Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Pasangan

Imej
Allah menjadi setiap benda didunia berpasang-pasangan. Hikmahnya....supaya ianya jadi pelengkap antara satu sama lain. Pasang surut, hujan panas, siang malam, pagi petang, hitam putih, susah senang, sudu garfu, panjang pendek, masam manis..... maknanya amat berlawanan tetapi sebenarnya ia adalah pelengkap kehidupan..... begitulah juga lelaki perempuan.... Hahaha itu intro aje, yang sebenarnya nak tunjukkan kawan kita bersama pasangan masing-masing....tapi aku ada koleksi yg sikit aje untuk foto pasangan ni....kalau kekawan lain ada lagi foto kawan kita bersama pasangan mereka, silalah tambah...... sukimin & isteri Elham & isterinya Roziah & suaminya ehm...biasalah.... zaiha & suaminya Jastan & isterinya Jamil Sein, isteri & 2 anaknya Baharudin, isteri & anaknya Sarian, isteri & anaknya Ooopps.... tersilap! Classmate jerlah!

CIKGU ROSLIE BIN AHMAD

Imej
Salam rakan-rakan semua... Betul kata Fati. Sunyi sepi rumah kita ni sekarang. Sesekali aje terdengar bicara beberapa orang rakan. Bila Tok Ketua dah tegur, barulah ada sahut-menyahut yang berbunyi. Sibuk agaknye rakan-rakan kita ni. Tak mengapalah Fati, biarlah surirumah sepenuh masa macam kita ni, yang memang ofisnya di rumah sesekali mengisi kesunyian itu. Selepas menyiapkan hidangan makan tengahari tadi, sempat lah saya membelek-belek majalah bulanan kegemaran saya iaitu NUR, KELUARGA dan MIDI. Hampir setiap bulan saya akan cuba mendapatkan majalah-majalah ini. Kadangkala, suami dan anak2 pun tolong belikan. Sengaja tidak dilanggan sebab saya seorang saja yang membacanya. Jika ada artikel yang menarik, barulah saya mengesyorkan suami untuk membacanya. Lain lah kalau READER'S DIGEST, adalah mereka semuanya membacanya... Kali ini saya nak berkongsi maklumat tentang artikel di mukasurat 172 hingga 175 pada ruangan CAKAP2 Bilik Guru bertajuk KUASAI MATEMATIK DENGAN LATIH TUBI yang...

EDIBLE GARDEN (TAMAN DAPUR) MENGHIAS LANDSCAP

Imej
Gambar-gambar di rancangan tanah FELDA sebagai penghias
Imej
  Malam ini aku entri mengenai seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Dato Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian. Untuk makluman YB Dato Ahmad Maslan bertanggungjawab terus kepada FELDA, iaitu majikan aku. Terus terang aku katakan aku mengenalinya tetapi YB tidak mengenali aku. Tapi tak apalah tu, apa yang aku nak ceritakan ialah YB Dato Ahmad Maslan adalah x SMSJ Kluang, Johor. Tapi aku tak pasti YB keluaran bila. Aku rasa tentu ramai dikalangan kita mengenali YB Dato Ahmad Maslan lebih-lebih lagi kalangan kita yang berasal dari Pontian, Johor. Macam Kang Asri (PW) dan Bro Mohsin tentu mengenalinya. Bro Mohsin kalau nak suntik lagi projek Ternakan Kambing cuba-cubalah dengan YB Dato Ahmad Maslan. Sedikit tentang Ahli Parlimen Pontian ini bersama FELDA, YB sudah sinonim dengan tradisinya menginap di rumah peneroka untuk menyelami kehidupan masyarakat di tanah rancangan dengan kata lain YB suka turun padang. YB juga melakukan aktiviti menginap di rumah peneroka d...

Ko Ko Masa di SMSJ

Imej
Assalamu'ailakummmmmmm.......! Senyap jer rumah ni........ Aku pun sebenarnya lemas menengokkan rumah ni yang sunyi sepi sejak dua menjak ni. Aku rasa tuan rumahnya sebok sangat lagi, so aku saja-saja lah ziarah....hantar kuih sikit, sedap ke tidak tak tau lah yer..... teman bukan pandai sangat buat kuih jenis ni.....heheheeh....udah masuk bunyi Peghak la pulak yer! Masa kat SMSJ ( ini cerita koko akulah yer...) rumah sukan aku...rumah purnama lah! Hidup Mr Paul!! hahahah. Aku ni bukan orang sport (pakwe aku yerlah!, tapi masa tu aku sakit hati jer kat dia sbb rumah dia ( rumah buana) selalu jadi juara...... Tapi bila dia dapat banyak medal emas masa hari sukan, dia bagilah kat aku satu ...sbb dia kesian aku tak dapat apa-apa medal pun! ( masuk march pass pun tak menang!) geram betul aku...naik hitam berkawat setiap petang! Tapi dalam bab-bab pementasan.....haaa, rasanya aku jarang missed! Bukanlah jadi penyanyi pulak....suara aku tak merdu... tapi kalau koir ke, boria, tarian a...

Mukhlis...Mr Cool....

SELAMAT HARI LAHIR KHAS UNTUK Mukhlis Moyo pada 20.2.2010 yang ke 49 SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIBERKATI USIA SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT dari kami semua batch 1978

EDIBLE GARDEN JIMAT PERBELANJAAN HARIAN

Betul yang dikatakan Kang Asri (PW), nampaknya blog kita seperti sunyi sepi dan malap. Adakah ini kerana adminnya sedang sibuk berpindah, atau kita sibuk bercuti CNY, ataupun kita telah jemu? Semua itu terjawab oleh kita sendiri. Tapi tidak apa malam ini aku cuba masukkan satu entri yang mana tidaklah hangat atau hebat kisahnya. Ini cuma kisah biasa saja, tidak ada kelebihannya. Projek Edible Garden atau Taman Dapur yang dicetuskan oleh PM kita pada tahun 2008 ketika itu TPM untuk dipratikkan oleh masyarakat FELDA khususnya peneroka telah menimbulkan semangat cinta kepada bumi. Perubahan ketara sosio-ekonomi membabitkan peningkatan kuasa beli mendorong mengambil jalan mudah membeli sayur-sayuran berbanding situasi yang memaksa bermandi peluh bercucuk tanam bagi mengurangkan belanja dapur. Memanafaatkan persikitaran halaman rumah dengan pelbagai jenis sayur-sayuran boleh mengurangkan perbelanjaan dapur kita disamping kita boleh mendapatkan bekalan sayur-sayuran yang segar. Kita tidak...

Peluang Pekerjaan / Job Vacancies

Sesiapa ada anak/anak sedara/menantu/sepupu/biras/dll. yang berminat nak memohon dipersilakan. Resume boleh diforwardkan ke: vestjb45@streamyx.com Fresh graduate pun dipersilakan memohon. We are pleased to inform that we are looking for a suitable candidate to be employed in E&C projects for the following positions:- A) GUMUSUT KAKAP TOPSIDES - PMT No. Positions Est. mob date Shortcomings 1 Piping Superintendent Mac 2010 - 2 2 Piping Supervisor Mac & April 2010 - 4 3 Mechanical Superintendent Mac & April 2010 - 3 4 Mechanical Supervisor Mac & April 2010 - 4 5 E&I Superintendent Mac & April 2010 -...

PINDAH KE RUMAH BARU

Pada hari Sabtu(13 FEB 2010) ni aku akan behijrah ke rumah baru di Sek 7 Shah Alam(Sama macam Usop jugak). Oleh itu aku akan mengadakan majlis doa selamat pada hari tsb. pada jam 2.45pm Dijemput kepada semua rakan2 SMSJ Batch 78 dan jugak yg. lain2 yg berkelapangan pada masa tsb untuk hadir bersama2. Alamat rumah baru seperti berikut: No 107 Jalan Kristal 7/78 Seksyen 7 Shah Alam Mohd Noor Hj Maaros

HAPPY BIRTHDAY, HAFIZAH

Imej
Salam semua. Sudah agak lama saya tidak menyumbangkan apa-apa entri untuk blog kita. Maaflah, bukan kerana tiada masa terluang atau atas sebab2 kesihatan... Saya semakin sihat walaupun tidaklah boleh sembuh 100%, namun ALLAH telah mengurniakan saya  keupayaan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. ALHAMDULILLAH. Seperti yang tercatat dalam entri sebelum ini, hari ini adalah Hari Lahir Aliah  (5E2) dan Hafizah (5E1). Walaupun kita belum dapat menerima apa-apa kabar berita tentang Aliah, saya juga mendoakan agar Aliah sentiasa diberikan perlindungan Allah, diberkati selalu dan sihat wal'afiat hendaknya, Ameen. Happy Birthday, Aliah. Tahun 6A SK Tengku Mariam (1973) Baris belakang -no. 2 dari kanan ialah Hafizah. Baris tengah- dari kanan no. 5 ialah Azie dan no.15 ialah saya.  Mungkin ramai di antara rakan-rakan sekelian yang tidak mengetahui bahawa Hafizah adalah rakan sekelas saya sejak dari sekolah rendah lagi. Sek Keb. Tengku Mariam Batu Pahat merupakan tempat kami m...

ANGKARA MAKHLUK BERNAMA SYAITAN

Malam ini aku teringat kisah kehidupan kita semasa di SMSJ dahulu di mana selalu digembar-gemburkan dengan cerita-cerita hantu, pontianak dan penanggal. Macam-macam versi dapat didengar yang mana kata terlihat pontianak terbang, ada terlihat penanggal dengan perut terburai di tepi tingkap dan ada pula kehilangan duit sebab dicuri oleh toyol. Jadi di sini aku ingin berkongsi maklumat serba sedikit akan hal sebenarnya. "Wahai anak-anak Adam, janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga,sambil ia memyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka!" - Surah al-A'raf 7:27) Ayat di atas menunjukkan bahawa syaitan adalah makhluk yang hidup di alam ghaib dan manusia tidak dapat melihat mereka walaupun mereka dapat melihat manusia. tetapu kedu-dua makh...

MG @ Bandar Hilir, Melaka

Imej
Semalam (02/02/10) aku ada temu janji dengan Azman Rahman di Melaka. Sempat hubungi Hj. Sudin Md Dom & bertemu di Bandar Hilir, Melaka dok sembang2 sambil berbincang mengenai kerja. Azman berbincang sesuatu mengenai produknya dengan Hj. Samsudin Perbincangan selesai hampir awal pagi, aku terus balik JB manakala Azman overnite kat Melaka sebab ada kerja lagi nak selesaikan keesokannya. Hj. Sudin pulak balik rumah dia kat Ayer Keroh - 10 tahun dah dok merantau ke Melaka dari JB. Azman sibuk menerangkan bisnesnya kepada clientnya

Pindah

Wah! Sunyi sepi rumah ni bila si Usop pindah sekolah dan pindah rumah....... Sementara menunggu Usop seatle down dan keluarkan entri baru , aku buat jerlah entri yang entah apa-apa ni. Ni pun ada kena mengena dengan pindah...sejarah pindah randah aku..... Kita mula dari aku mula kawin , lepas keluar maktab terus kawin, belum dapat posting mana-mana lagi. Pakwe aku masa tu kerja di MINT (dulu PUSPATI) sebelah UKM Bangi tu. So kami menyewa di Taman Mesra Kajang. Bila aku dapat posting, nun terpelanting ke Raub Pahang, Sek. Men Tengku Kudin. Aku menyewa bilik dekat dengan sekolah tu, so berulang alik lah aku Raub -Kajang sampai satu penggal. Aku buat rayuan untuk bertukar ke Selangor ( di Kementerian aku terjumpa dengan cikgu Rahman Molar). Di pendekkan cerita aku dapat tukar.... ke Sek. Men Bandar Baru Salak Tinggi, maka aku dan pakwe berpindah, menyewa di Salak Tinggi. 5 tahun di Salak Tinggi, kami beli rumah di Bandar Baru Bangi, aku minta tukar sekolah....dapat High School Kajang, ka...