Rabu, 30 September 2009

PENGISIAN AIDIL FITRI DI RANCANGAN FELDA


Bacaan Tahlil Beramai-ramai di tanah perkuburan

Hari ini adalah hari raya ke 11 aku rasa aku nak cerita suasana pagi hari raya di Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak, Muadzam Shah, Pahang.
Bagi Usop dan Bagio tempat tu tak asing kerana Usop pernah mengajar di Felda Gugusan Keratong dan Bagio pula dulu pernah jadi Pengurus Risda Ulu Keratong 3 dan sekarang hampir ladangnya. Begitu juga s
enior kita Abd Raup Husin dan Nazar Yasin mereka pernah mengajar di Gugusan Keratong. Aku pula tak pernah bekerja di situ tapi aku menjadi menantu kepada salah seorang peneroka Felda Keratong 1. Sebab itu aku berhari raya di sana.
Bagi kawan-kawan yang sedang menjalankan amalan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal teruskan kerana ganjarannya seperti kita berpuasa 1 tahun. Aku akan habiskan puasa aku pada hari esok.
Sebelum memulakan solat sunat Idul Fitri Timbalan Pengerusi J/Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) telah membuat pengumuman iaitu Badan Khairat Kematian dan Badan Masjid Rancangan seperti tahun-tahun yang lepas akan menggadakan majlis tahlil perdana di tanah perkuburan selepas solat sunat Idul Fitri. Kesemua jemaah dipersilakan ke tanah perkuburan untuk menjayakan majlis tahlil berkenaan.
Aku bersama isteriku, anak-anakku, ibu mertuku, ipar-iparku dan ahli jemaah lain telah pergi untuk sama-sama membaca tahlil seperti yang telah diatur.
Selepas selesai membaca tahlil aku dan jemaah lain yang ada ahli keluarga yang dikebumikan di situ menziarahi perkuburan ahli keluarga masing-masing.
Aku bersama isteri, anak-anak, ibu mertua dan ipar-ipar ku menziarahi perkuburan bapa mertua ku dan abang isteri ku yang perkuburannya bersebelahan. Manakala perkuburan anak kepada adik ipar ku di sebelah bawah. Ini bermakna terdapat 3 orang ahli keluarga isteriku menjadi ahli kubur di situ.

Yang aku nak beritahu di sini adalah suasana tahlil beramai-ramai selepas solat sunat Idul Fitri tidak pernah dilakukan di kampungku sendiri. Di kampungku masing-masing menziarahi pusara bersendirian tidak seperti di tanah rancangan Felda.
Begitulah suasana masayarakat di tanah rancangan senang diaturkan. Mereka akan mengikut apa yang telah dirancang oleh Pengurusan Felda dan senang dibuat berunding.
Apa pendapat Cikgu Yusop Mohamad yang pernah berkhidmat di FELDA.




Suasana ahli keluarga simati menziarahi perkuburan

1 ulasan:

pakroslan berkata...

Salam Bung,
perbezaan kat kampung aku, tahlil dibuat selepas subuh dan lepas tu makan juadah hari raya yg di hantar oleh orang kampung. Lepas makan terus takbir hari raya. Bezanya dulu juadah dihantar dgn dulang tapi sekarang dah gunakan mangkok tingkat.Disitulah aku bertemu bini aku...