Jamaluddin (Dr). Dia orang masuk SMSJ terus ke form six. Dia tinggal di Tanjung Malim. Suri rumah sepenuh masa. Anak lima. Ada yang di Australia. Yang sulung. 4 pompuan 1 lelaki. No phone aku tak boleh tulis disini. Sapa-sapa nak kena sms kat aku. Email account juga aku dah minta dia buat supaya boleh dihubungi. Dia seorang yang ceria. Setepah 30 tahun baru terdengar suaranya. Fatty terkejut apabila aku bagi tau yang suami Rosnah dah meninggal. Dia kenal dengan arwah. Aku dah beritahu akan program gathering yang akan diadakan pada 13 & 14 Disember 2008 nanti. Tentunya akan berbincang dengan sang su...

KEDAI NOSTALGIA

Tadi aku sempat melawat blog sahabat kita yang terkenal dengan disiplinnya yang tinggi dan tahap kerajinannya mengendalikan blognya. Siapa lagi kalau bukan Sukimin Juki. Kisah uniforn anaknya Irfan.. Aku tak beghapa paham membacanya. Walaubagaimana pun ianya cukup untuk aku mengingatkan kembali kisah kita di SMSJ dulu. Yang aku tertarik ialah 'pakaian branded'. Dulu masa sekolah kedai Wong Chee Leong di Jalan Station adalah tempat yang sering dikunjungi oleh budak-budak SMSJ. Di situ menjual pakaian yang branded seperti, Levi's, Lee, Amco, Texwood, Wrangler dan lain-lain. Kedai tu masih ujud lagi. Aku tahu sebab Mertua aku orang Kluang, Kampung Gajah. Batu 8, Jalan Mersing. Tapi kedai ni dah tak jual levi's lagi. Tokey dia kata tak tahan sebab kat luar boleh dapat levi's dengan harga RM20 je. Satu lagi kedai favorite budak sains adalah Aurora. Di situ yang aku ingat baju Van Housen. Mahal! Beratus harganya. Kedai ni dah tutup. Agaknya budak sains dah tak d...

PERTEMUAN DENGAN FUAD SOIB SELEPAS 30 TAHUN

Imej
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang aku janjikan bahawa aku akan melaporkan pertemuan aku dengan sahabat kita Fuad Soib pada 21 Sept 2008. Apabila sampai tarikh yang dinantikan Fuad meminta aku ke Kopitiam Old Town yang baru dibuka di Jalan Kapar Klang. Walhal dia dah setuju supaya pertemuan ni diadakan di Kopitiam Pak Li di Shah Alam sebelum ini. Aku tak de masalah demi kau Fuad. Tetapi dek kerana aku diserang diarrhoea maka aku minta Fuad ke tempat asal yang dijanjikan. Fuad sampai ke lokasi dalam jam 10.00 mlm. Aku peluk dia. Aku katakan pada dia 30 tahun. Memang itulah. Sejak lepas SPM hinggalah malam tadi aku jumpa dia. Terima kasih pada Said Ahmad yang berusaha mendapatkan no phone Fuad. Dia masih macam dulu. Rambut masih macam dulu. Uban tak kelihatan lagi. Fuad banyak menceritakan kisah yang telah dilalui selama 30 tahun ini. Dia berkahwin dengan gadis pujaannya berasal dari Kota Tinggi. Dia bertugas dengan JPL (Johor Port Logistic) dan ditugaskan di Port Kelang. M...

PERJUMPAAN DGN JANURI DAN ZAINUDDIN DAN BERBUKA PUASA

Imej
Asalamualaiku dan salam sejahtera. Lama rasanya aku tak menulis di dalam blog ini. Bukan apa.. maklumlah aku ni bukan lah berbakat untuk menjadi penulis. Idea tak keluar. Tidak macam Kembara Kelana. Pandai menggubah bahasa sehingga orang yang membacanya akan terus membaca hingga habis. Tulisan aku agak 'plain', 'blunt' atau bahasa ibundaku disebut 'cemplang'. Tapi tak apa. Aku nak kongsi maklumat dengan pembaca semua. Jadi untuk membolehkan aku menulis aku pun mencari idea secara praktikal. Kisahnya kisah benar. Aku mendapat idea untuk menulis dengan mengadakan berbuka puasa dengan Januri Kadeni Dan Zainuddin (Gajah). Kedua-dua cikgu ni tinggal di Banting. Aku ke Banting dan sampai jam 4.30ptg dan menghubungi Januri untuk bertemu di lokasi yang ditetapkan.. Ini lah Januri. Kali pertama sejak 30 tahun tak pernah jumpa.. Januri dah nak buka lapangan terbang. Dah nipis. Tak taulah apa sebabnya. Anak cuma 3 orang je. Ini gambar kami bertiga. Duduk di warung b...