Pindah

Wah! Sunyi sepi rumah ni bila si Usop pindah sekolah dan pindah rumah.......
Sementara menunggu Usop seatle down dan keluarkan entri baru , aku buat jerlah entri yang entah apa-apa ni. Ni pun ada kena mengena dengan pindah...sejarah pindah randah aku.....

Kita mula dari aku mula kawin , lepas keluar maktab terus kawin, belum dapat posting mana-mana lagi. Pakwe aku masa tu kerja di MINT (dulu PUSPATI) sebelah UKM Bangi tu. So kami menyewa di Taman Mesra Kajang. Bila aku dapat posting, nun terpelanting ke Raub Pahang, Sek. Men Tengku Kudin. Aku menyewa bilik dekat dengan sekolah tu, so berulang alik lah aku Raub -Kajang sampai satu penggal. Aku buat rayuan untuk bertukar ke Selangor ( di Kementerian aku terjumpa dengan cikgu Rahman Molar). Di pendekkan cerita aku dapat tukar.... ke Sek. Men Bandar Baru Salak Tinggi, maka aku dan pakwe berpindah, menyewa di Salak Tinggi. 5 tahun di Salak Tinggi, kami beli rumah di Bandar Baru Bangi, aku minta tukar sekolah....dapat High School Kajang, kami berpindahlah pulak duduk di BBB....
Lepas tu tah apa gatalnya pakwe aku ni, dia mohon jadi pensyarah Fizik di UTM JB...dahlah kena pindah ke JB pulak. Kami menyewa di Tmn Sri Pulai, aku kena pindah mengajar di sek Men Kulai Besar, berulang -alik macam nak rak. Setahun je kat situ aku minta tukar ke JB, alhamdulillah dapat...sek men Tmn Tun Aminah ....itu bab sekolah, bab rumah pulak, kami beli pulak rumah kat Tmn Universiti, so kami berpindah pula ke Tmn Universiti Skudai lepas 2tahun menyewa di Sri Pulai.

Setahun lepas tu pulak, pakwe ni kena pi buat PhD kat UK...kenalah kami ikut, aku cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Di UK pun kami tak berenti pindah randah rumah sewa.... 3kali pindah, macam main-main je pindah randah ni....aku dah naik kalih dah.....

Bila balik semula ke M'sia, kami pun dgn bersemangat, renovate rumah, hias itu ini, beli bunga dan pasu banyak ...tut tut tut dia minta jadi fellow pulak..... pindahlah pulak kami duduk kat dalam kampus UTM di rumah Fellow kolej Tunku Canselor

3 tahun duduk kat dalam kampus UTM tu.....dia kata dia minta Prof kat UPSI. Senang duduk tengah-tengah nak berulang alik jengok emak ayahnya yg dah tua......maka berpindahlah kami.
Bagai nak gila aku mengemas, banyak barang yang di tinggalkan dan di sedekah kepada adik beradik dan kekawan, termasuklah bunga okid kesayangan aku yg pelbagai jenis (ada yg mahal2 tu) sebab lori dah tak muat ( lori besar pun tak muat!)

Maka duduklah di Tg Malim...tapi bab pindah ni belum tutup lagi! 2 tahun aku menyewa di no 11, jln segar 7, sebab tak tahan dapur sempit ( nak besarkan, rumah orang) so,kami beli rumah di no 2, jln segar 6...... Setelah siap di renovate, kami pun mendiami rumah kami sendiri kini........

Tapi aku tak jamin kami tak pindah lagi!!!!

Ulasan

asri berkata…
Tahniah Fatie dengan ujian yang ditempuhi bersama suami. Mudah2an awak menjadi isteri yang solehah.
fati berkata…
Mudah-mudahan...amin! Tima kasih bro Asri...
kembara kelana berkata…
nanti aku cita bab pindah mindah ni..lebih kurang macam kau jugak fatie..banyyak kali, sampai bini aku naik jemu ngemas barang..aku tengah sibuk ni, kau dan kawan kawan jaga lah blog kita ni..
sha'ri berkata…
Fatie, aku rasa aku pun banyak kali pindah randah. kahwin duk Kajang, lepas tu pindah UTM duduk kat Pelangi kejap rumah mak. lepas tu pindah taman perling. dah jemu duk JB sekarang pindah UTM KL, duduk Batu 12 kajang (dekat tu dengan Taman Mesra) ,rumah adik ipar sementara. sekarang tengah dalam perancangan nak pindah Bangi pulak. rasanya last kot....
hafizah berkata…
Pati, klu rasa2 nak start business, saya cadangkan buat syarikat MOVER. Pasti berjaya!!!! dah expert tu...
fati berkata…
Jealous tengok orang yg tak pindah randah ni.....rumah dapat makin boleh dibesar kan dan makin cantik... Yang kita ni baru nak cantikkan rumah dah kena tinggalkan!
Tapi dia orang tu sanggup hidup berjauhan, asalkan tak pindah, yg kita ni tak boleh nak jauh kot.... tu yang ikut merata....heheheh
kembara kelana berkata…
fatie
sorri...aku sibuk sikit dua minggu ni, studi sekolah baru...3 bulan ni aku ...jadi moving target...kena jaga semua menda....dan aku kena dua L...look and learn...balik rumah..mengemas dan mengecat....memang penat...samapai kawan kawan punya birthday..kau atau sapa sapa yang rajin plz entri wish wakil kita semua..nanti aku dah reda..aku start jaga blog balik...salam
kembara kelana berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Alimor Sipon berkata…
Nomad modern - pindah ikut kerja bukan ikut musim, he he.
fati berkata…
Bro Alimor,orang perempuan pindah ikut suami......heheheeh
Azida berkata…
Salam. Seronok juga pindah2 ni ye... Ramai kawan, banyak pengalaman. Aku? Pindah tempat kerja aje....

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI