Madutiga - En Jamil Part 10

Semasa kita kecil kita selalu diberi tau supaya jangan jadi seperti ayam... bertelor sebiji riuh sekampung.. Secara logic telur tidak mempunyai apa2 nilai dalam hidup kita dan telor selalu diperlekehkan. Jika kita telusuri telor... Kadang2 kita terpisah antara 2 darjat kerana telor. Jika kita ingat zaman sekolah kita, kita boleh bezakan antara maggi kari biasa dgn maggi kari yg ada telur.. Maggi kari telur tetap menjadi idaman kita walaupun maggi itu direbus dalam baldi atau gayung mandi kita..

Untuk yg merantau atau yg masih bujang, telor telah diolah sebagai lauk yg bermacam seperti direbus,digoreng, masakan sambal atau kicap tapi ianya tetap telur. Jangan lupa pada telur masin dan telur pindang. Begitu telur mata kerbau atau telur mata buaya.. Kenapa banyak resepi kueh2 memisahkan putih dan kuning telur dalam adunan mereka?. Cuba bayangkan kita simpan 10 biji telur rebus semasa solat idul fitri dan jika ada pendatang myanmar minta derma... kasi aja telur rebus tu kerana kita tak tau duit yg kita dermakan digunakan untuk apa... Bagaimana jika duit derma itu dibelinya arak atau dadah? Atau digunakan untuk kawin lagi dan lagi dan lagi....

Dari segi kekuatan...lelaki tercabar bila lawannya berkata ” kau tak de telor”..Dari segi ilmu hitam atau santet juga telur dijadikan perantara..Suami2 sanggup minum telor mentah campur madu dan istri pula cari jamu campur telur mentah demi kekuatan tenaga batin dan awet muda. Kueh hari raya akan hilang nikmatnya tanpa telur yg cukup. Dulu abg aku cakap kalau makan telor rebus, aku cuma blh makan yg kuning aja pasal yg kuning tu ayam dan yg putih tu bulu ayam.. pasal tu setiap kali makan telor rebus mesti aku kasi yg putih pada dia... rupanya aku tertipu..Anih bukan?

Kita tentu ingat, kulit telur jadi penutup pokok lidah buaya atau lidah jin supaya bahagian tajam pokok tersebut tidak tercucuk mata anak mereka. Orang tua kita cukup kreatif dlm penggunaan telur. Bayangkan sebulan dapor kita tak ade telor... Dulu semua tetamu perkawinan diberi telur bila nak pulang tapi budaya ini telah hilang dan digantikan dgn gula2 atau kueh. Dulu semasa kita kecil kita betul2 mengharapkan telur org kawin dari orang tua kita dan kita sanggup bergaduh adik beradik demi sebiji telur.Tapi pada hari ini mungkin yg ada cuma bunga telur didepan pelamin. Mungkinkah perkawinan pada hari ini menjadi pincang kerana tiada telor?... Tepok lah telur dan tanya selera...

Ulasan

kembara kelana berkata…
aku suka makan telur mata kerbau, atau telur dadar dgn sup
mohdkhirmatnor berkata…
jangan menggatal nanti kena baling telor tembelang.
aku tambah cerita telor sebab lan tak sebut.
mohdkhirmatnor berkata…
apasal ayam bertelor, kerbau dapat nama. penat lah bertelor.
kang ada orang bertelor kat dahi ya Usop.
pakroslan berkata…
Salam Mohdkhir,
apa maksud ayam bertelor n kerbau dapat nama? Aku tulis pasal tak tau nak buat apa..
hafizah berkata…
Ha'ah, lepas baca entry awak ni, memang betullah, banyak faedah telur tu. Ala2 pokok kelapa, semua boleh guna. Kulit telur pun boleh guna macam awak kata, kat hujung daun lidah buaya. Kekadang kulit yg dilubangkan macam tu, mak saya cuci, dah tu isi agar2. Nak makan agar2 tu, kopek macam nak makan telur rebus, Ada pulak masyarakat vietnam guna kulit telur buat lukisan.
Saya pun tak boleh bayangkan dapur saya tak de telur. Semua dalam rumah ni suka telur. Ari ni pun buka puasa nak buat roti cepur telur.
Kalau gitu memang patutlah ayam berkokok bila bertelur. Penting telur tu!!!
pakroslan berkata…
Salam Mimbar dan usop,
Entri ni cuma jawab soalan fatimah yg kenapa perempuan selalu dikaitkan dgn ayam. Semoga perkahwinan anak dia ada telor.
Salam Hafizah,
saya tak pernah dgr agar2 dlm telor tp Indiana Jones - dia masukkan Orytes(Kumbang Tanduk) dlm telor..
fati berkata…
PakRoslan...lamanya baru dok dapat jawapannya....
Insya Allah , di perkahwinan anak aku nanti ada telor..telor pindang yg dibuat telor pahar je. Tetamu, aku tak bagi telor,(sebab kau orang mesti dah ada telor...kat rumah) aku bagi kuih aje...hehehehe.
mohdkhirmatnor berkata…
Apa pun Lan terima kasih kerana ada cerita pasal telor ni.
Aku pun heran kenapa Usop sebut suka makan telor mata kerbau, kenapa tak telor mata ayam.
Aku pun provok juga.Kalau tak takda entri.
Anyway tahniah Lan.
Fati,
Telor ayam Tanjung Malim lain rasanya!.
bong berkata…
Bag aku sokong Fati cakap memang betul kau orang (kita le)mesti dah ada telur nasib baik ada sambung ...kat rumah kalau tidak aku nak ceritakan
pakroslan berkata…
Salam Semua,
Apa kata kali ni perkahwinan anak fatimah, kita cuma kasi telor aja sebagai perganti salam kokot atau hadiah.. Yg penting ikhlas..
mrs jannuri berkata…
Fati.. kita tak kisah kalau Fati tak nak bagi telor kat diorang masa kenduri sok pasal diorang pun dah ada kat umah, tapi Sal nak jugalah telur pindang tu, kita suka banget..

Manalah tau kita dapat datang.. telur pindang tu untuk kita satu ye...
Azida berkata…
Salam. Lan, nampaknya Ha kena buatkan kita agar-agar dalam kelongsong telur tu... Mesti sedapkan...
fati berkata…
Pakroslan, kalau mau bagi teloq sebagai salam kokot, bagi teloq ayam kampung ek...boleh teman buat bahulu atau makan dengan madu....
Sal, no problem punya, kita bagi kat Sal telor pindang tu satu, yg penting ...datang....heheheh
Noorsham berkata…
Fati,

Saya nak juga telur pindang tu...tp 2 biji sbb kalau 1 biji tak cukup lah..
Tanpa Nama berkata…
Sapa tahu kisah pak negro datang malaysia nak beli telur masin (telur asin). salah satu kisah telur yang sangat menarik.
pakroslan berkata…
Salam Azida,
untuk org yg gemok mcm saya apa2 pun sedap untuk dimakan..apalagi yg memasaknya org yg saya tak begitu rapat macam awak...
Azida berkata…
Hahaha... awak gemok ke...? Tak gemok kut... besar sikit aje...
Nak makan masakan saya... boleh, nanti datang rumah ye...

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI