KITA MATI BUKAN KERANA TUA
Entri yang lepas aku cerita pasal rokok. Oleh kerana ada permintaan suruh berhentikan cerita rokok, jadi malam ini aku entri cerita mati.
Kita sering mendengar apabila umur sudah tua, ajal menghampiri kita. Maka kita pun menunggu saat itu. Ini sebaik sahaja kita berpencen. Sedarkah manusia mampu hidup 200 tahun? Walaupun hidup mati adalah takdir tuhan, dengan ikhtiar dan amalan pengurusan diri yang baik, kita mampu hidup lebih lama lagi. Kita mati lebih awal disebabkan penyakit yang dihadapi.
Secara biologi, tubuh kita adalah jentera 'bio-chemical' dan manusia boleh mengubah biologi diri kerana akal pemikiran dan amalan. Tubuh badan kita menjalani pemuliharaan (recreation and regeneration) bagi mengganti dan membina sel2 baru dan proses pembiakan. Dari aspek sains, tubuh kita mengalami kesusutan fungsi organ2 1% selepas 30 tahun dan keperluan fungsi organ 30% bagi fungsi 'peak capacity'. Ini bermakna umur 100 tahun kita masih berkemampuan 30% sebelum usia tua sebenar. Ini terbukti penduduk perkampungan terpencil di Itali dan Rusia penduduknya hidup lehih 100 tahun (Centenarian Village). Selain keadaan fizikal, tempat, pekerjaan, gaya hidup dan amalan tertentu turut mempengaruhi umur panjang penduduk di situ.
Manusia mempunyai 3 tahap umur:-i) Umur Kronologi (Chronological Age) - umur mengikut tarikh kelahiran dan dilebelkan tua apabila mencecah 50 tahun.
ii) Umur Biologi (Biological Age) - Umur tubuh kita, ini mungikin lebih muda atau lebih tua dari umur kronologi.
iii) Umur Psikologi - Ini membezakan kita dengan haiwan. Umur ini boleh jadi tua dari umur kronologi dan biologi atau lebih muda.
pemikiran, dengan cara pengurusan organ2 yang baik dan sempurna "Organs use it or lose it" dan "Whatever you pay attentions grows" sebagai satu kenyataan. Berikut amalan2 asas pengurusan tubuh badan dan psikologi:-
Amalan minum air. Ini asas penting bagi fungsi tubuh dan semua organ2 dari otak ke pundi. Badan kit perlu 8 hingga 10 gelas air sehari bagi melicinkan fungsi pengaliran darah dan oksigen, pembersihan dan pembuangan toksin serta pemilihan organ.
Pernafasan (Breathing). Kita mati bila kita berhenti nafas, tetapi adakah amalan pernafasan kita sempurna? Pernafasan adalah 'junction-point' yang menyatukan minda, badan dan jasad. Pernafasan melakukan tugas ' networking' dalaman untuk perolehi fungsi dan hasil optima. "The quality of life is reflected by the quality of breathing". Dalam buku 'Ageless Body and Timeless Mind" Dr. Deepak Chopra punyai banyak cadangan yang mudah seperti ikuti TaiChi, Qi Gong, Yoga atau Meditation.
Tidur - 7 atau 8 jam sehari. Rehat yang cukup perlu untuk memulih, membaiki dan membina diri tahap asal atau secara terbaik.Makan sarapan pagi - setiap hari. Penting kerana memberi keupayaan tenaga dan meningkatkan metabolisme untuk mengerakkan jentera kita selepas rehat dan mengerakkan enzim dan hormon membuat huru-hara dalam tubuh kita.
Jangan makan antara 'Meals' - kalau biasa makan 3 kali sehari, amalan itu patut beterusan. Ini menentukan pergerakan terbaik penghadaman, penyerapan, penggunaan dan pembuangan makanan. Sekiranya kita makan sesuka hati, kekeliruan dalaman akan berlaku dan kesannya adalah 'malfunction'.
Kekalkan berat badan normal - syor terbaik adalah kekurangan berat badan tidak melebihi 5% dari berat badan normal atau tidak melebihi 10% (untuk wanita) dan 20% (untuk lelaki). Lebih atau kurang akan ketidak seimbangan koposisi badan dan fungsi organ2 dalaman. Lama kelamaan kekurangan dan kecacatan berlaku dan kita dihinggapi pelbagai penyakit. Yang mati usia muda mempunyai pelbagai saiz tubuh badan, tetaoi yang mati di imur panjang jarang bersaiz gemuk.
Jasmani - 'Exercise' secara 'regular' iaitu 5 hingga 6 kali seminggu selama 30 minit. Pilih yang mudah dan 'relasing' seperti berjalan kaki, berbasikal, berenang atau berkebun. Nikmatnya seperti orang yang berlari 30 batu hingga 40 batu seminggu.Kehidupan - "Simple, Contented and Humour" - Amalkan gaya hidu 'present living' dengan senang hati, puas dengan apa yang ada dan penuh keriangan. Hidup dalam kemampuan sedia ada tanpa perbandingan dan bersyukur di atas kurniaan adalah sangat baik. Amalkan perasaan'relex' dan senang hati, senyuman debagai trademark kita dan senda gurau sebagai hiburan harian.
Maka kehidupan sihat dan umur yang panjang bergantung semata2 pada diri masing2. Aku rasa itulah hasrat kita semua. Petua amalan sudah ada dan terdapat banyak bahan rujukan. Kesimpulannya, kalau kita menjaga dalaman diri kita dengan baik, luaran kita akan menjadi lebih cantik lagi.
Ulasan