BUAH DELIMA
Terlebih dahulu aku minta maaf dengan Usop kerana naluri aku dengan dia hampir sama. Aku tergerak untuk membuat n3 malam ini kerana lama tak menaip. Rupa2nya Usop juga n3 selamat hari guru pada malam ni juga. Walau macamana pun aku tak kira aku nak menaip juga malam ni.
Aku tak pandai mereka cerita atau gurindam, tapi sekadar cerita dari pembacaan saja. Malam ni nak cerita pasal 'buah delima'.
Buah ini berasal dari Iran, Afghanistan dan kawasan di sekitar Himalaya. Kini boleh didapati di negara beriklim tropika dan subtropika.
Khasiat makanan
- Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat sebagai minuman jus, sirap, sos, campuran salat buah dan sayur serta rojak. Ia mempunyai kesan merencatkan pertumbuhan bakteria.
- Mengandungi tanin, asid sitrik, vitamin C dan asid borik.
- Jusnya diminum untuk merawat penyakit demam panas, batuk, ulser mulut dan melawaskan buang air besar
- Air rebusan kulit diminum untuk mengubati penyakit cirit-birit dan disenteri, sakit perut, batuk, terlalu banyak kahak dan melawaskan haid.
- Kulitnya dikeringkan dan kemudian direbus serta dikumur2 untuk penyakit kerongkong. Boleh disapu atau dimasukkan di tempat yang mengalami masalah buasir, disapu atau dimasukkan dalam faraj untuk merawat penyakit keputihan.
- Air rebusan kulit diminum untuk mengubat penyakit cirit-birit dan disenteri.
- Kulit dikering dan dihancurkan menjadi serbuk.
Ulasan
Klu kau nak kena belasah dgn aku ok le juga....