Rabu, 1 Oktober 2014

Taksonomi Cinta - Kasihnya Ibu



 Emak......


Assalamualaikum
Salam sayang satu batch
Salam Perpaduan

Selamat hari raya aidil adha

Hari ini hati aku sentap, aku re post entri lama aku dengan sedikit ubah suai....
Aku minta maaf kalau mengganggu...dengan tulisan dalam blog ini. Tak paksa pun. Tak baca pun tak ape..
Aku tulis untuk tiga hari berturut sebab lepas ni aku kena bercuti...disebabkan hari raya,,dan meeting. Aku masih lagi berlegar tentang kasih sayang rindu dendam cinta...juga,,,cuma kali ini tentang kasihnya ibu. Of cozlah mak aku...sebab aku tak dapatlah nak bercerita tentang emak orang lain.

Kasih sayang yang kita terima adalah satu pengalaman yang indah dan penuh bermakna. Indah kerana apa yang kita kehendaki dan inginkan selalunya dituruti atau ditolak secara halus dan lembut. Bermakna pula adalah kerana segala-galanya seolah tiada halangan dan gurisan luka di hati dan perasaan. Namun adakah semua orang menikmati nilai nilai yang indah dan bermakna ini? Sudah tentu tidak, kerana setiap orang seolah ada ada ketentuan dan takdirnya masing masing.

Kasih seorang ibu amat mengesan jiwaku...Kasih nya sangat indah dan penuh bermakna...tapi..ibuku telah pergi buat selamanya, aku telah kehilangan sesuatu yang amat berharga....iaitu doa seorang ibu....

40 tahun lalu kita pernah bersama di bawah satu bumbung yang bernama SMSJ. Sebenarnya kita ni...pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar yang hauskan kasih sayang. Sedang kita di dalam kasih sayang ibu bapa kita telah berpisah....kita tinggalkan gedung kasih sayang ibubapa dan keluarga. Kita telah merantau mengalas seribu harapan. Harapan emak abah, keluarga, sekolah, bangsa agama dan negara...Harapan yang kekadang amat membebankan tubuh kita yang kecil dan kurus tu...

Kita terpaksa belajar menyembunyikan perasaan dan masalah kita. Kita sembunyikan kehausan dan dahaganya kita pada air kasih sayang dengan ketawa dan bergurau senda . Perasaan kita yang sebenar kita benam sedalam mungkin, apa yang kita harapkan ialah tunjuk ajar dan pedoman dari loco de parantis [ penjaga sementara ] yang ada di SMSJ. Kita dambakan ilmu dan kasih mesra, abang, kakak, ibu dan ayah. Atau sekurang kurangnya senyum dan bertanya khabar.

Aku tak pernah menerima pertanyaan cikgu..

"usop, awak apa khabar? sehat? ada masalah? "

Tak ada seorang pun cikgu bertanya aku sepanjang aku di SMSJ kecuali ustaz Ismail. Kami kaum lelaki masih terkenang ustaz Ismail, loco de parantis kami di asrama SSI. Lemah lembut, senyum dan membelai kami dengan penuh kasih sayang. UstazSemoga Ustaz dalam kebahgiaan dunia dan akhirat.

Bukanlah aku ni tidak bersyukur...namun sebagai insan yang lemah kekadang terasa juga perit dan perih bila aku lihat... ada kawan kita yang bernasib baik, rumahnya dekat, saudaranya berada datang bertandang bertanya khabar bila hujung minggu dan hari hari biasa. Penggumuman demi penggumuman oleh pengawas yang bertugas dengan pembesar suara memanggil nama ke bilik rehat amat mencemburukan aku dan kawan kawan yang tinggal jauh dan dari keluarga yang tak berkemampuan.

Keluargaku , emak, abah....memang tidak pernah datang menjengukku di Sekolah Sains. Mereka susah, emak dan abah tak ada kenderaan, hanya ada basikal untuk abah ke laut atau ke kedai. Aku memang tidak mengharapkan pun tetapi satu hari...masa bercuti panjang tingkatan 3 aku ada juga merungut dengan emak..

Mak tak pernah nak tengok usop kat kluang..kawan kawan lain ada juga emak bapak dia datang tengok...
Iyerlah iyerlah nanti mak pergi....kata emakku

Tiba tiba....tanpa aku sangka...semasa tingkatan 4, ibuku datang, lepas makan tengahari. Namaku dipanggil kebilik rehat. Aku terkejut. Aku berlari turun ke biklik rehat...memang betul mak datang

Mak membawa  goreng pisang....
Mak tersenyum dan memberikan kepada aku bungkusan goreng pisang ..aku mengambil dan terus makan.
Mak melihat aku makan sambil mengesat peluhnya....
Mak tak makan dia hanya melihat saja...
Kemudian mak berkata dengan ringkas,

Sop..mak tak leh lama ni, mak nak kena balik dan kejar bas.  Nanti tak sampai rumah..
Yerlah....kataku

Mak terus bangun dan memberikan aku not RM sepuluh ringgit

Belajo rajin rajin, jangan banyak main...dengar cakap cikgu

Aku cuma menggangguk . Aku masih ingat lagi...wajahnya yang masih berpeluh sebab berjalan kaki dari jalan besar, menaiki bukit dan sampai ke asrama. Mak kata lagi..

Kita orang susah sop, mak nak datang sini, jenuh bertanya, bas mana bas mana... mak takut sesat. Mak tak ada duit nak, hanya cukup cukup nak tambang balik ke muar,..

Mak mula menangis dan kelopak matanya merah. Kemudian mak berpaling sambil mengesat airmatanya dengan bajunya. Mak berpusing dan memulakan langkah nya untuk berjalan balik. Aku tergamam dan berlari mengejar mak, aku cium tangan mak dan mohon ampun maaf. Aku cakap,

Mak...mak tak yahlah datang tengok usop kat sini, jauh..sian mak...usop ok, kawan kawan semua baik, cikgu pun baik, makanan banyak dan sedap. Nanti cuti usop balik sendiri.

Mak gosok kepala aku dan menangis. Mak berkata dengan lembut...dan bibirnya terketar ketar

Apa nak buat nak...kita orang susah.

Aku melihat mak aku berjalan meninggalkan asrama hingga mak hilang dari bukit yang berselekoh itu. Aku belari ke bilik air...aku basuh muka aku banyak banyak sebab malu kalau ada kawan kawan tau aku menangis. Aku bercakap sorang diri...kenapa lah aku merunggut dan macam memaksa mak datang ke Sek Sain.....aku menyesal menyusahkan emak...tapi...mak datang dari jauh, naik bas turun bas, semata mata rindu dan kasih sayang pada aku....oh makkkkkk............aku menjerit sekuat hati.....dalam hatiku. Aku menangis sambil melihat mukakan dalam cermin....dan selepas itu aku balik kebilik. Di dalam hatiku...aku rela mak dan abah tak datang...tak apa...sebab bila mereka datang...mereka menjadi lebih susah lagi dan aku memarahi diriku kerana menyusahkan mak..makkkkkkkk................makkkk............hati aku sering terbayang wajah mak...selepas itu.

Itulah kali pertama dan terakhir emak datang menziarahi aku di Sekolah Sains. Kesukaran emak datang dari Muo ke Kluang dengan bas sambung sambung...amat mengesankan. Aku menjadi sangat insaf. Emak cuba juga menggembirakan aku walau pun aku ....walaupun aku...walau pun aku

hu waaaa...................hu waaaaaaa...................

Sedih beb....tak boleh habis nulis....ko orang sambunglah sendiri.....huhuhuhuhuhu...

Sambung nanti....

( Selamat Hari Raya Aidil Adha...)






18 ulasan:

fati berkata...

Sebak aku baca entri ni...agaknya rasa sedih aku tak habis lagi kot.....hehehehe
Sop, aku dulu pun macam kau jugak.Mak aku pergi SMSJ bila hantar aku balik dan ambik aku balik cuti penggal aje. Kalau cuti lain samada aku balik sendiri dgn bas atau train...tu yg menumpang habis kat rumah kekawan....masa aku form 4, dapat anugerah subjek cemerlang SRP pun takde siapa yg datang tengok....
Agaknya sebab tu jiwa aku jadi keras kot, tak pandai nak pamerkan kasih sayang.....

Citera Alam berkata...

Kome ni buat teman sedih bila teringat cerita dulu tu . Teman pun gitu juger , orang susah . Masa kat asrama , memang depa tak jenguk pun , hantar wang guna register ajer , itupun sikit . Tapi teman tak pernah rasa kesal , yang penting depa sayang pada kita .

hafizah berkata...

Terharunye saya. Saya tak dapat bayangkan perasaan ibu awak tu. Tapi lihat, berkat doa ibu awak, awak jadi seorang yg baik di sisiNya. Alhamdulillah, tidak sia2 susah payah ibu awak.

kembara kelana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kembara kelana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kembara kelana berkata...

alimah
aku takpernah minta mak aku datang, tetapi dia datang juga sebab rindu pada aku kerana cuti yang sebelum tu aku port kat rumah sukur atan kota tinggi...jadi dia terpanggil untuk mnejengguk aku...adakah aku selamat ke, apa ke, mak aku tu, tak tau membaca dan menulis jadi memang dia susah nak sampai ke smsj...tapi dia sampai juga...dan jumpa sekejab terus nak balik sebab sedih...aku lepas tu lari ke bilik air basuh muka takut kawan kawan aku nampak aku menangis...kini kau jadi ibu alimah...kau taulah perasaan mak aku tu macamana bila anaknya jauh dan lama tak balik...

bong berkata...

Sop masa mak kau datang kau dah 'brutal' ke belum.Apa pun aku ikut sedih.Kita kebanyakannya sama je

pakroslan berkata...

Salam Bong,
rasanya kau paling beruntung pasal org tua kau selalu datang sekolah dan bukan saja jumpa kau tapi jumpa guru besar sekali...
kalau usop susah nak jumpa warden, kaulah satu2nya pelajar yg selalu warden nak jumpa...
kau mesti byk bersyukor bong..

bong berkata...

Bag, tema kasih pada bapak aku kerana datang ke SMSJ tapi dalam situasi yang berbeza dengan Usop. Itu ceter sekolah dan ceter hitam dalam hidup aku.
Aku selalu jumpa warden pun kerana menjadi mangsa kekawan. Tu kisah aku dengan Landak

kembara kelana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kembara kelana berkata...

roslan
aku tadi cadang nak ke tempat kau, tidur dan esok baru balik ke muadzam tapi ada jemputan pulak kat sini, makan makan. nanti minggu depan kut.

lan
masa sekolah dulu, zaidi lebih rapat dengan kau dari aku sebab zaidi ni muncul sekali sekala je kat kelas M1, geng dia shamsul dan kau, jadi kau lebih banyak tau bab si zaidi ni, aku tak ingat dia selalu ke bilik warden...apahal lan?

pakroslan berkata...

Salam Sop,
bukan kau aja, yg lain pun aku jemput datang rumah aku kalau nak mandi ke. Bawak satu family tuk tidur pun tak pe..
Kisah bong tu, aku kena minta izin dia dulu. lucu banget pak...

bong berkata...

Sop dan Bagio aku lupa nama kakak angkat yang tak jadi tu. Tapi aku rasa kg dia line Usop juga.

kembara kelana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mrs jannuri berkata...

Salam kepada semua teman-teman..

kisah lama yang akan disimpan rapi dan kalau dapat tak mahu nak ingat pasal sedeyyyy.

Cikgu besar,
Rasa cinta dan kasih seorang ibu... so tak salahkan kalau saya berpendirian dan meletakan ibu itu no 1, ibu mertua sangat istimewa dan diwaktu yang sama suami yang paling utama.

Tanpa Nama berkata...

sedey.... trharu. aku syg mak aku....

kembara kelana berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kembara kelana berkata...

entri semula...maaflah cerita lama..