Lagu-lagu kenangan

Sementara menunggu hati Bagio cair, aku buatkan jugak entri ini untuk menunaikan tanggung jawab yg di amanahkan oleh Usop iaitu minggu ini adalah giliran M2 untuk menghantar entri di blog ini. Aku tak pandai nak buat entri yang lawak atau yg ilmiah. Hanya bila mendengar lagu Uji Rashid yg Usop muatkan dalam blog ni , buat aku teringat beberapa lagu lagi yg menjadi pujaan kami semasa bersekolah di SMSJ dulu.
Oleh sebab aku ni budak M dah tentu lagu melayu yg mendominasi lagu-lagu pujaan aku. Masa tu selain lagu-lagu Uji Rashid, lagu J Mizan ( hari ini kau datang riang), DJDave ( maafkanlah ), Sharifah Aini, Rafeah Buang, M Nasir dgn Yunizar Hussin ( aku terbayang Bakyah meniru mimik muka yunizar bila nyanyi lagu ni) A. Razak ( rasa mcm ada pertalian saudara dgn Ha)...dan ramai lagi.
Bila masuk bab lagu Indonesia pulak, mestilah d'loyd ( lagu' ibarat air di daun keladi' tu lah), dan lagu 'widuri' ( yang cukup famous tu sampai Abg Jamaludin, head boy 1976 terkenal sbb selalu nyanyi lagu tu bila ada persembahan di dewan sekolah..)Bob Tutipuli, B. Marantika, Emillia Contessa...semua tu menyanyi lagu-lagu yang memberi nostalgia....
Lagu-lagu Inggeris...haa..yg ni budak-budak E lah yang expert...aku tau nyanyi sikit-sikit, tajuk tak tau, penyanyi yg aku ingat masa tu, Marie Osmand & Donny Osmand, Jackson 5, Diana Ross,
Carpenters....bila film Saturday Night fever mengaruk kat sini...lagilah tambah dengan ABBA, habis demam dengan lagu-lagu ni hehehe.... sebab tu bila sesekali dengar lagu-lagu lama ni, dia punya tusukan tu.....zuup...sampai ke jantung ( bak kata Zie....)
Cukuplah dulu ...nak masak pulak aku ni...heheheeh

Ulasan

pakroslan berkata…
Salam Fatimah,
masa tu byk lagu english di melayukan seperti "Kungfu Fighting" kepada "Pendekar Mustar". Agaknya siapa penyanyi lagu tu?
fati berkata…
Aku tak pasti lah ...bukan black dog bone ke...
DaliaLiyana berkata…
wah nak wat reunion ke?? since 1978?? wah...dalia dah lahir ke belum ek?? hehehe...
bong berkata…
kalau nak dengar lagu lama buka sinar fm semua lagu retro (tak tahan asik baca kau org punya komen) ni cuba2 le sikit ha..ha..ha..
pakroslan berkata…
Salam Fatimah,
Agaknya kenapa "Uji" tak kawin lg? Dia bukannya tak cantik.. Apa lg suara dia yg sedap. Rasanya peminat dia pun ramai kat sini...
bong berkata…
Bagio soalan itu nak tuju kat sapa nanti boleh putus sedara sorry aku menyampuk sikit
pakroslan berkata…
Bong...
aku boleh jawab kalau Bong bisa intro...
pakroslan berkata…
Mgkn pasal rambai Hail Amir dah putih tapi dia lupa rambut Hail Bagio masih macam dulu juga
fati berkata…
Eh....Hail Bagio ada rambut lagi ke...?
mrs jannuri berkata…
Mimbar, ngko ni tak senang tengok aku senang ye... Lengoh tak habis lagi lah dok layan anak-anak. Hari sabtu punya mengah tolong anak balik asrama tak okay lagi. Kesel betul.. Tengahari tadi jengok blog Fati, kita ada khabar kat dia kerana dek dah tua panjat tangga Kolej Ungku Omar yang tinggi sikit tu pun dah nyaris nak nak putus nafas, klau tak buat susah wak aje buat cpr siang buta..
pakroslan berkata…
Fatimah....Fatimah..
pakroslan berkata…
menyampah betul tenguk gambar mamat kat atas aku ni...
sha'ri berkata…
Lagu lama zaman kita dulu memang evergreen, lagu Uji Rashid lupa dah tapi kalau terdengar tu nostalgik
mohd tumiran berkata…
"uji" ...dulu dlm kls aku minat kat dia tapi mlg nasib ku ..dia menyampah kat aku.. aku mmendam rasa .. sbb aku dtg k SMSJ mmg diarah utk blajar..ingus pun masih mleleh , lagi pun cinta monyet tk payah nk layan sgt .. Aku btahu uji masa jumpa dia sblm 1213 dulu.. dia hya senyum msm... dia je yg fhm.. skrg smua dh brlalu... tinggal sjarah ... sj "usik" dia
salam g...
mrs jannuri berkata…
Sebenarnya Mimbar, semalam memang betul-betul tak de mood, penat layan anak-anak dan rumah walaupun memang our duty tak hilang lagi. Kat ofis lak boss baru, baru pulak balik dari maternity. You just imagine, how energetic dia, kita ni lak dah tua.

Entry Fati ni sebenarnya lebih mengingat kita pada suatu ketika dulu, waktu tu berat kita range 43 - 45kg aje, ini boleh dibayangkan ye, (jgn bayangkan wak buat cpr kat kita, tak de nya dia nak buat, dia mesti suruh spital buatlah.) figure time tu kena tanya wak lah.. La ni.. ya ampun, apek duduk sebelah pun tak sudi nak tengok, ntah camana nak kasi kecik badan.. Fati, you ade petua? share sikit... Ada satu mamat tu (bukan kekasih lama ye cikgu Besar..)suka nyanyikan kita lagu Allycats - sekuntum mawar merah sebuah puisi.. buat kita "high" seketika waktu tu, indah aje semuanya.

Wak memang boleh nyanyi, kita tahu tapi wak tak pernah nak mendendangkan kita.. nasib diri lah.
g berkata…
meremang bulu roma dengar uji rashid nyanyi manja semacam, sesuai benar dengan suara kontrol hansem hail amir dengan alunan muzik ala india nada dari awal hingga akhir gitu jer kot ahmad nawab dah guna mesin loop eh :p ?
fati berkata…
Mrs Jan, manalah apek sebelah nak jeling, takdak serupa amoi....hehehe. Laa...minta petua dgn teman? teman pun dah naik debab sejak dudok kat Tg Malim ni, kata pakwe pipi teman dah macam pau yik mun...hehehe. Cuba tanya dgn Iss...dia tu slim manjang dari anak dara sampai laa ni, tak berubah2, rasanya dia jarang makan nasi kot, makan tempe je....hehehe, jgn marah gurau ni.
pakroslan berkata…
Salam Faudziah,
ahmad nawab tu masih hidup lagi ke?
fati berkata…
Faudziah tak jawab, fatimah jelah jawab, haah..Ahmad Nawab tu masih hidup la....tak taulah larat lagi ke tiup saxsaphone ( betul ke ejaan aku ni?)
mrs jannuri berkata…
Mimbar, Jalan Semilang tu sebenarnya kat Taman kami. Tempe Banting dah rasa tapi you should try tauhu Banting plak. Kakak Sal duduk kat Kajang selalu dok order tauhu Banting ni kalau kami nak pi ziarah dia. Mak mertua kita pun ada talent buat tempe tau.

Kalau lah wak nyanyikan kita lagu Alleycats tu...
mrs jannuri berkata…
Fati..Fati... Fati tak nak rasa Tauhu Banting sama? Jalan-jalan lah ke Banting, nanti kita bekalkan untuk bawa balik Tanjong..
fati berkata…
Tak taulah Sal, bila kami boleh berjalan ke Banting tu...pakwe ni sebok manjang, sejak balik dari umrah, tak berenti dia dgn kerja...agaknya tu yg asma dia makin menjadi..stress kot. Hari anak pi UKM pun pi sendiri aje, kami tak hantar, ayahnya sebok dan fati ada yg kecik tu sekolah ...kena lah anak2 ni buat sendiri semua, ayahnya cuma bimbing aje...mau juga rasa tauhu banting tu yek...nntlah fati bodek pakwe ni...hehehe
mrs jannuri berkata…
Salam..

Kawan-kawan wak... datang lah, sudi-sudikan kerumah kami. Cuma kena beritahu dulu, macam appointment pulak ye, hari biasa selalunya ada kat rumah, cuma hujong minggu rutin kami melawat anak-anak sebelah petang.

Mimbar, awak pun sama, tak payah tunggu yang lain, Banting tu kan kawasan awak. Mampir lah, untuk ziarah ke atau dengan hajat sekalipun....asal saja bukan untuk sendiri, sentiasa dialu-alukan.

Buat G..
Wak mesti looking forward to see you. Boleh sembang lama. Wak kata G pandai matematik, ada ajar dia kat sekolah dulu.
kembara kelana berkata…
sal
gee tak dibenar kan datang tanpa aku..sebab akulah body guard dia sekarang...kan gee kan..wak saja citer macam tu, nak tarik pelanggan tu..
mrs jannuri berkata…
G..
Tengok tu apa cikgu Besar tulis... Kalau you bayar gaji dia untuk jadi bodyguard tu.. my advise is to check at least dia punya muscle.. Boleh ke dia jadi pelindung you.. karang asyik cari ilham nak menulis you terabai pulak. Rugi aje...
asri berkata…
Bila terdengar lagu2 lama ni selalu 'in touch' dengan SMSJ. Banyak kenangan manis dan pahit yang kita alami di sana. Bagus Sop kau bahagikan lagu dalam dua aliran Melayu dan Inggeris. Macam sekolah dua medium pulak. Ingat D'Lyod tak Sop? Band dari Indon masa tu famous. Aku ingat liriknya tapi lupa nama band tersebut. Antara liriknya

Ku punya kekasih yang sayang pada diri ku,
Dan tak mungkin lagi aku menyayangi dirimu,
Maafkan daku,
Maafkan daku,

Itu lah antara lirik lagu yang aku ingat. Nostalgic Sop lagu tu.
abuyusof berkata…
ada tak sapa-sapa antara kalian yang tertinggal tshirt sekerat dekat arau.. sila ke blog saya..

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI