Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

aku dan zubaidah

aku dan zubaidah sepatutnya menjadi rapat dan baik sekali, sebab rumah kami cuma jarak 5 batu saja, dia di parit jawa dan aku ada disekitarnya di muar...kami sepatutnya saling jaga menjagai dan saling harga menghargai. satu daerah , satu kelas dan satu sekolah. Rapat maksudku ialah patutnya berkawan baik. Sungguh aku nakal dan degil tak dengar cakap tetapi mata dan telinga aku amat sensitif. Aku mencerap disamping aku nakal itu. Zu adalah rakan sekelas aku selama 5 tahun, seorang gadis yang amat sopan dan matang sekali, guraunya amat terbatas, mintanya dengan senyuman, suaranya tak pernah tinggi menjerit, sabarnya amat jelas dan terbukti. Zu amat pandai menjaga diri dan kesopanan gadis melayu...sapa sapa yang kenal dia memang akan akui, sopan dan sabarnya... 5 tahun dia tak pernah kelihatan marah dan tension...[ dalam hati...tuhan jer tau ] dan zu adalah kawan perempuan yang aku tak ada modal. aku kalah pada kelembutan tingkahlakunya...so 5 tahun zu terpelihara dari kenakalan ku...bila...

MSAM - Minggu Saham Amanah Malaysia

Imej
Tahun ini pesta MSAM diadakan di JB. Ada ramai sahabat2 kita yang terlibat. Antaranya siapalagi kalau tak si Esa Itik dari Bursa Malaysia. Sebelum turun JB dia dah inform aku terlebih dulu. Jadi aku pun aturkanlah MG kat JB. Pagi tadi (Ahad) kita orang breakfast sama2 kat bandar JB. Yang ada sekali Kamaluddin, Zulkarnail Zakaria dan aku sendiri. Batan tak dapat join sebab ada kursus haji. Lepas breakfast kita orang lepak kat hotel si Kamal dah tu jumpa pulak orang kampung dia orang ni - orang Muoa. Makin panjanglah boraknya sampai pukul 2 ptg tu pun pasal si Esa kena jaga booth MSAM pukul 4 ptg terpaksa hantar dia balik hotel. Sesiapa yang ada kesempatan pergilah ke pameran MSAM tu kat Plaza Angsana sampai 27 April. Ada nasib dapat banglo RM 350K hadiah cabutan bertuah tajaan daripada Pelangi Bhd. Senior2 kita yang kencang2 pun ada sama antaranya Najib Abdullah CEO MIDF, Azmaar Talib - CEO Pelangi Bhd dan Zainuddin Kadir (Toyol) - CEO Prolintas Bhd dan jangan lupa pergi booth Bursa Mal...

SALAM BAHAGIA

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita BAHARUDIN JALIL pada 16 April 2009 dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Baru Balik Jumpa Elias Othman

Imej
Petang tadi aku kol si Elias ni sebab ada hal nak runding. Biasanya bukan main susah nak dapat, tapi entah macam mana tadi dia terus jawab. Lepas berborak sekejap, terus kita orang set untuk sambung borak waktu ngeteh malamnya. Sambil tu aku ajak Azhari yang tinggal kat Puchong Permai (tak jauh dari Kinrara ni) untuk join sama tapi rupa2nya dia dah tengah on the way ke Seberang Perak. Jadi akhirnya cuma aku sorang je yang jumpa Elias ni kat restoran mamak seberang jalan depan Tesco Puchong. Aku yang tinggal kat sinipun tak perasan ada restoran kat situ,boleh dia yang duduk Shah Alam lebih terer. Lama sembang - sembang macam-macam jugalah. Dalam sembang-sembang tu dia teringin nak tengok rumah kat kawasan Saujana Puchong. Kebetulan aku memang ada satu rumah kat situ jadi tak jadi masalahlah nak bawak dia. Kat situ ke hulu, ke hilir jugalah dia tengok-tengok rumah sambil dia kol penjual rumah. Last-last dia beli satu rumah yang sederet dengan rumah aku malam tu juga. Hmmm...dia ni beli ...

Salam Bahagia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita JASTAN BIN INAS (5M2) pada 11 April 2009 dengan ucapan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia hidup di dunia dan di akhirat. dari kami kawan2mu SPM/MCE batch 1978

MG Dengan Junior - Azhar Amin

Imej
Aku lama juga tak ada masuk entry dalam blog. Maaf selalu on the move. Balik dari Tioman Sabtu lalu aku dapat sms dari Azhar Amin dari Penang nak jumpa aku Ahad malam Isnin kat JB. Aku kata Ahad tak boleh sebab baru nak balik dari tengok F1 di Sepang. So tukarlah hari Isnin malam. Kat Sepang aku kena hujan yang amat lebat dah tu terus balik JB malam tu juga apalagi tumbanglah jawabnya. Tapi pasai dah janji aku turn up juga dengan Batan. Dia pun sempat telefon member batch dia si Wahab so malam tu kita orang pun pergilah bawa dia pergi makan seafood kat Straits Garden sebelah Danga Bay. Si Azhar ni junior kita setahun kelas M. Dia main hoki di sekolah dulu lepas tu serumah dengan aku dan Batan di KL semasa belajar kat UTM. Tapi selepas UTM memang aku tak pernah jumpa dia. Kali ni dapat berjumpa memang rasa gembira yang teramat sangat. Jom,jom,jom.................... buat MG kat KL / Kajang / Bangi / Shah Alam / Serdang / Sg. Petani / Johor Bahru / Batu Pahat / Melaka ?????? Rindulah tak...

Jumpa Nasrudin

Imej
Tadi masa aku pergi ke SSP nak jemput anak aku balik over the weekend, aku sempat bertemu dengan Nasrudin. Anak aku form 3, anak dia form 4. Lepas kita orang beri nama anak masing-masing untuk dibuat annoucement, kita orangpun bersembanglah. Walaupun singkat tapi banyak jugalah yang sempat diceritakan..... Bila jumpa dalam asrama, segeralah kita berdua teringat zaman sekolah dulu. Sebab masa kita jumpa tu anak dia tengah ada kelas add maths, maka pemula cerita pun pasal add maths jugalah. Jadi keluarlah nama-nama cikgu yang pernah ajar kita add maths macam Cikgu Nordin, Cikgu Husin Lazim dan Pn. Sim Gam Poh. Hmmm dalam waktu yang singkat tu, sempat juga soksek pasal YB Ahmad Maslan yang baru aje dilantik menjadi Timbalan Menteri. YB ni masuk form 1 kat SMSJ pada tahun 1980. Dia sama batch dengan Zainal Alam (Astro) dan Arab (pencipta lagu dan penyanyi lagu Bila Bulan Berwarna Biru). Pada yang tak ambil form 6, mungkin tak kenal dia orang. Tapi yang buat form 6 pun aku rasa ada yang tak...

Matang dan .......

Apa itu yang dikatakan matang? Itu soalan yang Azida lontarkan pada aku. Aku ingin beri sedikit pandangan dari pengalaman aku yang sikit ini. Matang mungkin bermaksud kita: 1. sentiasa cuba melihat dunia ini secara total, pelbagai sistem fizikal dan metafizikal yang cukup teratur dengan harapan kita dapat ambil pengajaran dan iktibar melalui pemerhatian kita dalam mengharungi kehidupan kita seharian. 2. sentiasa menghisap diri samada apa yang kita lakukan atau telah lakukan untuk ahli masyarakat (bangsa, negara) benar-benar sesuatu yang bernilai, kalau boleh bernilai tinggi, mengikut kehendak dan tuntutan agama. (ask ourselves is this correct, is this right, ... buat sesuatu bukan kerana ia hanya baik tapi ia mesti betul dan benar... lupa.. dan mesti faham kenapa kita buat kerja itu) 3. kita sentiasa membuat keputusan (pilih kerja, pilih rumah, pilih suami/isteri, pilih kawan, atau buat keputusan nak tukar kerja, nak tambah cawangan [oops], macam-macam lagi perkara yang perlu pilihan ...

House warming rumah Hafizah

Imej
Perancangan yg spontan, terbit dari kerinduan mendengar celoteh kekawan. Kebetulan Hafizah baru berpindah ke rumah barunya. Kami mengambil peluang untuk berkumpul sesama kekawan perempuan yg ada di sekitar Lembah Kelang. Dan yg dapat hadir ...inilah muka-mukanya...hehehe aku, Norlida, Azida dan Hafizah Halaman rumah Ha...luas, seronok anak-anaknya bermain. Rumahnya pun luas dan cantik! ( Sop, yg ni baru kau boleh kata istana Sop!) Kekawan lain, Aini baru balik dari Sarawak ( masih letih), Norin pi tengok F1 ( tiket dah booked awal) Ogy, balik Batu Pahat, Iss hantar anak balik Muar ( kot?), Farazah... ( tak tau kenapa) dan Sadiah pulak suami tak sehat.... hai, bilalah aku dapat bertentang muka dgn Sadiah dan Farazah ni.... selepas 30 tahun , masih lagi tak bersua...inilah yg di namakan "dekat tapi jauh"...... ( Sop, betul kata kamu Sop!) Maaf wak Mimbar...lambat beritau kat kau...ingatkan rumah dekat , panggil terus boleh datang, rupanya tak boleh jugak ek...nak mandi lulur d...