BERANI UNTUK GAGAL

Gagal! Tidak berjaya! Sudah pasti tiada manusia di dunia ini yang suka akan kegagalan. Kegagalan mendorong manusia sentiasa bersikap negetif kerana ia membuat kita berasa sedih, marah, kecewa, sakit hati dan sebagainya. Namun, ramai antara kita tidak sedar bahawa kegagalan adalah guru yang terbaik. Perasaan takut menempuh kegagalan boleh menghalang manusia daripa mengambil langkah untuk memperbaiki kehidupan. Memang agak mustahil bagi seseorang untuk mengubah dan membaiki hidupnya jika dia tidak berani untuk menempuh kegagalan. Kita seharusnya faham kegagalan itu mempunyai aspek yang positif. Kegagalan memberikan satu pengajaran untuk mengubah dan membentuk kehidupan yang lebih baik lagi pada masa hadapan.

Kegagalan sebenarnya adalah satu proses pembelajaran, maka kita perlu menghadapinya. Tiada short cut. Kita mesti akan merasai kegagalan itu juga suatu hari nanti. Kegagalan juga adalah satu fitrah. Perkara semulajadi yang pasti akan berlaku. Ia adalah ujian. Apabila kita menerima ujian kegagalan, sebenarnya kita mampu untuk mengatasinya. Apabila bangun dari kejatuhan itu, kita akan jadi manusia yang lebih kuat dan lebih berkualiti.

Perlu diingat bahawa gagal tidak bermakna kalah. Pepatah juga ada mengatakan "Sekali gagal tidak bererti gagal selamanya". Kaji kelemahan dan cuba memperbaikinya. Kesemua mereka yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Jika kita ingin berjaya kita mestilah berani untuk gagal. Tidak dalam apa juga bidang kehidupan seperti perniagaan, pendidik, kerja dan lain-lain.
Contohnya dalam bidang perniagaan. Menceburi bidang perniagaan memerlukan seorang usahawan itu berani untuk mengambil risiko, berani untuk menerima perubahan yang positif untuk diri serta berani menghadapi cabaran yang mendatang. Perancangan yang rapi, persediaan diri dan mental yang positif adalah aspek yang perlu ada dalam setiap diri usahawan. Ia merupakan senjata yang memberi kekuatan untuk berdepan dengan cabaran2 agar kita tidak mudah mengaku kalah. Detiap cabaran yang ditempuhi haruslah dinilai dengan bijak dan merancang pelan tindakan bagi memastikan kita tidak tewas.

Ramai yang terlalu fobia dengan perkataan gagal. Mengapa semua ini berlaku? Ini kerana sejak dari kecil kita telah ditakutkan dengan kegagalan. Dalam apa jua keadaan sekalipun kejayaan dan kegagalan pasti mempunyai ukuran. Ketika di bangku sekolah, selepas menghadapi peperiksaan, sesiapa yang memperolehi markah yang baik akan dianggap berjaya dan diberi tempat pertama di dalam kelas. Namun begitu, bagaimana sekiranya pelajar tersebut mendapat nombor yang tercorot? Pelaja yang kurang berjaya tidak seharusnya dibezakan dengan pelajar yang berjaya. Jika mereka ini dibeza2kan adalah tidak mustahil jika mereka takut untuk menerima kegagalan. Kegagalan boleh dianggap pemangkin untuk mencapai kejayaan. Didiklah diri supaya berani menghadapi kegagalan seterusnya bangkit memperbaiki prestasi untuk sesuatu yang lebih baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI