Khamis, 25 Februari 2010

CIKGU ROSLIE BIN AHMAD

Salam rakan-rakan semua...
Betul kata Fati. Sunyi sepi rumah kita ni sekarang. Sesekali aje terdengar bicara beberapa orang rakan. Bila Tok Ketua dah tegur, barulah ada sahut-menyahut yang berbunyi. Sibuk agaknye rakan-rakan kita ni. Tak mengapalah Fati, biarlah surirumah sepenuh masa macam kita ni, yang memang ofisnya di rumah sesekali mengisi kesunyian itu.
Selepas menyiapkan hidangan makan tengahari tadi, sempat lah saya membelek-belek majalah bulanan kegemaran saya iaitu NUR, KELUARGA dan MIDI. Hampir setiap bulan saya akan cuba mendapatkan majalah-majalah ini. Kadangkala, suami dan anak2 pun tolong belikan. Sengaja tidak dilanggan sebab saya seorang saja yang membacanya. Jika ada artikel yang menarik, barulah saya mengesyorkan suami untuk membacanya. Lain lah kalau READER'S DIGEST, adalah mereka semuanya membacanya...
Kali ini saya nak berkongsi maklumat tentang artikel di mukasurat 172 hingga 175 pada ruangan CAKAP2 Bilik Guru bertajuk KUASAI MATEMATIK DENGAN LATIH TUBI yang terdapat dalam majalah NUR keluaran bulan MAC 2010.

Cikgu Roslie mengajar di sekolah ini.

Pendapat Cikgu Roslie tentang subjek Matematik.


Cikgu Roslie bin Ahmad ni rakan sekelas kami di 5E1 masa di SMSJ dulu. Masa Reunion 30 tahun hari tu pun, beliau turut sama hadir. Hari ini, Cikgu Roslie ialah seorang guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Sains Seremban. Syabas dan tahniah, Cikgu Roslie! Teruskan usaha anda untuk mencurahkan ilmu  kepada pelajar-pelajar yang sentiasa mengharapkan kejayaan cemerlang dalam subjek yang mereka anggap paling susah ini. Saya pasti Cikgu Roslie tentunya dapat menukar persepsi pelajar-pelajar terhadap subjek ini ke arah yang lebih positif. Semoga segala usaha anda akan diberkati ALLAH, ameen...

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LATIH TUBI tu ape erk?? sama mcm tekan tubi ke? hehe...

teringin nk tgk kak fati wat tekan tubi... huhu

bong berkata...

Lila, tq atas n3 awak.Memang molek cikgu Rosli mengajar Matematik Tambahan kerana zaman kita dulu itulah subjek yg paling saya bodoh, selalu F9, tapi tidak dipusakai anak2 saya kerana mereka semua dpt A1 dlm subjek ini dlm SPM.

fati berkata...

Wuit.... kalau akak buat tekan tubi, mesti teja tak percaya punya! hahaha

Tahniah cikgu Roslie, agaknya kalau masa kita sekolah dulu, dpt cikgu macam cikgu Roslie ni boleh le kita merasa dpt add math A1 ek....

ZULKARNAIL berkata...

Ya, aku pun ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kepada Cikgu Rolsee kerana anak aku yang ketiga pun sudah pandai menyelesaikan masalah Add Maths berkat hasil usaha cikgu Roslee. Anak aku sekarang dalam tingkata 5 di SASER. Beliau juga merupakan Guru Penolong Kanan 1 di sekolah itu.

bong berkata...

Wak, bukan tak matang tapi memang tak pandai yg membawa kebosanan bukan keseronokan, masa tu tidak le macam sekarang banyak kemudahan dan galakkan.

pakroslan berkata...

Salam,
istri Rosli ... Puan Azah adalah classmate aku masa belajar dulu.

Unknown berkata...

Apa le kau orang ni latihtubi tu macam makan ubi je. makan banyak banyak kenyang le. macam tu le gamaknya. latihtubi je le banyak-banyak kenyang lah dgn add math tu.Ramai juga yang aku jumpa di Sains seremban ni. Samsudin Md Dom, Zulkarnain, Zainudin pengawas senior kito. AZhar E2 dulu. okey le yeah dan duduk NS ni cakap Negori le kito ni.Yusok OK la kau ni memang rajin tahiniah le guru besaor. Pak Roslan kau kenal bini aku je ke aku kau kenal tak.Salam maulidir rasul semua.

pakroslan berkata...

Salam Rosli...
aku lupa kau tapi aku masih ingat L.. pasal ada 2 Rosli...

Tanpa Nama berkata...

salam,

cikgu rosli, tahniah, senang2 boleh jumpa minum teh kat sekolah ke kat sikamat? saya tak mahir tempat2 makan tapi insyaAllah boleh cari. Saya dok belakang IPGRM, belakang TKC dipanggil TMn Pinag Gading. No tepon dulu tu kena cari nota lama. Atau kita pekena "beledo" macam orang kelantan cakap tu.

Unknown berkata...

ok pekena apa pun boleh asal halal, kalau dah haram pun sapu parah lea dah tua tua ni kono lea ingat sikit. kalau dah lagi tua esok kena lebih lebih ingat lagi.Anyway klau kau orang lalu ke pgi seremban ke sound sound je le.