Taksonomi CInta : Cinta yang lara
Assalammmualaikum
Salam Sayang Satu Batch
Salam Sajohan
Salam sejahtera untuk pembaca blog
Ini juga entri lama...telah dipostkan dulu. Tetapi ketika itu tsunami Facebook melanda. Blog tak mendapat sambutan...namun aku terus menulis...dan menulis walaupun tiada yang membacanya. Kini tsunami Whasapp dan telegram pulak melanda, Fb mula menjadi pilihan kedua lepas wasup. Whasapp dapat merangkaikan blog dan blog dapat dibaca dengan mudah dengan sekali klik pada link itu....jadi blog ni kini mula dibaca semula. Catatan dari blog menunjukkan setiap entri yang aku post kini mendapat 50-75 pembaca...kira oklah tu...tak kiralah sesaorang tu baca banyak kali pun.
Bukan nya apa...bila aku menulis atau lain lain author menulis, dan ada orang membaca rasa hilang letih menulis tu...hehehehe...tapi tak paksa yer...sapa ada kelapangan bacalah...
Ini kisah sebuah cinta lara yang melanda budak sekolah sains menurut persepsi dan andaian aku sahaja...kalau salah...minta maaf. Dan kebanyakkannya aku menyelami perasaan aku sendiri...silakan
Masa berlalu, musim berubah, turut berubah bersama aku ialah pemikiran dan emosiku juga, bukan fizikal sahaja. Walau dalam situasi yang amat rigid, keras dan amat terkawal...namun semua itu tidak dapat menyekat dimana pandangan mataku akan jatuh...dimana perasaanku akan berlabuh. Aku memang seorang pemerhati yang hebat...kononya hehehehee...( tak malu puji diri sendiri...) Aku memang mempunyai kekuatan tersendiri melalui pandangan mata dan perdengaran di telinga. Emosiku berkembang dengan pesatnya. Aku seperti remaja lain mengembangkan emosi dengan amat terkawal. Terkawal oleh malu yang amat sangat dan adat resam yang amat ketat. Kalau ada rasa cinta kasih hendak berputik. Rasa cinta dan kasih itu, aku benam sejauh mungkin di lipatan hati, di tasik pauh janggi, di tujuh petala bumi layaknya. Bukan aku saja, begitu juga sahabatku yang lain dan abang dan adikku di bumi bertuah itu.
Cinta yang terbetik hanyalah sebuah cinta lara. Rasa kasih yang tercetus hanyalah satu penyiksaan yang panjang dan ketika menanggungnya lantai yang dipijak terasa berduri. Ketika itu....Bila aku memandang...pandangan aku kekadang kalau mencuri pandang ke arah sidia yang ayu dan manis, menjelingku, jelingan penuh makna, senyumanku senyum penuh harap....namun hanya tuhan sahaja yang tau. dia tidak pernah tau..aku sangat suka padanya.....dia tidak pernah tau aku hampa sendirian..kerana emosi ku berkembang dalam gelap dan kasihku membara dalam gulita......Cinta yang hanya muncul dalam sebuah angan angan kosong yang tidak bertepi dan amat menyedihkan. Malah ada beberapa wajah dan nama masih terlekat di sanubari dan hati kecilku. Aku terluka sendirian, tiada rawatan dan luka itu teramat dalam rupanya. Namun episod cinta yang lara itu terus menjadi rahsia diriku seorang diri sehingga kini. Di bumi ini cinta kasihku berputik hanya untuk diketahui oleh diriku sahaja.
Aku berasa kagum melihat abang senior dapat bersembang dengan putri di bumi bertuah ini. Aku memang amat amat respect jika aku ketahui, cinta dan kasih kawanku mendapat sambutan positif dari rakan di blok asrama putri sana. Aku sentiasa terfikir bagaimana mereka mendapat sambutan? Aku menjadi kagum sendirian.
Oh rupanya bukan aku saja...ramai...ada abang seniorku mendapat 10A dalam LCE hanya kerana desakan positif dari cintanya yang lara. Ada juga yang kecundang dalam peperiksaan kerana asakan cinta lara yang tidak terbalas menggasaknya ke satu sudut yang amat sempit dan ke jurang sedih yang amat dalam.
Kisah cinta tidak sampai, cinta yang lara, cinta sendirian di bumi bertuah rupanya satu koleksi yang amat tinggi nilai perkongsiannya bila kami bersama dalam MG dan reunion. Dan kisah itu menjadi kenangan manis dan pahit untuk kita bersapa.
Ya Allah....rupanya bukan aku sorang....yang begitu...ramai lagi....hehehehehehe, senior ada, junior pun ada. Nasiblah...tapi tu semua asam garam untuk kita menjadi dewasa.
Dan kini kita sudah dewasa.
Alhamdulillah...

Ulasan