Baru Balik Jumpa Elias Othman
Petang tadi aku kol si Elias ni sebab ada hal nak runding. Biasanya bukan main susah nak dapat, tapi entah macam mana tadi dia terus jawab. Lepas berborak sekejap, terus kita orang set untuk sambung borak waktu ngeteh malamnya. Sambil tu aku ajak Azhari yang tinggal kat Puchong Permai (tak jauh dari Kinrara ni) untuk join sama tapi rupa2nya dia dah tengah on the way ke Seberang Perak. Jadi akhirnya cuma aku sorang je yang jumpa Elias ni kat restoran mamak seberang jalan depan Tesco Puchong. Aku yang tinggal kat sinipun tak perasan ada restoran kat situ,boleh dia yang duduk Shah Alam lebih terer.
Lama sembang - sembang macam-macam jugalah. Dalam sembang-sembang tu dia teringin nak tengok rumah kat kawasan Saujana Puchong. Kebetulan aku memang ada satu rumah kat situ jadi tak jadi masalahlah nak bawak dia. Kat situ ke hulu, ke hilir jugalah dia tengok-tengok rumah sambil dia kol penjual rumah. Last-last dia beli satu rumah yang sederet dengan rumah aku malam tu juga. Hmmm...dia ni beli rumah dah macam beli udang la pulak! Untung sangat dia beli berbanding dengan masa aku beli dulu - separuh harga! So kalau kau orang nak beli rumah yang dekat-dekat dengan kita orang, bolehlah beli satu kat situ. Tak yah duduk, sewakan aje. Rumah flat atas kedai, tapi best! Macam-macam kedai yang ada kat bawah......
Ulasan