Isnin, 6 April 2009

House warming rumah Hafizah

Perancangan yg spontan, terbit dari kerinduan mendengar celoteh kekawan. Kebetulan Hafizah baru berpindah ke rumah barunya. Kami mengambil peluang untuk berkumpul sesama kekawan perempuan yg ada di sekitar Lembah Kelang. Dan yg dapat hadir ...inilah muka-mukanya...hehehe
aku, Norlida, Azida dan Hafizah


Halaman rumah Ha...luas, seronok anak-anaknya bermain.

Rumahnya pun luas dan cantik! ( Sop, yg ni baru kau boleh kata istana Sop!)

Kekawan lain, Aini baru balik dari Sarawak ( masih letih), Norin pi tengok F1 ( tiket dah booked awal) Ogy, balik Batu Pahat, Iss hantar anak balik Muar ( kot?), Farazah... ( tak tau kenapa) dan Sadiah pulak suami tak sehat.... hai, bilalah aku dapat bertentang muka dgn Sadiah dan Farazah ni.... selepas 30 tahun , masih lagi tak bersua...inilah yg di namakan "dekat tapi jauh"...... ( Sop, betul kata kamu Sop!)

Maaf wak Mimbar...lambat beritau kat kau...ingatkan rumah dekat , panggil terus boleh datang, rupanya tak boleh jugak ek...nak mandi lulur dulu ....(hahahaa, jangan marah Bar , aku gurau je!)

14 ulasan:

kembara kelana berkata...

aku tau aku jauh ...baguslah kau orang. teruskan mg dari masa kesemasa, aku harap semua sehat sehat...tuan rumah tu tak kenal pun aku fati

Azida berkata...

Salam. Usop.. dulu mungkin mereka tak kenal... sejak reunion hari tu... sape yang tak kenal Usop.. walaupun kau berada jauh hehehehe

Comel tak gambar kami tu... (provokasi?)

fati berkata...

Sekarang ni kau kat mana Sop? Kat Rompin ke kat sekolah ....sunyi je, blog kau pun kau tak update dah 3 hari...cewah...aku pulak yg berleter kat kau ye....selalu nya aku yg payah nak update blog. Sah lah mmg kau tgh sebok sungguh-sungguh.....

hafizah berkata...

Jida, Pati and Norlida, Ha nak ucap terima kasih kerna sudi dtg rumah. Geng lain, Ogy, Fara, Iss, Aini & Saadiah, maybe some other time. Yang jauh tu bukan tak nak jemput. Saya tahu susah nak datang especially sebab impromtu saja. Tak plan awal2.

En Usop tu, saya menipulah kalau kata saya kenal awak. Dengan some of my classmates pun ada yang saya lupa. Mungkin masa kat kelas dulu dek kerana sering di sergah oleh classmates lelaki, saya tak berapa akrab dengan mereka. Yg saya ingat tu sama ada mereka tu yang top scorer atau yang nakal. So, tak hairanlah kalau kekawan kelas lain saya tak kenal. Tapi sekarang ni kenallah di alam siber ni. Saya selalu baca all your postings.
Insyallah ada umur, ada rezeki boleh buat gathering lagi.

sha'ri berkata...

Hafizah, kenapa tak jemput the boys...saja je.. entah-entah kalau jemput tak datang jugak.
azida, gambar you all memang nampak comel dan matang... almaklumlah dah 'dewasa'. yang cakap ni pun dan 'dewasa' jugak. Anyway, kalau ada peluang kita buat MG kat Kajang.

g berkata...

Mohon maaf tak dapat datang rumah Fiza last weekend. Terlalu sangat amat sibuk berlari ke sana sini alahai 'the most desirable person in the world' komplen saya kepada semua orang, gamaknya hingga masuk bulan Jun tiap hujung minggu saya dah dibooking. Memang rindu kepada Fiza, Fati, Norlida, Jida (ada t-shirt nak ambik)tapi apakan daya,umpama rintihan Hang Tuah kepada Gusti PGL - tanganku menggapai ke langit, kaki ku terpasak di bumi - cewah! dah masuk episod tangkap leleh ... siapa nak jawab.

g berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hafizah berkata...

Shari, sorryla tak jemput the guys. My hubby kat Jakarta. Tapi bila jemput kekawan ladies, sesama hubby tu kenalah entertain themselves. Maybe ada umur, kita semua boleh jumpa juga.
Ogy, memang rindu kat awak. Ingat masa dulu2 kat sekolah,awak masa tu dalam golongan 'Popular'. Nampaknya sampai sekarang tak reda2 demandnya.Macam tu kita kena book calendar awak for the next available weekend which would probably be some time July. Masuk dalam diary cepat2!!!

g berkata...

Luv u Fiza, Jun-July OK, my diary masih kosong. 1st week of July kita semua ladies kumpul ramai-ramai boleh kan, buat doa selamat pulut kunyit ke, bubur putih bubur merah ke, my BD la, Fati mesti tahu. Garden party ke, potluck ke, I sponsor ke, cuma logistic aja saya minta bantuan kawan-kawan almaklum saya ni dagang merantau sehelai sepinggang ...

Azida berkata...

Salam. Ha, kami sangat berbesar hati dapat datang pada petang tu... Yang tak datang tu... rasanya rugi..

Hahaha...Sha'ari kita semua memang matang.. dan dalam kematangan tu la lahirnya keindahan... hehehe.. boleh ke Dr Shaari jelaskan dgn lebih dalam lagi? Anyway suggestion untuk buta MG di Kajang tu bagus gak... bila agaknya ye?

OG, memang tunngu kesempatan nak serahkan tshirt... kepada sesiapa yang nak tshirt...ada lagi yang Said tinggalkan dalam pelbagai warna. G, maybe next time kalau ada kelapangan... maybe norlida ke nak buat next makan2 kat rumah dia... (hehehe Ida... standby..)

fati berkata...

Jenuhlah pulak aku nak bodek cik abang aku ni nak pi mg lagi....huhuhu

kembara kelana berkata...

aku tengok dari jauh, dengar dari jauh...selamat semua selamat...sapalah aku nak join kau orang..Guru Besar Kg Aur...nun dicelahan gunung banjaran titwangsa

hafizah berkata...

Ogy, boleh,boleh boleh. Kita potluck pun ok. Tapi saya tak pandai buat pulut kunyit or bubur putih/merah.Tau makan aja! Logistik sapa nak volunteer?
Pati, bila BD ogy? Kena kumpul duit nak beli birthday present ni. Tak pun saya sponsor birthday cake aje. Boleh tak?

fati berkata...

BD Ogy ingat-ingat lupa...2 Julai eh... Sop, tolong confirmkan ( kau ada BD dari buku register sekolah kan...)Sorry g, dah tua ni, pelupa lah!
Tang logistic tu, kat rumah fati pun boleh...tapi nak ke kau orang datang?