Ahad, 28 September 2014

Taksonomi Cinta - Level of Love


SMSJ78

 
Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Salam Kasih Sayang

Terutama batch 1978 yang dikasihi, Sajohan yang di hormati dan pembaca yang disayangi

Bersambung kembali...

Aku mulakan dengan doa agar semua berada di dalam kebahgiaan dan keselamatan, dijauhi dari segala mara bahaya dan mala petaka, semoga semua gembira selalu, sebagaimana gembiranya hatiku ini kerana semua kawan kawan kini telah boleh bersembang dengan penuh mesra dan gurau senda. Sehingga kita sentiasa berhubung antara satu sama lain dengan pelbagai group dalam Whatsapp, telegram, FB dan lain lain. Blog ni kira macam dah ketinggalan... 

Walau bagaiamana pun Blog kelihatan agak lebih ekslusif..lebih puas membaca, lebih puas menulisnya dan lebih puas diulang baca jika kita boring boring. Lagi pun blog ni sudah berusia 6 tahun...sayang untuk aku stop dan jika tidak update...Pak Google kita akan tamatkan perkhidmatannya.

Ada yang bertanya...kenapa pilih perkataan taksonomi...apa tu...tak faham lah. Disini bukan lah aku bertujuan menunjuk ajar...aku ni sapalah sangat...budak nakal dari Muo...yang terpencil. Perkataan ini dari bahasa inggeris taxonomy. Macam level atau aras..Warga pendidik sangat fimiliar dengan Blooms Taxonomy, kalau bukan warga pendidik bolehlah Google tengok...Dalam ilmu pengetahuan ini aras paling rendah ialah tahu, kemudian faham, kemudian boleh analisis, dan level seterusnya boleh sintesis serta akhir sekali boleh membuat penilaian...sekarang terbaharu boleh create something new...

Dalam emosi...ada Doktor pakar meletakan tiga level...paling teruk ...pasrah...kemudian tenggelam timbul dan paling baik ialah emosi yang sedar diri.

Dalam kasih sayang pula, dalam kitab kuning, kitab jawi lama, ahli yang arif..meletakkan level rasa kecintaan ini kepada 7 peringkat...mula dengan kasih...kemudian sayang....kemudian rindu, bila sudah terlalu rindu ia akan bertukar kepada dendam. Jika masih berterusan ianya bertukar kepada cinta, akhirnya mabuk dan ending nya...atau level paling tinggi dalam rasa kecintaan ialah gila. Tak payah lah aku huraikan satu persatu pulak makna kata level rasa itu...tu carilah sendiri...hehehe....( bukannya apa...nanti panjang sangat...)

Ringkasnya...taksonomi Perasaan ....ialah   kasih-sayang-rindu-dendam-cinta-mabuk-gila

Berbalik kisah kita 4 kelas bersaudara. 5M1, 5M2, 5E1, 5E2...tentu ada rasa kecintaan antara kita...tentu ada antara kita  yang mempunyai rasa yang indah bila dapat berkawan...tak cukup dengan group, kita personal massage kat dia...tak cukup dengan tu, kita ziarah rumah dia...malah tak cukup lagi, kita hello dia bertanya khabar dan sentiasa mengikuti perkembangan kawan kita. Malah ada yang membuat open house masa raya macam Azida...Macam Latifah..Macam aku...cehwah...tapi tak ada orang datang...hahaha

 
 Bong Zaidi, Isterinya Halimaton dan Kak Long..datang menziarahi rumah aku

Contohnya...aku berkawan dengan Jamel....Bong...Norsyam Yusof...Maha,...Membar...Roslan...(sekadar menyebut beberapa nama...) dan aku juga berkawan dengan fatie, azida, ogy, Bibah, Latifah, dan Saadiah ( juga sekadar menyebut beberapa nama) dan sebagainya...aku sangat menghormati kawan kawan aku sebab aku membesar bersama mereka dan aku kenali diri mereka kekadang melebihi saudaraku sendiri. Aku pernah kerumah mereka, mengenali anak isteri dan suami mereka malah aku kekadang sanggup tidur dirumah mereka....maka level aku berkawan , perasaan aku terhadap mereka penuh dengan kasih sayang...( level dua ) tetapi tidaklah sampai rindu dendam...  

Pertama kali jumpa Saadiah dan Keluaranya selepas 30 tahun
Saadiah datang rumah aku di Rompin
Syed Mohamad sahabat kita yang menukar haluan hidupnya kepada Ijazah AlQuran dan Sunnah dan Masters Syariah,(kalau salah betulkan Syed...) budak kelas 5M1, ada memberikan hujahnya pada raya ke 4 itu hari...

sop...Nikmat tuhan yang paling besar di dunia ini ialah nikmat Iman dan Islam...itu diberikan kepada orang Mukmin sahaja. Nikmat kedua besar ialah Silaturahim sesama islam...( itu pun untuk orang islam sahaja ) Nikmat ke3 besar barulah menyeluruh untuk semua manusia..iaitu iaitu nikmat kesihatan. 

Didalam alQuran menurut Syed Mohamad, Allah berfirman..maksudnya... walau pun kamu dapat mengumpul semua manusia di dunia ini, tetapi kamu tidak akan dapat menyatukan hati hati mereka. Yang  hanya mapu berbuat demikian hanyalah Allah sahaja ..

Justeru itu apabila kita berhasrat utk reuniuon...kemudian kita dapat berkumpul...dapat bertaut kembali, bersahabat kembali, bersilaturahim semasa kita...sebenarnya, hati hati kita telah ditautkan oleh Allah...maka hormatilah...hargailah...dan jangan lah kita bina sengketa baru antara kita....Jaga lah hati dan perasaan kawan kita itu....cehwah...macam ustaz le pulak aku ni

Sungguh begitu, pertemuan kita yang akhir akhir ini semakin banyak ruang untuk menjelaskan dengan lebih cerah watak kita yang sebenar. Jiwa kita, kekuatan kita, kelemahan kita, keluarga kita dan kedudukan kita...sesama kita. 

Wah...rupanya ada lagi antara kita yang masih bujang....tak kawin kawin!...( ada peluang nih..hehehehe) ada juga yang telah kematian suami...ada yang ibu tunggal dan ada juga yang duda...anak satu..

Tidak kurang yang ada yang telah bercucu berderet deret..ada yang baru dapat cucu (aku lah tu...hehehehe) ada yang sedang menguruskan bakal menantu...dan sebagainya...maklumlah masing masing dah berumur 35 tahun ...eh...53 tahun...hahahahaha
Rosnah dan Fatimah...2008 lepas reunion...

kawan sekelas yang masih belum aku dapat jumpa 

Lantaran pendedahan, pencerahan serta peluang yang semakin terbuka luas, ikhlasnya aku berpesan kepada diri aku sendiri...semoga kita terus ikhlas dan jujur dalam menjalin ikatan persahabatn agar kita tidak melewati garisan adat dan syarak...suci hati dan kawal lah apa yang patut...( tak kan budak nakal Muo ni nak nasihat pengawas pulak....hahahahahaha

Ok...Harap aku dapat jelaskan makna kata taksonomi tu pada yang bertanya...dan harap kita terus bersahabat..dengan tidak melebarkan jurang antara kita...Kawan aliran Inggeris atau budak M boleh berkawan dengan kawan dengan budak M...tanpa ada rasa macam macam...Aku hello ragu, aku pm KC, aku hello Norsyam Yusof...semua ok...no problem...Harap budak M tidak lagi rasa rendah diri sangat dan budak E pula tidak lah sentiasa berkawan dengan rakan di dalam kepompongnya sahaja. Sesiapa yang membina gap....dia mempunyai modal sosial yang kecil. Dan paling dukacita...dia tidak dapat menikmati Nikmat Pemberian Allah yang terbesar dalam hidup ini

Disebalik itu akhirnya...jangan lah pulak membuat aksi terlampau...ungkit balik kisah lama yang bernada duka tu...kisah cinta tak sampai lah...kisah...cinta tak berbalas....hahahahaha ni bahaya...

Mujur aku tak ada awek masa Sekolah Sains...selamat lah aku....hahahahaha..kalau ada pun tak siapa tau, so keadaan masih selamat....hahahahaha....( boleh percaya ke? hihihihii...)

Gurau saja...jangan marah

Akan datang aku nak jawab kenapa budak lelaki jadi nakal? Supaya gegirls ni tau...dan faham...Jumpa lagi