Taksonomi Cinta : Putus sudah harapanku



Menjelang tahun 1979 aku menerima satu tamparan yang paling hebat dalam hidupku. Usia baru menjejak 18 tahun, aku di keluarkan dari SMSJ dan diminta meneruskan pelajaran di Muar disekolah biasa. Namaku di hantar ke SDAD, Sek Datuk Seri Amar Di Raja. Aku tidak lagi dapat menyakinkan pentadbiran SMSJ pada masa itu sebagai seorang pelajar yang baik dan berguna. Aku di lihat berpontensi lulus sahaja dan kemungkinan besar berpotensi menjadi pemimpin pelajar yang membangkang dan mempengaruhi orang lain. AKu tanya kenapa, mereka kata awak tak layak bersekolah sini, aku kata...saya ditawarkan ke form six disini, bukan itu tanda saya layak dan mereka kata aku melanggar disiplin. Masa bila? aku tanya...awak orang pertama membotakkan kepala tanda protes kepada guru pada tahun 1976 dan dan tahun berikutnya berbelas belas orang membotakkan kepalanya,..awaklah yang pengaruh ni...sumpah cikgu,...demi allah saya tak ada pun suruh atau mempengaruhi mereka....dan kalau saya salah kerana membotakkan kepala tahun 76 kenapa saya tak dihukum masa tu, kenapa tunggu tahun ni...cikgu tolonglah cikgu, saya berjanji akan menjaga tingkahlaku dan belajar sungguh sungguh cikgu...dulu dah lepas....

Awak tak layak sekolah sini...Awak balik, kemas barang awak dan balik kampung hari ini jugak....esok saya tak mahu tengok muka awak...katanya tegas.

suasana diam..cikgu tu tak mau cakap apa apa lagi dan aku tunggu sekejab,

cikgu tolonglah....
diam....
cikgu.....

.banyak lagi dailognya....aku pun dah lupa...bersama aku ialah kawan 5m2, Jamil Sien. Diapun menerima nasib yang sama dengan ku.

saya kata balik, baliklah...herdiknya

kemudian aku balik kekelas, tanpa berkata sepatah perkataan...kemudian aku mengemas barang dalam kelasku, buku dan lainnya...buku teks aku letak atas meja, Kertas dan alat tulis aku ambil dan bersalam dengan kawan kawan yang duduk berhampiran dengan aku, aku ingat lagi aku bersalam dengan Yusof Ahmad, Zaid Jais, Januri dan beberapa orang lagi. AKu berhenti sebentar tengok kawan kawan dari belakang kelas,....aku masih ingat...masa tulah M1 dan M2 kali pertama bergabung dalam satu kelas...aku baru nak bermesra dengan geng m2, baik lelaki maupun geng perempuan....dan itulah lontaran pandanganku yang terakhir dalam kelas tingkatan 6 rendah 1979.

Aku balik kebilik...aku mengemas dan memasukkan barang dalam bag dan waktu itu semua kawan kawan ada di kelas masing masing...pagi dan belum berehat lagi..

Awak tak layak sekolah sini...Awak balik, kemas barang awak dan balik kampung hari ini jugak....esok saya tak mahu tengok muka awak..

Kata kata itu tengiang ngiang dalam gegendang telingaku....sambil mengemas tanpa aku sedari airmataku mengalir...,mengenang wajah tua ibuku dan bapaku yang akan menyambutku...

Awak tak layak sekolah sini...Awak balik, kemas barang awak dan balik kampung hari ini jugak....esok saya tak mahu tengok muka awak..

Aku terus mengemas dan mengemas dan mengemas dan selepas selesai aku duduk sebentar di atas katilku, kedua tangan di atas peha, aku membongkok menongkat dahi dan memejamkan mataku....putus sudah harapanku...aku datang dgn penuh harapan dan bercita cita menjadi top ten dalam STP...aku nak masuk U dan mendapat degree...Ya Allah.....aku menangis kesaorangan, sampai hati betul cikgu, aku menyesal kerana tidak berkelakuan elok semasa di bumi bertuah ini, aku berasa amat kesal kerana begini natijah aku di SMSJ, bumi bertuah ini. Suasana sunyi di asrama...amat memilukan hatiku, aku melemparkan pandanganku keruang bilikku...selamat tinggal kawan kawan...aku mengangkat bagku dan mula mengatur langkah. Lemah longlai rasanya kakiku, bumi ku pijak rasa penuh duri dan onak, sebelum ramai tahu dan bertanya eloklah aku belah....kepada anak anak dan adik adik yang berada di asrama penuh...belajarlah dan jangan sampai tersingkir...macam pak cik

Awak tak layak sekolah sini...Awak balik, kemas barang awak dan balik kampung hari ini jugak....esok saya tak mahu tengok muka awak..

Kata kata itu terus bermain di kotak mindaku, aku turuni tangga penghubung blok A dan B dan aku atur kaki ku satu demi satu...kemudian aku sampai di depan bilik rehat blok B dan aku berenti...aku pusing dan melemparkan pandangan terakhirku di dua blok SMSJ yang telah membesarkan aku selama 5 tahun lebih. Aku terus melangkah...

Awak tak layak sekolah sini...Awak balik, kemas barang awak dan balik kampung hari ini jugak....esok saya tak mahu tengok muka awak.

.AKu lintas jalan yang menempatkan dataran tempat aku berhimpun di depan dewan makan...aku berhenti sekali lagi dan memusingkan badanku dihadapan dewan...disitulah aku makan dan minum selama 5 tahun...aku sampai di hadapan asrama putri berhampiran tangki air dan pondok jaga...aku bersalam dengan pak cik jaga dan tukang kebun di situ...mereka bertanya...nak kemana....aku cakap...aku kena sekolah dikampung, aku tak layak sekolah sini...pak cik jaga india dan tukang kebun melayu tu diam dan tak bertanya lagi....dari situ aku nampak kelas form 6 aku di bangunan tepi pagar atas sekali sebelah kiri...di tingkap, aku lihat beberapa kawanku memanggil nama dan melambai lambai tangan pada ku...lambaian perpisahan untukku kerana mereka tahu aku tak akan datang lagi ke bumi bertuah ini dan pepisahan ini pepisahan yang panjang....

Selepas melambai aku...terus mendaki bukit dan jalan dengan tidak menoleh kebelakang lagi...aku balik kekampung dengan pelbagai soalan...apa aku nak cakap dengan abah dan emak., macaman aku daftar sekolah baru ni...apa aku nak buat ni...siapa kawan kawan aku disana?

Aku pergi dengan titisan air mata kerana putusnya harapanku untuk bersekolah di bumi bertuah ini..

Aku seperti hilang pedoman, aku rasa amat terhina, aku rasa insan terbuang, aku rasa amat malu, aku rasa sangat tidak berguna...aku rasa aku kena pukul knock out aku rasa pedih dan pilu....aku rasa amat dukacita dan amat pedih .

Awak tak layak sekolah sini...Awak balik, kemas barang awak dan balik kampung hari ini jugak....esok saya tak mahu tengok muka awak..

ungkapan yang aku ingat sampai puluhan tahun lamanya.......

Fikiran ku melayang layang dan pada petangnya....lebih kurang pukul 2 petang...aku sampai di rumah....mak aku pun bertanya..

Sambung...

Dua hajatku tak kesampaian...
Pertama aku nak cemerlang dlm stp...dan masuk U.
Kedua aku berhajat meluahkan perasaanku pd  sidia bila aku kluar nanti 1980....yg aku sayang pd nya...Perasaan yg pendam sekian lama...

Maka...
Ohhhh....Putus sudah harapanku.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum

Saya amat sedih bila membaca kisah ini. Betapa beratnya impak satu perlakuan yg tidak dijangka...hanya membotakkan kepala boleh mempengaruhi masa depan kita. Kalaulah KK tau apa yg akan berlaku, pasti KK tidak berbuat begitu. Adakah cikgu tu kejam menghukum KK begitu? Saya rasa YA...dan maruah sudah tercalar. macamana nak pusing jam?
Tanpa Nama berkata…
tumpang simpati... tp biase le budak2 sllnya nakal, sekolah pulak ada praturan... mau tk mau kena la patuh. tk gitu abg kk??
AHI berkata…
Sop, aku masih baca.
Tanpa Nama berkata…
Tak pa lah Sop. Benda dah berlaku. Harap-harap insiden begini tak berlaku keatas anak-cucu kau. Moga-moga dgn bimbingan kau, mereka lebih sukses dari kita semua.
kembara kelana berkata…
anony, perasaan itu adalah pada masa itu dan ketika itu . Bukan masa sekarang dan ketika ini. Itulah akibatnya kalau nakal...walaupun pada ketika itu aku tak dapat terima,. tetapi peristiwa itulah mendorong aku menjadi aku seperti sekarang....
kembara kelana berkata…
AHI...kau memang steady...dan jadi bermotivasi utk menulis kerana kesudian ko membaca li, nanti kalau aku turun melaka, aku call ko...kita minum teh
kembara kelana berkata…
adzar
setiap dari kita ada bahgiannya masing masing...aku ok jer...so far...sederhana aje bang
kembara kelana berkata…
anony II
peraturan memang perlu dipatuhi, aku jarang kena hukum masa di sekolah, taklah sekerap kawan aku yang lain, barangkali kelicikan aku tu menyebabkan mereka rasa aku perlu dikuarkan...ok jer...malah aku di black sheepkan utk mendisiplinkan orang lain sebenarnya...besar sumbangan aku tu...hahahaha....[ nak berlagak lagi tu...]
Tanpa Nama berkata…
Teruskan bercerita.
asri berkata…
Mereka menggunakan kuasa yang ada ikut kehendak mereka sahaja. Mereka guna gaya pentadbiran kuku besi. Kata anak2 aku stail komunis.Orang lain tak boleh pertikaikan. Kalau sekarang kita dah fight kat court Sop.

Peringatan untuk kita mentadbir dan memimpin Sop. Cg tu memang banggang Sop. Aku rasa kalau kita berhujah dengan dia mesti menanggis habis sekarang. Aku tahu Sop cg tu dan dia ada fahaman lain masa tu.Ada juga geng aku yang teranyanya kerananya.
kembara kelana berkata…
tak perlah wak...sudah menjadi sejarah dan hikmahnya aku menjadi macam aku sekarang...tuhan maha penyayang...aku kini menjadi pentadbir sekolah dan aku memandang semua murid dan guru ku dengan penuh kasih sayang bukan dengan kebencian . feedback is a breakfast for the champion...mekasih wak..ko memang tau bab tu sebab kita pernah bincangkannya malam tu...dinginnya kampung ko wak...aku rasa macam duduk kampong aku...bila nak datang sini wak
asri berkata…
Sabar Usop, Insya'Allah aku akan sampai.

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI