Jumaat, 26 September 2014

Taksonomi Cinta - Sweet 17

SMSJ78

Assalammualaikum
Salam Sejahtera
Salam Perpaduan

Kawan kawan batch 78 khasnya dan Sajohan amnya juga pembaca yang mengunjungi blog ini. Ketemu lagi. Masih dalam Taksonomi Cinta. Kali ini tajuknya Sweet 17.

Sebelum aku mula bicara tajuk ini, aku mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan menghulurkan ungkapan kubra...Alhamdulillah.. kepada rakan kita yang telah mendapat panggilan Ilahi untuk menunaikan fardu Haji. Smeoga rakan kita dan keluarganya selamat pergi, selamat mengerjakan dan selamat kembali. Sehat tubuh badan, cergas pemikiran, dipermudahkan segala pekerjaan yang boleh disifatkan sebagai fisabillilah. Berikan tumpuan dan fokus agar mendapat haji yang mabrur. Bagi batch kita tahun ini yang aku tahu ialah Zubaidah Ahmad 5M1 serta suaminya. Bagi batch 77 kak ima dari JB ( cikgu juga ) yang telah pun berlepas. Yang tidak aku ketahui yang terdiri dari sajohan...juga didoakan hal yang sama

Juga kepada kawan kita yang dilanda sakit, semoga cepat sembuh, yang sibuk kerja ..jangan lah stress sangat, yang merawat, menjaga  keluarga yang sakit...semoga diberikan kesabaran dan didoakan semoga semua yang tidak sehat tu....kembali sehat seperti sedia kala agar dapat memudahkan kita beramal ibadah kerana Allah Taala

Ok, berbalik kepada Siri Taksonomi Cinta - Sweet 17

1978, umur kita mencapai 17 tahun. Bagi lelaki, mula kelihatan kelelakiannya, yang kurus kering sudah bertubuh sasa, yang rendah sudah semakin tinggi, badan dah berketul dan kelihatan berotot. Dada bidang dan otot keras dan menegang disana sini, Badan kita kelihatan cantik seperti atlit sukan. Boleh kata hampir semua kecuali yang tidak aktif sukan. Gaya rambut juga canggih, belah tengah , sikat kebelakang, ada yang menggunakan minyak rambut yang pekat dan likat agar rambut kita tidak bergerak walaupun ditiup angin. Aku masih ingat yang berkaca mata semua menggunakan cermin mata John Denver, yang bulat dan jenama Alga. Memang trendy dan kacak...tak caya tengok gambar dibawah...

Bagi kawan kita yang perempuan...telah sempurna pertumbuhan dan kematangan tubuh badannya, ketinggian nya ( dlm sains kata perempuan sempurna pertumbuhan nya pada umur 16 tahun...) dan yang paling menarik ...kecantikannya...sangat berbeza pada umur 13 tahun dahulu. Dulu dengan rambut pendek ala lelaki....masa tingkatan satu...sekarang bila 17 tahun, dah mula berambut panjang, bertocang dua dan sentiasa tersenyum manis. Senyuman diberi pada semua orang...tetapi senior yang kebanyakannya merebut peluang.....

 Kelas aku agak malang...kami cuma ada 4 kuntum bunga....Zubaidah , Orkid dari Parit Jawa, Muar, latifah, Mawar berduri dari Kluang, Saadiah, bunga ros dari JB dan Rosnah...Cempaka, Tanjung, Melur dari Parit Sulong...( amboi sampai rosnah...dua tiga kuntum bunga...untuknya...hahahahaha...saja mengusik...)

 
 5M1
Kelas paling Low Profil..
Rosnah, Zubaidah, Latifah, Saadiah ...hanya 4 kuntum bunga di kelas kami

Bagi kelas 5M2, memang ramai dan merupakan kelas yang mempunyai bunga yang teramai sekali. Untunglah geng lelaki kelas 5M2, mereka dapat menatap setiap hari kembang setaman..yang indah dan menarik...Bibah..yang putih meletak, Fauziah yang amat manis senyumannya, Jamaliah yang genit dan pemalu, Fatie yang sering tersenyum....Alimah...Issmala, Roziah.....Aini...( sekadar menyebut beberapa nama ) Memang meriah....sentiasa bergelak ketawa dan bergurau senda...Itu pun kumbang 5M2 tak nampak bunga di taman sendiri..hehehehehe...memang poyo


5M2, 
Meriah dan Hebat
tengok...betapa meriahnya taman bunga mereka...14 kuntum....memang kumbang 5M2, cukup gembira dan aksen...hahahahahaha

Kelas 5E1 juga hebat, Yang lelaki begitu bergaya dan geng perempuannya pun kelihatan begitu manis dan cantik sekali..Amoi...satu satunya amoi....Ee We Wan...sekarang menjadi cikgu di Singapore...kelihatan begitu manis...satu satunya sekuntum bunga cina dalam batch kami...E Wee Wan masih macam dulu...friendly dan selalu pm dengan aku kalau aku menyapanya di FB...moga dapat jumpa satu ketika nanti.


5E1.... Manis...dan kacak

Lihat pula di bawah..kelas 5E2, ada 5 kuntum bunga yang mekar berkembang. Azida, Norlela Md Shah, Norida,  ( dua lagi yang pakai tudung tu...sorri tak ingat nama...azida tolong ....lupa ) juga begitu manis dan rupawan sekali.... Geng lelaki nya pula smart dan kacak kacak....(yang aku tak jumpa sampai sekarang ialah Rosli Jalil, berdiri belakang sekali...kedua akhir dari kiri ) Geng 5E2 ni pon serupalah dengan kita semua..pemalu

 5E2 - Smart and...Sweet

(Dari 4 keping gambar itu, memudahkan pembaca mengimbas kembali, flash back. Apabila membaca entri ini.)

Selepas 40 tahun kita berkenalan, kita menerima suratan takdir kita seadanya, kita bersyukur pada apa yang kita miliki, semoga diberikan pahala apa yang kita berikan dan semoga diberkati apa yang ada pada kita. Itu asasnya. Itu pasti

Memang sudah suratan takdir, kita terpisah dan berpisah oleh suasana. Mula dari tingkatan satu..kita tidak tau dimana kawan sekelas kita yang perempuan tu tinggal..bila pindah ke Kluang...mereka di bangunan hadapan kita tetapi....memang kita berjumpa semula tetapi kita terkejut bila digabungkan dengan batch 77 yang sangat ramai, kemudian masuk pula batch 75...yang jauh lebih besar dan berusia dari kita...

Lantaran itu kita menjadi kecil, terpencil, takut dan tidak menonjol...kemudian ditambah pula warden memperkenalkan public canning, makan rokok jika merokok, lempang sepak dan terajang bagi kesalahan disiplin...di asrama putra....menjadikan hati kita geng lelaki ni menjadi sangat takut untuk berkawan dengan geng perempuan. Takut ditangkap dimalukan dan diejek....Paling takut kita digantung atau dibuang sekolah. 

Malu adalah siksaan yang amat berat pada masa itu.

Menjawab sindiran kawan kita yang perempuan baru baru ni

...itulah...dulu sombong...
itulah dulu tak nak kawan....

aku bagi pihak lelaki ingin menjawab disini...bukan kami tak nak kawan, bukan kami sombong, tapi kebanyakan kita orang ni orang susah, anak kampung, kami cukup takut dimalukan , digantung atau di dibuang sekolah oleh cikgu....kalau kami tersilap langkah...sebab masa itu, cikgu terlalu sensitif dan menganggap cara brutal itu saja dapat menyelesaikan masalah.

Lagi dalam kelas pun kami tak berapa berani...ni kan pulak nak mengusik anak dara kelas lain? Apatah lagi nak menyatakan hasrat nak berkawan ke kelas aliran lain? Semasa M1 pun takut takut dan tak berapa berani, ni kan pula nak mengorat anak dara dari M2? apatah lagi E1, atau E2....lagilah .......

Memang kami takut.

Takut dimalukan...takut dikesan....takut.....tidak diterima hahahahaha

Apapun semua ada hikmahnya, sweet 17 atau bunga yang berkembang di usia 17 tahun pada tahun 1978 itu...kami cuma sempat pandang tetapi tak sempat singgah bertandang bertanya khabar. Kita terselamat dari bahana kepanasan api asmara cinta remaja yang kejam dan tidak bertimbang rasa itu. Rata ratanya kita batch 1961...adalah batch yang suka memandang, menjeling berdiam diri sambil mengunyah cewing gum dan makan kacang....Batch paling low profile dalam sajohan.

Meski pun begitu dalam diam diam rupanya memang ada antara kita saling menjeling dan menaruh harapan pada sweet 17 tu....Jelingannya hanya di dalam hati, harapannya tidak pernah terluahkan hanya mekar dalam gelap. Maka kisahnya itu..terus menjadi misteri sehingga ke akhir hayatnya....kesian dia..hahahahaha

Nasib kau lah labu....hahahahahaha kata P Ramlee

Jumpa lagi dalam tajuk lain pula....








3 ulasan:

kembara kelana berkata...

Komen jgn tak komen

kembara kelana berkata...

Aliah husin..norleha md salleh...kelas 5e2..aliah dan norleha ada di jb kalau x silap...sori lupa nama

fati berkata...

Norleha dan suaminya juga dah pi ke tanah haram tahun ini utk mengerjakan haji