Malam ini aku entri mengenai seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Dato Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian.
Untuk makluman YB Dato Ahmad Maslan bertanggungjawab terus kepada FELDA, iaitu majikan aku. Terus terang aku katakan aku mengenalinya tetapi YB tidak mengenali aku. Tapi tak apalah tu, apa yang aku nak ceritakan ialah YB Dato Ahmad Maslan adalah x SMSJ Kluang, Johor. Tapi aku tak pasti YB keluaran bila.
Aku rasa tentu ramai dikalangan kita mengenali YB Dato Ahmad Maslan lebih-lebih lagi kalangan kita yang berasal dari Pontian, Johor. Macam Kang Asri (PW) dan Bro Mohsin tentu mengenalinya. Bro Mohsin kalau nak suntik lagi projek Ternakan Kambing cuba-cubalah dengan YB Dato Ahmad Maslan.
Sedikit tentang Ahli Parlimen Pontian ini bersama FELDA, YB sudah sinonim dengan tradisinya menginap di rumah peneroka untuk menyelami kehidupan masyarakat di tanah rancangan dengan kata lain YB suka turun padang. YB juga melakukan aktiviti menginap di rumah peneroka di bulan Ramadan. YB berbuka puasa dan bersahur di rumah peneroka dan menyampaikan tazkirah selepas solat subuh di masjid rancangan tempat YB menginap. YB juga melawat kawasan tanah rancangan untuk menyelami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka.
Sesungguhnya tradisi yang dibuat oleh YB Dato Ahmad Maslan akan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan peneroka.
Itulah seorang Ahli Politik yang boleh dikatakan telah berjaya yang mana menjadi pemimpin negara. Aku rasa YB Dato Ahmad Maslan masih muda lagi dan tidak keterlaluan aku katakan masa depan YB untuk menjadi Pemimpin nombor 1 negara adalah cerah. Pendek kata YB Dato Ahmad Maslan boleh menjadi PM Malaysia.
Aku berhenti dulu di sini cuma aku nak ceritakan ialah salah satu keluaran SMSJ Kluang, Johor yang boleh dibanggakan.
Oh ya, member-member yang sedang berjuang untuk membina surau SMSJ Kluang, Johor cuba-cuba membuat perundingan dengan YB Dato Ahmad Maslan untuk meminta bantuan atau peruntukan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ulasan