Ahad, 28 Februari 2010

Pasangan

Allah menjadi setiap benda didunia berpasang-pasangan. Hikmahnya....supaya ianya jadi pelengkap antara satu sama lain. Pasang surut, hujan panas, siang malam, pagi petang, hitam putih, susah senang, sudu garfu, panjang pendek, masam manis..... maknanya amat berlawanan tetapi sebenarnya ia adalah pelengkap kehidupan..... begitulah juga lelaki perempuan....
Hahaha itu intro aje, yang sebenarnya nak tunjukkan kawan kita bersama pasangan masing-masing....tapi aku ada koleksi yg sikit aje untuk foto pasangan ni....kalau kekawan lain ada lagi foto kawan kita bersama pasangan mereka, silalah tambah......

sukimin & isteri

Elham & isterinya

Roziah & suaminya

ehm...biasalah....

zaiha & suaminya

Jastan & isterinya

Jamil Sein, isteri & 2 anaknya

Baharudin, isteri & anaknya
Sarian, isteri & anaknya

Ooopps.... tersilap!
Classmate jerlah!

Khamis, 25 Februari 2010

CIKGU ROSLIE BIN AHMAD

Salam rakan-rakan semua...
Betul kata Fati. Sunyi sepi rumah kita ni sekarang. Sesekali aje terdengar bicara beberapa orang rakan. Bila Tok Ketua dah tegur, barulah ada sahut-menyahut yang berbunyi. Sibuk agaknye rakan-rakan kita ni. Tak mengapalah Fati, biarlah surirumah sepenuh masa macam kita ni, yang memang ofisnya di rumah sesekali mengisi kesunyian itu.
Selepas menyiapkan hidangan makan tengahari tadi, sempat lah saya membelek-belek majalah bulanan kegemaran saya iaitu NUR, KELUARGA dan MIDI. Hampir setiap bulan saya akan cuba mendapatkan majalah-majalah ini. Kadangkala, suami dan anak2 pun tolong belikan. Sengaja tidak dilanggan sebab saya seorang saja yang membacanya. Jika ada artikel yang menarik, barulah saya mengesyorkan suami untuk membacanya. Lain lah kalau READER'S DIGEST, adalah mereka semuanya membacanya...
Kali ini saya nak berkongsi maklumat tentang artikel di mukasurat 172 hingga 175 pada ruangan CAKAP2 Bilik Guru bertajuk KUASAI MATEMATIK DENGAN LATIH TUBI yang terdapat dalam majalah NUR keluaran bulan MAC 2010.

Cikgu Roslie mengajar di sekolah ini.

Pendapat Cikgu Roslie tentang subjek Matematik.


Cikgu Roslie bin Ahmad ni rakan sekelas kami di 5E1 masa di SMSJ dulu. Masa Reunion 30 tahun hari tu pun, beliau turut sama hadir. Hari ini, Cikgu Roslie ialah seorang guru Matematik Tambahan di Sekolah Menengah Sains Seremban. Syabas dan tahniah, Cikgu Roslie! Teruskan usaha anda untuk mencurahkan ilmu  kepada pelajar-pelajar yang sentiasa mengharapkan kejayaan cemerlang dalam subjek yang mereka anggap paling susah ini. Saya pasti Cikgu Roslie tentunya dapat menukar persepsi pelajar-pelajar terhadap subjek ini ke arah yang lebih positif. Semoga segala usaha anda akan diberkati ALLAH, ameen...

Ahad, 21 Februari 2010

 
Malam ini aku entri mengenai seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu YB Dato Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian.
Untuk makluman YB Dato Ahmad Maslan bertanggungjawab terus kepada FELDA, iaitu majikan aku. Terus terang aku katakan aku mengenalinya tetapi YB tidak mengenali aku. Tapi tak apalah tu, apa yang aku nak ceritakan ialah YB Dato Ahmad Maslan adalah x SMSJ Kluang, Johor. Tapi aku tak pasti YB keluaran bila.
Aku rasa tentu ramai dikalangan kita mengenali YB Dato Ahmad Maslan lebih-lebih lagi kalangan kita yang berasal dari Pontian, Johor. Macam Kang Asri (PW) dan Bro Mohsin tentu mengenalinya. Bro Mohsin kalau nak suntik lagi projek Ternakan Kambing cuba-cubalah dengan YB Dato Ahmad Maslan.
Sedikit tentang Ahli Parlimen Pontian ini bersama FELDA, YB sudah sinonim dengan tradisinya menginap di rumah peneroka untuk menyelami kehidupan masyarakat di tanah rancangan dengan kata lain YB suka turun padang. YB juga melakukan aktiviti menginap di rumah peneroka di bulan Ramadan. YB berbuka puasa dan bersahur di rumah peneroka dan menyampaikan tazkirah selepas solat subuh di masjid rancangan tempat YB menginap. YB juga melawat kawasan tanah rancangan untuk menyelami dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka.
Sesungguhnya tradisi yang dibuat oleh YB Dato Ahmad Maslan akan mengeratkan hubungan  antara pemimpin dan peneroka.
Itulah seorang Ahli Politik yang boleh dikatakan telah berjaya yang mana menjadi pemimpin negara. Aku rasa YB Dato Ahmad Maslan masih muda lagi dan tidak keterlaluan aku katakan masa depan YB untuk menjadi Pemimpin nombor 1 negara adalah cerah. Pendek kata YB Dato Ahmad Maslan boleh menjadi PM Malaysia.
Aku berhenti dulu di sini cuma aku nak ceritakan ialah salah satu keluaran SMSJ Kluang, Johor yang boleh dibanggakan.
Oh ya, member-member yang sedang berjuang untuk membina surau SMSJ Kluang, Johor cuba-cuba membuat perundingan dengan YB Dato Ahmad Maslan untuk meminta bantuan atau peruntukan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sabtu, 20 Februari 2010

Ko Ko Masa di SMSJ


Assalamu'ailakummmmmmm.......!
Senyap jer rumah ni........
Aku pun sebenarnya lemas menengokkan rumah ni yang sunyi sepi sejak dua menjak ni. Aku rasa tuan rumahnya sebok sangat lagi, so aku saja-saja lah ziarah....hantar kuih sikit, sedap ke tidak tak tau lah yer..... teman bukan pandai sangat buat kuih jenis ni.....heheheeh....udah masuk bunyi Peghak la pulak yer!
Masa kat SMSJ ( ini cerita koko akulah yer...) rumah sukan aku...rumah purnama lah! Hidup Mr Paul!! hahahah. Aku ni bukan orang sport (pakwe aku yerlah!, tapi masa tu aku sakit hati jer kat dia sbb rumah dia ( rumah buana) selalu jadi juara...... Tapi bila dia dapat banyak medal emas masa hari sukan, dia bagilah kat aku satu ...sbb dia kesian aku tak dapat apa-apa medal pun! ( masuk march pass pun tak menang!) geram betul aku...naik hitam berkawat setiap petang!
Tapi dalam bab-bab pementasan.....haaa, rasanya aku jarang missed! Bukanlah jadi penyanyi pulak....suara aku tak merdu... tapi kalau koir ke, boria, tarian atau lakunan....haaa adalah muka aku ni menyelit sikit-sikit. Sebab tu tarian sumazau yg aku tarikan dengan kak Rahmah Sulaiman dan beberapa orang lagi tu, paling pakwe aku ingat....masa tulah dia kata dia nampak aku 'comel'! Mentang-mentanglah masa tu aku debab!!!
Pasukan beruniform yang aku masuk pulak, dari ting 1 hingga ting 3 , Pandu Puteri. Bila dah naik ting 4 hingga ting5 aku tukar pulak jadi Renjer Puteri. Tang ni bila masuk bab camping lah yang seronok sangat.......
Tapi aku rasa yang paling kau orang tak ingat ialah aku pernah masuk kelab Tae Kwan Do!!!! Hahaha...sampai lah jugak dapat calit kuning kat talipinggang!! Sebab apa aku masuk kelab tae kwan do tu?? Sbb penasihatnya ialah MR. PAULLLL !!!! hahahahaha

Udah lah yer...foto-foto kenangan tu dah habis di makan dek anai-anai kat kampung, kalau tidak boleh gak kita pakat tengok yer.....

Mukhlis...Mr Cool....

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK

Mukhlis Moyo

pada 20.2.2010
yang ke 49

SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Khamis, 18 Februari 2010

EDIBLE GARDEN JIMAT PERBELANJAAN HARIAN

Betul yang dikatakan Kang Asri (PW), nampaknya blog kita seperti sunyi sepi dan malap. Adakah ini kerana adminnya sedang sibuk berpindah, atau kita sibuk bercuti CNY, ataupun kita telah jemu? Semua itu terjawab oleh kita sendiri.
Tapi tidak apa malam ini aku cuba masukkan satu entri yang mana tidaklah hangat atau hebat kisahnya. Ini cuma kisah biasa saja, tidak ada kelebihannya.
Projek Edible Garden atau Taman Dapur yang dicetuskan oleh PM kita pada tahun 2008 ketika itu TPM untuk dipratikkan oleh masyarakat FELDA khususnya peneroka telah menimbulkan semangat cinta kepada bumi. Perubahan ketara sosio-ekonomi membabitkan peningkatan kuasa beli mendorong mengambil jalan mudah membeli sayur-sayuran berbanding situasi yang memaksa bermandi peluh bercucuk tanam bagi mengurangkan belanja dapur.
Memanafaatkan persikitaran halaman rumah dengan pelbagai jenis sayur-sayuran boleh mengurangkan perbelanjaan dapur kita disamping kita boleh mendapatkan bekalan sayur-sayuran yang segar. Kita tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak bagi menjayakan edible garden. Kita boleh menggunakan sisa tanah dari kilang pemprosesan kelapa sawit yang dipanggil Pome. Selain itu kita boleh menggunakan ranting kayu, buluh dan besi buruk yang dikitar semula untuk dibuat sokongan kepada sayur-sayuran jenis menjalar. Bagi menanam sayur-sayuran bukan jenis menjalar seperti cili, tomato, terung, sawi, kobis, bayam dan bendir boleh ditanam di dalam polibeg. Menanam di dalam polibeg kita akan mendapat hasil lebih baik iaitu buah yang lebih besar. Juga dengan menanam di dalam polibeg kita kurang menggunakan cangkul dan pratik dibuat bagi kita yang mengjadi penghuni rumah teres atau rumah pangsa. Bagi kita yang tinggal di rumah yang mempunyai kawasan seperti rumah kampung kita boleh menjalankan tanaman jenis menjalar dengan mempelbagaikan tanaman sayur-sayuran seperti kangkong, kacang, timun, petola, peria dan lain-lain. Kita tidak perlu memikirkan untuk menanam jenis sayur-sayuran begitu banyak dengan serentak. Kita boleh mengilirkan jenis tanaman kita itu.
Dengan menjalankan aktiviti edible garden bukan sahaja kita boleh merasa hasilnya akan tetapi kita juga boleh menambah saham akhirat kita dengan bersedekah kepada jiran-jiran kita.
Bagi aku walaupun tinggal di rumah teres aku telah melaksanakannya dengan menanam cili, bendir, terung, serai, pengaga, pandan dan terung di dalam pasu bunga dan polibeg disamping isteri aku menanan pokok-pokok bungan dan orkid. Okrid digantung dan di bawahnya boleh susun polibeg sayur. Aku telah buat ini sebelum PM kita cetuskannya lagi.
Aktiviti ini juga telah dilaksnakan di pejabat tempat kerja aku. Landscap pejabat aku disulami dengan polibag sayur-sayuran disamping menggekalkan tanaman asal iaitu pokok bunga.
Jika kita menjalankan aktiviti seperti ini kita akan merasa kepuasan kerana mendapat hasil dari usaha kita sendiri.
Rasanya aku berhenti di sini. Marilah kita sama-sama mencuba dengan aktiviti baru ini disamping kita meneruskan aktiviti tradisi kita seperti bersenam dan bereaksi.

Khamis, 11 Februari 2010

Peluang Pekerjaan / Job Vacancies

Sesiapa ada anak/anak sedara/menantu/sepupu/biras/dll. yang berminat nak memohon dipersilakan. Resume boleh diforwardkan ke: vestjb45@streamyx.com

Fresh graduate pun dipersilakan memohon.

We are pleased to inform that we are looking for a suitable candidate to be employed in E&C projects for the following positions:-

A) GUMUSUT KAKAP TOPSIDES - PMT


No. Positions Est. mob date Shortcomings

1 Piping Superintendent Mac 2010 - 2

2 Piping Supervisor Mac & April 2010 - 4

3 Mechanical Superintendent Mac & April 2010 - 3

4 Mechanical Supervisor Mac & April 2010 - 4

5 E&I Superintendent Mac & April 2010 - 2

6 E&I Supervisor Mac & April 2010 - 4

7 Structural Superintendent Mac 2010 - 1

B) GUMUSUT KAKAP HULL - CONSTRUCTION AID (FACILITIES/ LIFTING)

1 Structural Supervisor Mac 2010 - 3

C) GUMUSUT KAKAP - COST CONTROL SECTION

1 Access Programmer Mac 2010 - 1

D) GUMUSUT KAKAP - COMPLETION MANAGEMENT SYSTEM (CMS) TEAM

1 Mechanical Completion Engr February 2010 - 1

2 Instrument Completion Engr February 2010 - 1

E) TANGGA BARAT TOPSIDES - COMMISSIONNING TEAM

1 Mechanical Comm Engineer April 2010 - 1

2 Piping Comm Engineer April 2010 - 1

3 Instrument Comm Supervisor Mac & April 2010 - 3

4 Electrical Comm Supervisor Mac 2010 - 1

5 Piping Comm Supervisor Mac 2010 - 1

6 Rotating Comm Supervisor Mac 2010 - 1

F) KINABALU TOPSIDES - PMT

1 Structural Superintendent Mac & April 2010 - 3

2 Structural Supervisor Mac 2010 - 4

3 Mechanical Superintendent Mac 2010 - 1

4 Mechanical Supervisor Mac 2010 - 1

5 Piping Supervisor Mac 2010 - 3

6 Material Coordinator Mac & April 2010 - 2

7 Architectural Superintendent Mac 2010 - 2

8 Architectural Supervisor Mac 2010 - 2


As for the above requirement, our preferences are as follows:-

1) Local candidate, expatriate can be considered for engineer level and above

2) At least 4 years of working experience in oil and gas industry

Project:- GUMUSUT KAKAP (QA/QC team)

No Position Shortcoming Estimated mob date

1 Structural Inspector - 4 vacancies ASAP

2 Piping Inspector - 17 vacancies ASAP

3 E&I Inspector - 16 vacancies ASAP

4 Mechanical/HVAC Inspector - 17 vacancies TBA

5 Architectural Inspector - 4 vacancies TBA

Requirement: -

1) Local candidates

2) At least 4 years of involvement in oil and gas industry in related discipline (fresh graduate will not be entertained)

3) Hold CSWIP 3..1/PCN level II certificate for structural inspector post

Should you meet the above requirement, please feel free to deposit your resume/cv as soon as possible for our way forward. However, kindly take note that only shortlisted candidate will be notified thru email/phone.

All positions are based at Pasir Gudang, Johor fabrication yard.

Do not hesitate to contact us should you need further explanation on the above subject..

Thanks for your kind attention and truly sorry for the inconvenience caused.

Best regards,

Mohd Said Ahmad

Rabu, 10 Februari 2010

PINDAH KE RUMAH BARU

Pada hari Sabtu(13 FEB 2010) ni aku akan behijrah ke rumah baru di Sek 7 Shah Alam(Sama macam Usop jugak). Oleh itu aku akan mengadakan majlis doa selamat pada hari tsb. pada jam 2.45pm Dijemput kepada semua rakan2 SMSJ Batch 78 dan jugak yg. lain2 yg berkelapangan pada masa tsb untuk hadir bersama2. Alamat rumah baru seperti berikut:

No 107 Jalan Kristal 7/78 Seksyen 7 Shah Alam
Mohd Noor Hj Maaros

Sabtu, 6 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY, HAFIZAH

Salam semua. Sudah agak lama saya tidak menyumbangkan apa-apa entri untuk blog kita. Maaflah, bukan kerana tiada masa terluang atau atas sebab2 kesihatan... Saya semakin sihat walaupun tidaklah boleh sembuh 100%, namun ALLAH telah mengurniakan saya  keupayaan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. ALHAMDULILLAH.
Seperti yang tercatat dalam entri sebelum ini, hari ini adalah Hari Lahir Aliah  (5E2) dan Hafizah (5E1). Walaupun kita belum dapat menerima apa-apa kabar berita tentang Aliah, saya juga mendoakan agar Aliah sentiasa diberikan perlindungan Allah, diberkati selalu dan sihat wal'afiat hendaknya, Ameen. Happy Birthday, Aliah.
Tahun 6A SK Tengku Mariam (1973)
Baris belakang -no. 2 dari kanan ialah Hafizah.
Baris tengah- dari kanan no. 5 ialah Azie dan no.15 ialah saya. 

Mungkin ramai di antara rakan-rakan sekelian yang tidak mengetahui bahawa Hafizah adalah rakan sekelas saya sejak dari sekolah rendah lagi. Sek Keb. Tengku Mariam Batu Pahat merupakan tempat kami mula-mula mendapatkan ilmu pengetahuan sehinggalah di Tahun 6. Isteri Hj. Yahya Selamat (5E1), Azimah Ayub (Azie) juga adalah rakan sekelas kami pada ketika itu. Jangkamasa perkenalan yang panjang itu, akhirnya terputus sebentar selepas masing-masing meninggalkan SMSJ selepas SPM/MCE pada tahun 1978.Ketika kesihatan saya masih belum pulih dalam tahun 2009, Hafizah ada beberapa kali menelefon saya.         Akhirnya, pada hari Sabtu, 16 Januari yang lalu, setelah membuat tempahan untuk bermalam di homestaynya, kami telah dapat bertemu semula. Rupa-rupanya pada hari itu keluarganya mengadakan Majlis Pertunangan anak perempuannya. Langkah kanan lah kiranya kami sekeluarga. Di antara juadah hidangannya, Laksa Johor dan Agar-agar Cendol telah membuka selera saya. Sebab ianya hasil air tangan Hafizah. Sedap dan sungguh lazat...
Walaupun kami sempat berbual-bual dan berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing serta rakan dan saudara-mara Ha, namun kami terpaksa akur dengan situasi ketika itu. Tuan rumah lah katakan, sibuk dia melayan tetamu-tetamunya. Tak mengapa Ha, saya pasti akan datang dan bermalam di homestay yang sungguh selesa itu. Selagi anak saya belum selesai pengajiannya di UiTM Shah Alam, selagi itulah kita akan dapat terus bertemu, Insyallah.
Bersama Hafizah di hadapan rumahnya.


Untuk Hafizah serta keluarganya, ribuan terima kasih untuk segala-galanya dari kami suami isteri serta anak-anak. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Akan tetapi untuk hari ini,kami sekeluarga mengucapkan  HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAFIZAH...

Jumaat, 5 Februari 2010

ANGKARA MAKHLUK BERNAMA SYAITAN

Malam ini aku teringat kisah kehidupan kita semasa di SMSJ dahulu di mana selalu digembar-gemburkan dengan cerita-cerita hantu, pontianak dan penanggal. Macam-macam versi dapat didengar yang mana kata terlihat pontianak terbang, ada terlihat penanggal dengan perut terburai di tepi tingkap dan ada pula kehilangan duit sebab dicuri oleh toyol. Jadi di sini aku ingin berkongsi maklumat serba sedikit akan hal sebenarnya.
"Wahai anak-anak Adam, janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga,sambil ia memyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka!" - Surah al-A'raf 7:27)
Ayat di atas menunjukkan bahawa syaitan adalah makhluk yang hidup di alam ghaib dan manusia tidak dapat melihat mereka walaupun mereka dapat melihat manusia. tetapu kedu-dua makhluk yang hidup di kedua-dua alam yang berbeza ini boleh berkomunikasi dan berhubungan. Mereka boleh bertemu di satu alam, samada di alam manusia atau di alam syaitan (ghaib).
Apabila seseorang manusia dibawa mengembara atau di bawa masuk ke alam ghaib,dia akan dapat bertemu, berkomunikasi dan berhubung terus dengan semua makhluk syaitan tadi kerana berada di alam yang sama. Pada masa yang sama, dia juga akan hilang daripada pandangan manusia umum kerana berada di alam ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Hal ini pernah berlaku pada sesetengah manusia, dan apabila berlaku maka keadaan ini (mengikut kepercayaan Melayu) sebagai disembunyikan oleh orang bunian.
Para ulama mengatakan bahawa syaitan boleh menjelma ke alam nyata dan manusia boleh melihatnya. Oleh kerana syaitan tidak mempunyai bentuk yang khusus bagi menggambarkan identitinya yang sebenar, maka syaitan boleh menjelma dalam berbagai-bagai rupa dan bentuk yang disukainya. Di sinilah letaknya  perbezaan nama yang diberi kepada makhluk syaitan seperti toyol, pelesit, pontianak dan sebagainya.

(Petikan buku Islam dan Anda, oleh Abu Hassan Din al-Hafiz, DPB, 1995)

Rabu, 3 Februari 2010

MG @ Bandar Hilir, Melaka

Semalam (02/02/10) aku ada temu janji dengan Azman Rahman di Melaka. Sempat hubungi Hj. Sudin Md Dom & bertemu di Bandar Hilir, Melaka dok sembang2 sambil berbincang mengenai kerja.

Azman berbincang sesuatu mengenai produknya dengan Hj. Samsudin

Perbincangan selesai hampir awal pagi, aku terus balik JB manakala Azman overnite kat Melaka sebab ada kerja lagi nak selesaikan keesokannya.
Hj. Sudin pulak balik rumah dia kat Ayer Keroh - 10 tahun dah dok merantau ke Melaka dari JB.

Azman sibuk menerangkan bisnesnya kepada clientnya

Isnin, 1 Februari 2010

Pindah

Wah! Sunyi sepi rumah ni bila si Usop pindah sekolah dan pindah rumah.......
Sementara menunggu Usop seatle down dan keluarkan entri baru , aku buat jerlah entri yang entah apa-apa ni. Ni pun ada kena mengena dengan pindah...sejarah pindah randah aku.....

Kita mula dari aku mula kawin , lepas keluar maktab terus kawin, belum dapat posting mana-mana lagi. Pakwe aku masa tu kerja di MINT (dulu PUSPATI) sebelah UKM Bangi tu. So kami menyewa di Taman Mesra Kajang. Bila aku dapat posting, nun terpelanting ke Raub Pahang, Sek. Men Tengku Kudin. Aku menyewa bilik dekat dengan sekolah tu, so berulang alik lah aku Raub -Kajang sampai satu penggal. Aku buat rayuan untuk bertukar ke Selangor ( di Kementerian aku terjumpa dengan cikgu Rahman Molar). Di pendekkan cerita aku dapat tukar.... ke Sek. Men Bandar Baru Salak Tinggi, maka aku dan pakwe berpindah, menyewa di Salak Tinggi. 5 tahun di Salak Tinggi, kami beli rumah di Bandar Baru Bangi, aku minta tukar sekolah....dapat High School Kajang, kami berpindahlah pulak duduk di BBB....
Lepas tu tah apa gatalnya pakwe aku ni, dia mohon jadi pensyarah Fizik di UTM JB...dahlah kena pindah ke JB pulak. Kami menyewa di Tmn Sri Pulai, aku kena pindah mengajar di sek Men Kulai Besar, berulang -alik macam nak rak. Setahun je kat situ aku minta tukar ke JB, alhamdulillah dapat...sek men Tmn Tun Aminah ....itu bab sekolah, bab rumah pulak, kami beli pulak rumah kat Tmn Universiti, so kami berpindah pula ke Tmn Universiti Skudai lepas 2tahun menyewa di Sri Pulai.

Setahun lepas tu pulak, pakwe ni kena pi buat PhD kat UK...kenalah kami ikut, aku cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Di UK pun kami tak berenti pindah randah rumah sewa.... 3kali pindah, macam main-main je pindah randah ni....aku dah naik kalih dah.....

Bila balik semula ke M'sia, kami pun dgn bersemangat, renovate rumah, hias itu ini, beli bunga dan pasu banyak ...tut tut tut dia minta jadi fellow pulak..... pindahlah pulak kami duduk kat dalam kampus UTM di rumah Fellow kolej Tunku Canselor

3 tahun duduk kat dalam kampus UTM tu.....dia kata dia minta Prof kat UPSI. Senang duduk tengah-tengah nak berulang alik jengok emak ayahnya yg dah tua......maka berpindahlah kami.
Bagai nak gila aku mengemas, banyak barang yang di tinggalkan dan di sedekah kepada adik beradik dan kekawan, termasuklah bunga okid kesayangan aku yg pelbagai jenis (ada yg mahal2 tu) sebab lori dah tak muat ( lori besar pun tak muat!)

Maka duduklah di Tg Malim...tapi bab pindah ni belum tutup lagi! 2 tahun aku menyewa di no 11, jln segar 7, sebab tak tahan dapur sempit ( nak besarkan, rumah orang) so,kami beli rumah di no 2, jln segar 6...... Setelah siap di renovate, kami pun mendiami rumah kami sendiri kini........

Tapi aku tak jamin kami tak pindah lagi!!!!