Ko Ko Masa di SMSJ


Assalamu'ailakummmmmmm.......!
Senyap jer rumah ni........
Aku pun sebenarnya lemas menengokkan rumah ni yang sunyi sepi sejak dua menjak ni. Aku rasa tuan rumahnya sebok sangat lagi, so aku saja-saja lah ziarah....hantar kuih sikit, sedap ke tidak tak tau lah yer..... teman bukan pandai sangat buat kuih jenis ni.....heheheeh....udah masuk bunyi Peghak la pulak yer!
Masa kat SMSJ ( ini cerita koko akulah yer...) rumah sukan aku...rumah purnama lah! Hidup Mr Paul!! hahahah. Aku ni bukan orang sport (pakwe aku yerlah!, tapi masa tu aku sakit hati jer kat dia sbb rumah dia ( rumah buana) selalu jadi juara...... Tapi bila dia dapat banyak medal emas masa hari sukan, dia bagilah kat aku satu ...sbb dia kesian aku tak dapat apa-apa medal pun! ( masuk march pass pun tak menang!) geram betul aku...naik hitam berkawat setiap petang!
Tapi dalam bab-bab pementasan.....haaa, rasanya aku jarang missed! Bukanlah jadi penyanyi pulak....suara aku tak merdu... tapi kalau koir ke, boria, tarian atau lakunan....haaa adalah muka aku ni menyelit sikit-sikit. Sebab tu tarian sumazau yg aku tarikan dengan kak Rahmah Sulaiman dan beberapa orang lagi tu, paling pakwe aku ingat....masa tulah dia kata dia nampak aku 'comel'! Mentang-mentanglah masa tu aku debab!!!
Pasukan beruniform yang aku masuk pulak, dari ting 1 hingga ting 3 , Pandu Puteri. Bila dah naik ting 4 hingga ting5 aku tukar pulak jadi Renjer Puteri. Tang ni bila masuk bab camping lah yang seronok sangat.......
Tapi aku rasa yang paling kau orang tak ingat ialah aku pernah masuk kelab Tae Kwan Do!!!! Hahaha...sampai lah jugak dapat calit kuning kat talipinggang!! Sebab apa aku masuk kelab tae kwan do tu?? Sbb penasihatnya ialah MR. PAULLLL !!!! hahahahaha

Udah lah yer...foto-foto kenangan tu dah habis di makan dek anai-anai kat kampung, kalau tidak boleh gak kita pakat tengok yer.....

Ulasan

Sukimin berkata…
Apa yang aku ingat pasal tae kwondo kat sekolah kita dulu ialah ungkapan ni 'ze ro tras!' Tiap kali ada latihan kita orang kat bilik dengar ungkapan tu. Rupa2nya salah satu suaru tu suara kau lah ya
fati berkata…
hahaha...yer lah tu Min. Sampai naik parau suara kami !
Tanpa Nama berkata…
kenangan lama mmg sukar nk lupa... kak fati, dh boleh add link blog ke fb ke?
fati berkata…
Belum buat lagi teja...
Nantilah bila aman-aman sikit baru nak dok mengadap beriya kat comp ni.... ni ada yg merengek nak makan lah, nak airlah.... anyway tqvm teja..... nak belanja apa lak ek....
bong berkata…
Tp aku rasakan, satu lg pasukan dikir barat, klu xsilap kau masuk, kau pinjam baju batik abang rosli tak?
fati berkata…
hahahaah...betullah bong, dikir barat pun aku nyelit sekali, tapi tak ingat pulak baju batik sapa aku pinjam....
bong berkata…
Fati, aku nak tanya, dulu panggil ko ko ke aktiviti yg kita lakukan? Aku xperasan le dulu panggil apa.
fati berkata…
Bong.... aku pun lupa !
Paul Francis berkata…
So happy 2 know that you all still remember me as your TaeKwonDo advisor. Heard abt this blog from another former student Zubaidah. All the best to you Fati and all my former students from good ol' SMSJ. I shall forever remember you all. Hidup Purnama!
fati berkata…
Alamak ! Mr Paul komen kat sini lah.... tqvm sir... Hidup Purnama!!
bong berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI