PUNCA TURUNNYA BALA

Al-Balaa' bolehlah dimaksudkan sebagai ujuan atau cubaan Allah kepada manusia. Al-Balaa' juga diertikan sebagai bahaya atau bencana. Allah Taala menyebut tentang bala sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-A'raf ayat 168 yang bermaksud: "Kami juga menguji mereka dengan nikmat pemberian yang baik dan bencana yang buruk, agarmereka kembali (bertaubat)."
Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan pelbagai peristiwa buruk yang berlaku di seluruh dunia termasuk di negara kita. Antaranya peristiwa Tsunami yang melanda beberapa negara Asia, bencana tanah runtuh, gempa bumi, banjir besar, ribut, kemarau, kebakaran hutan dan jerebu berpanjangan. Terdapat juga beberapa wabak penyakit yang menular di beberapa negara dan menyebabkan kematian seperti Selesema Burung, J>E, Chikungunya, Penyakit Kuku dan Mulut, Taun, Selsema Babi serta penyakit yang menyerang penduduk dunia sejak sekian lama iaitu AIDS.
Kita juga turut merasa tempias apabila krisis ekonomi melanda dunia. Hasil perniagaan serta perusahaan merosot, kilang-kilang ditutup melibatkan ramai pekerja terpaksa diberhentikan, sementara harga barang melambung naik. Industri pertanian juga mengalami bencana apabila tanaman-tanaman asasi diserang wabak penyakit mahupun dirosakkan oleh pelbagai jenis makhluk perosak.
Bencana dan ujian turut datang dalam bentuk serangan musuh dari luar yang mengakibatkan sesuatu kaum menderita serta kucar-kacir. Contohnya seperti serangan Zionis Yahudi yang mengakibatkan penderitaan kepada saudara Islam kita di Gaza, Palestin.
Sebagai orang beriman, kita wajib yakin dan percaya bahawa semua bencana ini adalah ujian Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan. Jika kita bersabar dengan keimanan yang teguh, maka Allah akan membalas dengan sebaik-baik ganjaran. Sebaliknya, jika kita tidak bersabar dan kufur, maka azab yang pedih menanti kita. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayar 7 yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu, dan sesungguhnya kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."

Menyedari akan hakikat bala dan ujian Allah ini, marilah kita bersama-sama menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan samada kepada Allah atau kepada kita sesama manusia atau kepada sekelian mahluk. Marilah kita bertaubat dan kembali kepada hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-nya. Marilah kita sama-sama berdoa memohon perlindungan agar kita sentiasa dijauhi dari malapetaka dan kecelakaan.

Sempena Hari Raya Idul Fitri yang akan menjelang 2 hari lagi sama-sama lah kita bermaaf-maafan.

Ulasan

sha'ri berkata…
Haji, satu peringatan yang sangat tepat. Mari kita jadikan Islam sebagai panduan dalam seluruh kehidupan kita tidak kira dimana kita berada, rumah dan office, di Malaysia atau luar negara. Sempena Hari Raya ini aku susun jari sepuluh mohon maaf atas segala kesalahan lampau. Mohon halal segala nya. Allah saje Yang Maha Pembalas dan Yang Maha Adil. Eid Mubarak. Kullu am wa antum bi khair
kembara kelana berkata…
tima kasih bong...salam

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI