EDIBLE GARDEN JIMAT PERBELANJAAN HARIAN

Betul yang dikatakan Kang Asri (PW), nampaknya blog kita seperti sunyi sepi dan malap. Adakah ini kerana adminnya sedang sibuk berpindah, atau kita sibuk bercuti CNY, ataupun kita telah jemu? Semua itu terjawab oleh kita sendiri.
Tapi tidak apa malam ini aku cuba masukkan satu entri yang mana tidaklah hangat atau hebat kisahnya. Ini cuma kisah biasa saja, tidak ada kelebihannya.
Projek Edible Garden atau Taman Dapur yang dicetuskan oleh PM kita pada tahun 2008 ketika itu TPM untuk dipratikkan oleh masyarakat FELDA khususnya peneroka telah menimbulkan semangat cinta kepada bumi. Perubahan ketara sosio-ekonomi membabitkan peningkatan kuasa beli mendorong mengambil jalan mudah membeli sayur-sayuran berbanding situasi yang memaksa bermandi peluh bercucuk tanam bagi mengurangkan belanja dapur.
Memanafaatkan persikitaran halaman rumah dengan pelbagai jenis sayur-sayuran boleh mengurangkan perbelanjaan dapur kita disamping kita boleh mendapatkan bekalan sayur-sayuran yang segar. Kita tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak bagi menjayakan edible garden. Kita boleh menggunakan sisa tanah dari kilang pemprosesan kelapa sawit yang dipanggil Pome. Selain itu kita boleh menggunakan ranting kayu, buluh dan besi buruk yang dikitar semula untuk dibuat sokongan kepada sayur-sayuran jenis menjalar. Bagi menanam sayur-sayuran bukan jenis menjalar seperti cili, tomato, terung, sawi, kobis, bayam dan bendir boleh ditanam di dalam polibeg. Menanam di dalam polibeg kita akan mendapat hasil lebih baik iaitu buah yang lebih besar. Juga dengan menanam di dalam polibeg kita kurang menggunakan cangkul dan pratik dibuat bagi kita yang mengjadi penghuni rumah teres atau rumah pangsa. Bagi kita yang tinggal di rumah yang mempunyai kawasan seperti rumah kampung kita boleh menjalankan tanaman jenis menjalar dengan mempelbagaikan tanaman sayur-sayuran seperti kangkong, kacang, timun, petola, peria dan lain-lain. Kita tidak perlu memikirkan untuk menanam jenis sayur-sayuran begitu banyak dengan serentak. Kita boleh mengilirkan jenis tanaman kita itu.
Dengan menjalankan aktiviti edible garden bukan sahaja kita boleh merasa hasilnya akan tetapi kita juga boleh menambah saham akhirat kita dengan bersedekah kepada jiran-jiran kita.
Bagi aku walaupun tinggal di rumah teres aku telah melaksanakannya dengan menanam cili, bendir, terung, serai, pengaga, pandan dan terung di dalam pasu bunga dan polibeg disamping isteri aku menanan pokok-pokok bungan dan orkid. Okrid digantung dan di bawahnya boleh susun polibeg sayur. Aku telah buat ini sebelum PM kita cetuskannya lagi.
Aktiviti ini juga telah dilaksnakan di pejabat tempat kerja aku. Landscap pejabat aku disulami dengan polibag sayur-sayuran disamping menggekalkan tanaman asal iaitu pokok bunga.
Jika kita menjalankan aktiviti seperti ini kita akan merasa kepuasan kerana mendapat hasil dari usaha kita sendiri.
Rasanya aku berhenti di sini. Marilah kita sama-sama mencuba dengan aktiviti baru ini disamping kita meneruskan aktiviti tradisi kita seperti bersenam dan bereaksi.

Ulasan

fati berkata…
Bong, kalau aku tanam pokok cili, tak sempat nak petik cili dah mati pokok cili tu....tangan aku panas ke....
fati berkata…
Usop tengah sebok mengemas rumah tu, lepas ni sebok menanam lah pulak....
Sop, jgn lupa pokok harum sundal malam aku.....hehehehe
asri berkata…
Bagus Bong entri kau kali ni ingatkan aku untuk aktif semula projek bumi hijau. Dulu cadang lepas kaki lima keliling rumah siap nak tanam cili dalam ploibag tu terbantut.Bila kau tulis entri ni teruja kembali aku. Tq Bong.

Masihkah kau ingat? Dulu masa sekolah kan ada program buku hijau ketika itu. Aku Form 3 kot masa tu.Aku memang berminat tang tanam menanam ni. Cuma teringat satu hal lepas aktviti tu jari aku bengkak dan bernanah di bahagian kuku sebab gaul tanah yang dicampur baja tahi ayam tak pakai sarung tangan getah. Alhamdulillah ianya pulih dan tak menjadi cagu. Kalau tak pulih jadi jadi cagu sampai le ni, hawau dibuatnya. Selang seli dengan aktiviti berbasikal keliling kampung bersama isteri.
bong berkata…
Fati, jgn disalahkan tangan kita, aku rasa teknik dan cara penjagaan tak betul.Kau kena siram dan bercakap dengan pokok tu Fati, mcm kau bela anak le juga.
Kang Asri, kita orang lelaki memang kerjanya menanam.Jangan lupa doa dan petua semasa menanam.Ha...Ha...Ha!
Minggu depan aku n3 gambarnya pula, eg rumah peneroka yg buat EG.
asri berkata…
Kah...kah...kah.....

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI