Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Landak mula menulis

Imej
Salam Sejahtera untuk semua dari...LANDAK. Sepatutnya 2 minggu lepas dah mula posting, malangnya komputer buat hal. Kemudian balik kampung, signal Braodband tidak berapa kuat, maka terpaksalah tunggu hingga hari ini untuk mula posting. Seterusnya, untuk lebih terperinci. Nama seperti yang ramai telah sedia maklum, Abu Hashim bin Hassan dari Segamat. Bertugas di TNB, mulanya di Port Dickson sehingga 1983, Johor Bahru sehingga Dis 2008, dan ditukarkan ke Bangsar Jan 2009. Kini bertugas di Pusat Kawalan Wilayah Selatan sebagai Pembantu Kawalan Sistem. Masih lagi seorang isteri. Anak dari kiri, Tingkatan 5, baru mula bekerja Jun 2009, baru masuk Kolej Kominiti Segamat 2 Jan 2009. Isteri adalah surirumah sepenuh masa. Keluarga menetap di Segamat, manakala saya terpaksalah menetap di Kerinchi bersama rakan-rakan. Ada beberapa rakan telah menghubungi saya seperti Kamisan, Rozie , Jamil, Azhari. Pernah jumpa Kamisan di Segamat beberapa tahun yang lepas. Cukup dulu. Lain kali sambung lagi.

MG @ Syioknyer Mancing

Imej
Esa Kahar teruja dapat t-shirt SAJOHA "Eeee... besarnya udang tu" Manalah perginya semua udang-udang ni? Hadiah yang menanti pemenang Alimor tekun melihat cara bagaimana umpan dipasang oleh Efy Sembang dulu sebelum mula Short training oleh Efy Mandrem udang sebelum mula memancing Mana nak dapat banyak udang , asyik sembang aje ... Pemancing pertama naikkan udang Johan memancing Sameha (80), Alimor (77), Said (78), Shamshul (78) Khairudin (77) Yani, Sukimin (78), Md. Nor (78), Member (78), Esa (78), Zainudin (78), Sha'ri (78) Semua gambar lengkap boleh diperolehi di Facebook.

Ke Temerloh

Imej
Salam, Hari ini kami ke Temerloh melawat anak pempuan aku seorang . Nurul Aiman sambut hari lahirnya ke 15 semalam. Kami meraikannya di sekolah dia hari ni. Itu saja yang mampu buat masa ini. Kami tolong baiki polio geo dan sejarah dia. Dari kiri isteriku Norain, aku, anakku no 4 Aiman dan anakku no 5 Sufi. Jurugambar anakku no 2 Hidayat.Tiada d gambar. Hidayat balik kolej dia di Seremban isnin ni. Minggu lepas kami ke Kedah dan Pulau Pinang. Anakku yang sulong Khalil balik awal lagi ke UiTM Pulai Pinang. Dia ni org kuat. Jadinya balik lewat ke rumah. Awal balik ke asrama!. No 3 Hafiz balik tengah2 cuti kerana ada kelas tambahan anjuran sekolah. Terima kasih atas jemputan ke MG tu. Mesej melalui sms dan telefon aku terima. Terima kasih kerana masih ingat kat aku. Aku memang frust kerana tak dapat joint.Kat pejabat memanjang sibuk. Nak celok pun susah. Tak sampai hati pun ya jugak.

Mancing, mancing, mancing!

Imej
Kehadiran di kolam mancing Syioknyer Mancing setakat ni Said 78 dan Sameha 80 Alimor 77 Khairudin 77 Sha'ri 78 Zainudin 78 Shamsul 78 Md. Nor 78 Mimbar 78 Setakat pemenang yang dah confirm ialah Gajah bila dia menjadi pemancing pertama yang dapat naikkan udang.

turn 5e2...masukkan entri anda...kami nak dengar

semoga kawan kawan 5e2, dr rahman , pn azida, datuk said, dlll[ sekadar sebut beberapa nama ] berilah sumbang idea, pengalaman dengan post new entry pada blog kita...namun dari kelas lain pun kalau ada kelapangan ....silakan tiada sekatan.

Gigit Lidah

Aku ajar diri aku satu perkara penting hari ini. Gigit lidah. Untuk jaga mulut dan tapis kendiri daripada berkata dan melakukan perkara yang buat aku menyesal kemudian hari. Ceritanya begini. Jam 8.30 pagi aku sudah berada di bilik mesyuarat fakulti untuk viva 2 pelajar sarjana senior kawan aku satu kelas 25 tahun dulu. Seorang pada jam 9 seorang lagi jam 10.30 pagi. Penolong pendaftar tegur, hari ini aku maraton 2 student viva sekali. Aku ambil masa 3 dan lebih 5 tahun mendidik setiap seorang menyiapkan tesis. Memberi tusyen peribadi balik ke peringkat dasar tentang teori bidang kajian dan segala bagainya yang telah ditinggalkan lebih dua dekat hingga kepada analisis dan terjemahan data dan yang paling sakit adalah untuk melatih mereka menulis penulisan saintifik akademik. Hari ini viva baru semalam datang jumpa aku tunjuk power point rumusan pembentangan kajian. Malam pula dihujani dengan SMS dan emel minta tolong buatkan pembetulan. Dalam hati aku kata, banyak cantik makcik stude...

Jangan lupa MG di Saujana Puchong 27 Jun 2009

Imej
Mini Gathering semua batch alumni SMSJ akan diadakan di kolam memancing Syioknyer Mancing yang terletak di No. 85 Jalan SP3/1 Saujana Puchong . Pada yang nak memancing atau nak tengok-tengok member-member lain memancing sambil berborak-borak bolehlah lepak kat kedai tu. Tapi pada mereka yang rasa nak berkumpul kat tempat yang lebih selesa bolehlah ke restoran berhampiran - sepelaung aje. Ada 2 restoran Cina kat belakang kedai memancing ni dan ada 2 restoran mamak - Sri Fairus dan As Subuh. Restoran Melayu ada sebuah iaitu Malee Saujana dan ada juga restoran bakso. Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu) Masa: 9 malam - 11 malam Lokasi Wi-fi Kat kolam udang akan disediakan perkhidmatan wi-fi. Tapi speed dia taklah laju sangat sebab guna 3G. Kat kedai mamak tupun ada. Kalau kat Sri Fairus tu dia siap sediakan power point di setiap meja pelanggan untuk kita boleh gunakan notebook. Aku rasa kat sini sesuai untuk dijadikan port untuk bersembang. Pertandingan Terbuka kepada semua. Dalam satu-satu...

Alam remaja (Pt. 2)

Salam. Aku nak smbung citer hari tu. Selepas dpt periksa no 25/28 pada peperiksaan pertama aku di SMSJ, aku pun berazam nak tingkatkan usahalah dlm pelajaran..sebab bila balik rumah mak bapak aku pun sound juga apasal no teruk sgt. Tapi aku ni jenis yg tak rajin belajar sgtlah and tak terer kepala otak mcm Yem Isa, Elham, Ee Huei Wuan, Sha'ri, Ragunath kasibantai...dan ramai lagi, dorang tu kira brilliant lah. Tp aku pun tak nak lah no yg 20 keatas, jd aku usahalah juga setakat mana yg aku mampu n no aku dlm kelas kemudian turun naik jugalah...cuma aku jenis tak suka ketinggalan dlm pelajaran, so just try to keep up with the class lesson jer. Buat keja rumah, nota skit2... Zaman remaja adalah zaman mencari identiti. Masa kat SMSJ aku perasan ada 4 kumpulan budak (utk lelaki jerlah). Satu yg jenis study dan ada kelebihan sendiri mcm Yem Isa...pandai, rajin dan terer melukis, jadi identiti dorang memang dah terkenal lah kira. Dorang ni tak lah aku anggap mcm skema tu tp dorg ni baik2...

Ucapan selamat

SELAMAT HARI BAPA kepada semua sahabat-sahabat kita yng telah bergelar ayah

Hebahan

Imej
Abang Rosly menjemput semua rakan dan bekas pelajar SMSJ Kluang untuk menghadiri Syarahan Perdana beliau seperti yang tercatat di dalam poster di atas.

Alam remaja (Pt. 1)

Salam semua, Hafizah dan Sha'ri dah citer pasal sekolah. Aku nak citer pasal alam remaja pulak. Aku rasa pandangan/life's perception kita tentang kehidupan banyak dipengaruhi oleh suasana sekeliling kita terutamanya semasa kita membesar. Ibubapa kita, adik beradik, kawan2 dan kemudian guru2 membentuk pandangan kita tentang kehidupan. Pembelajaran secara formal di sekolah rendah dan sifat banyak membaca/atau tidak semasa kita kecil juga membentuk persepsi kita tentang kehidupan dan termasuklah pandangan kita terhadap masa-masa yang kita lalui seperti diSMSJ dulu seperti yang diceritakan oleh Hafizah dan Sha'ri. Ini boleh dibuktikan melalui satu experiment ringkas dimana dua kumpulan diasingkan dan diberi pendedahan kepada dua stimulus yg berlainan dan apabila mereka dikumpulkan semula dan ditanya pendapat tentang satu perkara, ia benar2 menunjukkan yg bahwa stimulus awal yg dua kumpulan itu telah didedahkan mempengaruhi pandangan mereka terhadap perkara yg sama. Bagi aku, ak...

SMSJ ... Terima Kasih

Eh.. apa nak tulis gaknya? Minggu ni turn 5e1. Hafizah tulis pasal perasaan dia kat SMSJ. Tentang sekolah, tentang pendidikan, tentang kawan.. Apa yang aku paling seronok masa kat Sains Johor. Dari Form 1 sampai Form 5. Yang aku ingat, aku membesar di SMSJ. dari budak kecil dari segi saiz dan akal hingga jadi seorang pemuda/youngster. SMSJ lah tempat saya jadi youngster itu. Dari sedikit ilmu dunia hingga lulus SPM/MCE, dari kurang ilmu agama kepada 'tahu banyaklah' ilmu Islam. Apa taknya, Form 5 sibuk dengan dakwah, pergi kem Nadwah, pergi kem Arqam di Pontian, cuma tak sempat pergi Kampung Sungai Penchala. Jadi, 5 tahun di SMSJ telah mempengaruhi banyak diri saya menjadi manusia. Sampai jadi Ketua Sekolah yang sudah tentu ramai yang saya kenakan tindakan (saya dah lupa pun). Saya jenis tak suka ingat kesalahan orang. Lebih-lebih lagi masa tu saya masih dalam proses untuk belajar menjadi seorang pemimpin, dan sudah semestinya ada kesilapan. Rasanya kawan dah maafkan kot. Balik...
How Do I like School? I have often ponder, what is it about our school that I actually liked. The building, the environment,the ambient , the education, the activities, hostel life, friends and teachers....What??? I often experience dreams about our school. The 'feelings' in my dreams wasn't very happy. It was always tiring and as if I could not get to where I am going..It is as if SOMETHING is not done, fulfilled, some 'unfinished business', maybe. (Sounds spooky, don't you think?) I do not have detailed, vivid memories like our friend, Usop , had when he was there. For me it was rather hard to picture events and even some of our friends we had. I probably am suffering from Lacuna Amnesia or maybe just having a mighty small RAM. Anyway, the little things that I remember about life there was a "hectic-kinda-rushing-through-things" life. Wake up early, rush to the bathrooms, had our pails queue for us, subuh prayers, had our rooms tidy, then off to b...

Selamat Hari Lahir

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 48 pada 18 Jun 2009 kepada sahabat kita 1. Saudara Yusof Mohamad (5M1) 2. Saudara Norahmad Said (5M2) dengan ucapan semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, dijauhkan dari mara bahaya, serta mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Amin! dari sahabat-sahabatmu SPM/MCE batch 1978

MG & Pertandingan Memancing Udang 27 Jun 2009

Imej
Setelah lebih 6 bulan Reunion kita tahun lepas, inilah masa untuk kita berjumpa kembali. Tempatnya tak lain & tak bukan di Syioknya Mancing di No 85, Jalan SP3/1, Saujana Puchong. Toke kolamnya siapa lagi kalau tak si Sukimin. Rasanya tak susah nak cari tempatnya, just refer kat map bawah atau boleh guna GPS atau Navigator. (klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar) Semua sahabat2 & keluarga masing2 dijemput hadir. Senior2 & junior2 pun dijemput bersama2 memeriahkan acara ini. Hadiah ada disediakan untuk para pemancing yang menang. Acara pertandingan bermula jam 9 malam hingga 12 t/malam. Lepas tu boleh borak2 kat restoran yang berdekatan & yang menang bolehlah belanja makan ( hadiah bukan cash macam kat GP Joran tu tau!) Sila hebahkan perkara ini kepada semua sahabat2 kita & bekas2 pelajar SMSJ semua. (klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)

TIP KESIHATAN (makan oren)

Asalamualikum dan Salam Sejahtera. Aku bukan doktor! Kawan-kawan yang doktor tu tolong betulkan andainya aku salah. Ini pengalaman aku. Aku menghadapi masalah sembelit dan aku ada alahan. Resdung. Resdung adalah penyakit genetik. Dalam aku mencari jalan untuk mengatasi sembelit ni, aku jumpa doktor. Ubat yang diberi bukan penyelesaian berpanjangan. Habis ubat, sembelit datang lagi. penat jumpa doktor. Bukan salah doktor... Aku rasa ni disebabkan faktor usia. 48! Dulu aku mengamalkan makan betik. Memang ok. Belanja agak mahal. Betik tak boleh simpan lama dan bekalan kadang-kadang tak ada. Mahal. Kadang-kadang tak manis. Jadi aku beralih kepada oren. Ianya berkesan. Tidak berapa mahal dan boleh disimpan lama. Perjalanan lancar! Sudah masuk 3 bulan aku makan sebiji oren sehari. Satu kesan sampingan positif yang aku terima ialah penyakit alahan (resdung) juga beransur reda. (Tak tahu samada ia akan baik sepenuhnya atau sementara macam sembelit tu). Waktu pagi aku AMAT jarang ...

SALAM BAHAGIA

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita TUMIRAN AHMAD (5M2) pada 16 hb Jun 2009 dengan ucapan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia di dunia dan akhirat Dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Salam Bahagia

Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke 48 kepada sahabat kita Januri Kadeni (5M2) dan Rodziah Tawil (5M2) pada 15 Jun 2009 dengan ucapan semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, jauh dari mara bahaya, dan berbahagia di dunia dan akhirat Dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Bersama Hj. Zaidi di Kuantan

Imej
Minggu lepas (Sabtu) aku ke Terengganu & Kota Bharu satu family sempena cuti sekolah & ulang tahun ke48 hari lahir aku. Bertolak dari JB lewat petang melalui Mersing, Rompin (maaf Sop sebab tak kesempatan singgah rumah kau, lagi pun kau demam kan, tak nak ganggu), Pekan dan singgah di Kuantan untuk berjumpa & ngeteh dengan Hj. Zaidi Ibrahim kita. Kebetulan malam minggu bandar Kuantan memang meriah. Kat riverfrontnya pada malam tu ada pertandingan memancing pulak. Kawan2 kita yang lain tu (Member & Zainuddin) pergi mancing juga GP Joran tapi kat Kuala Pahang ke Laut China Selatan. Aku duduk berborak dengan Hj. Zaidi dan orang rumah dia sampai pukul 12.30 pagi kat restoran sg. kuantan sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Pagi di KT aku terus ke Pulau Redang bersama isteri sementara anak2 menginap di KT. Aku di P Redang 2 malam aje & kembali dari sana (Selasa) aku sekeluarga meneruskan perjalanan percutian kami ke Kota Bharu. ...

Jumpa Najib kat Alamanda

Imej
Petang Jumaat lepas aku sekeluarga ke Alamanda untuk cari kasut sukan anak aku yang kedua, Syamira. Tengah kita orang berjalan menuju ke kedai Al-Ikhsan, tiba2 aku ternampak satu muka yang familiar bermata layu nak terlelap kat bangku rehat tingkat bawah. Oppsss.... Najib rupanya. Aku tak dapat sembang lama sebab nak cepat malam ni nak bertolak balik ke Johor

KULIT BABI

Imej
Minggu lepas anak aku yang no 2 mendakwa yang kasut abangnya (along) diperbuat dari kulit babi. Sedangkan aku sendiri tak tahu macamana nak mengenalpasti perkara ini. Jahilnya aku...! Aku pernah dengar dari orang yang 'dot' bekas bulunya ada tiga dot. tiga dot macamana? Aku nak kepastian. Dalam zaman IT ni maka aku cari dalam internet. Yes!! Dapat. Dalam blog malimkundang. Ni yang aku kongsi kepada semua. Cuba perhatikan dot lubang kulit ini. Ni biasanya untuk kasut. Ni kalau pada briefcase. Sekiranya anda regangkan kulit tersebut maka anda akan nampak jelas dot yang tiga tu. Dot tu 3dot dalam satu group! Selain tu beberapa product yang menggunakan kulit babi ni adalah seperti sarung tangan kulit. Beg tangan wanita, dompet dan sebagainya. Ciri-ciri kulit babi ni adalah kulit tu lembut (kulit lembu pun lembut juga). Maka berhati-hati lah! Kebanyakan product dari China menggunakan kulit babi. Barangan dari kult babi boleh dilihat dalam link ni: http://www.ec21.com/ec-market/Pigsk...

Aku jumpa Jamil Sien dan Azhari Ihsan

Imej
Semalam aku dengan orang rumah aku pergi beli barang kat Jusco, IOI Puchong. Tetiba ada sorang mamat ni tepuk bahu aku dari bakang. Jamil Sien rupa2nya. Terus kita orang lunch. Sambil tu aku kol Azhari. Malamnya masa aku tengah dinner sekeluarga kat Sri Fairus tetiba aku terima kol dari Azhari. Rupa2nya dia dengan Jamil tengah on the way ke kolam mancing aku. Bila dia orang sampai, apa lagi kita bertigapun mulalah memancing. Masing2 dapatlah juga. Lepas tu kita orang ke Sri Fairus makan.