PENGISIAN AIDIL FITRI DI RANCANGAN FELDA
Bacaan Tahlil Beramai-ramai di tanah perkuburan Hari ini adalah hari raya ke 11 aku rasa aku nak cerita suasana pagi hari raya di Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak, Muadzam Shah, Pahang. Bagi Usop dan Bagio tempat tu tak asing kerana Usop pernah mengajar di Felda Gugusan Keratong dan Bagio pula dulu pernah jadi Pengurus Risda Ulu Keratong 3 dan sekarang hampir ladangnya. Begitu juga s enior kita Abd Raup Husin dan Nazar Yasin mereka pernah mengajar di Gugusan Keratong. Aku pula tak pernah bekerja di situ tapi aku menjadi menantu kepada salah seorang peneroka Felda Keratong 1. Sebab itu aku berhari raya di sana. Bagi kawan-kawan yang sedang menjalankan amalan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal teruskan kerana ganjarannya seperti kita berpuasa 1 tahun. Aku akan habiskan puasa aku pada hari esok. Sebelum memulakan solat sunat Idul Fitri Timbalan Pengerusi J/Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) telah membuat pengumu man iaitu Badan Khairat Kematian dan Badan Masjid Rancangan seperti tahun...