Alam remaja (Pt. 1)

Salam semua,

Hafizah dan Sha'ri dah citer pasal sekolah. Aku nak citer pasal alam remaja pulak. Aku rasa pandangan/life's perception kita tentang kehidupan banyak dipengaruhi oleh suasana sekeliling kita terutamanya semasa kita membesar. Ibubapa kita, adik beradik, kawan2 dan kemudian guru2 membentuk pandangan kita tentang kehidupan. Pembelajaran secara formal di sekolah rendah dan sifat banyak membaca/atau tidak semasa kita kecil juga membentuk persepsi kita tentang kehidupan dan termasuklah pandangan kita terhadap masa-masa yang kita lalui seperti diSMSJ dulu seperti yang diceritakan oleh Hafizah dan Sha'ri.

Ini boleh dibuktikan melalui satu experiment ringkas dimana dua kumpulan diasingkan dan diberi pendedahan kepada dua stimulus yg berlainan dan apabila mereka dikumpulkan semula dan ditanya pendapat tentang satu perkara, ia benar2 menunjukkan yg bahwa stimulus awal yg dua kumpulan itu telah didedahkan mempengaruhi pandangan mereka terhadap perkara yg sama.

Bagi aku, aku mula masuk sekolah kat Segamat dan masa darjah dua dah ditempatkan dlm kelas express dan belajar pelajaran darjah 2,3 dan 4 dlm masa dua tahun. Kat kelas tu, guru kami seorang guru perempuan cina memang tersgtlah garang smpai ada pelajar terkencing dan terberak dlm kelas. Bila kena hafal sifir, bukan setakat smpai sifir 12 tp smpai sifir 17! Kemudian tu, tiap2 sorang kena pergi kedepan dan baca sifir dan siapa tak dpt kena sebat atau berdiri atas kerusi. Jadi nak tak nak kenalah belajar kuat2 sehingga ia dah menjadi satu kebiasaan dan keperluan. Lepas tu pindah Muar and masuk darjah 5 satu kelas dgn abg aku G-bug. Kat situ relax skit and byk main especially bola and galah. Guru2 kat situ taklah garang sgt. Aku ingat lagi ada guru lelaki ajar BM...tp dia selalu habiskan masa dgn bercerita. Cerita seramlah...cerita fictionlah...tp yg best tu bila dia cerita macam real jer, siap bole bersmbung2 lagi pada masa yg lain..ala2..bersiri gitu...ekekeh.

Mak bapak aku memang garang...and walaupun rumah cukup kelengkapan dan berkemas, tp kami taklah mewah sgt. Masa aku masuk form 1, aku cuma dpt RM10 sebulan. Masa form 3 naik RM15 and form 5 barulah RM20 sebulan. Jadi kena jaga belanja. Tp sebab dpt biasiswa RM30 sebulan dulu...itu yg buat ok skit...siap bole deng lg...hehehe

Masuk SMSJ pada aku biasa jer...sebab abg aku yg pertama dan kedua pun memang masuk asrama n duduk jauh dari keluarga jd bila turn aku ditawar masuk, takder hal punye.

Masa form 1, periksa penggal pertama masa selepas pindah ke Kluang, korang tahu aku dpt no bape?...no 25/28. Yg ke 26 tu Hj Yahya ker...lps tu Esa Kahar dan slps tu Amiruddin kalau tak silap aku (kalau silap jgn marah...hehehe). Dlm hati aku, aku pikir...siot...terer dorang ni sume...mcm ni tak bole jadi, kena usaha lebih ni...
(bersambung Pt.2)

Ulasan

kembara kelana berkata…
aku ucapkan ribuan terima kasih kepada ha, saari dan norsayam mewakili 5e1, hantar cerita dan kongsi pendapat...aku sangat gembira membawa pelbagai entri dari pelbagai penulis...

syam
samalah dgn aku...tingkatan 1 aku dapat 25/28...amboi terrerr budak budak ni...siut betul..dalamhati aku..
lepas tu aku maintain under 12 walaupun aku kelihatan bermain...terbaik aku dapat dalam kelas ialah no 8 masa pertengahan tahun tingkatan 2.

sebab aku ni kurang study, kalau aku rajin macam mimbar, arbakaria atau lias stone...barangkali dah lama aku jadi prof...hahaha

syam
cucu kau sehat sham?
kembara kelana berkata…
syam
tak sabar menunggu part 2, ok jugak kau berceloteh..tak jemu aku membacanya..kau memang ada bakat syam
sha'ri berkata…
Syam, kau jangan lupa cerita kenapa pakai spek hitam dalam kelas. Aku ingat lagi masa form 5 rasanya.

LAgi satu, aku tak lupa, masa form 4, kita dapat cikgu marmining ajar geog dengan cikgu maimaunah tompang ajar chemistry. entah siapa ke yang 'pee weet' kat diaorang. Lupa dah
kembara kelana berkata…
macam macam ragam syamm..jangan lupa part 2
hafizah berkata…
Norsham, kalau saya dapat cikgu garang macam cikgu awak tu mesti TRAUMA gaknye.
Saya sukalah cikgu BM awak yg kat Muar tu. Usop, awak garang tak????
norlilasamad berkata…
Salam Noorsham,
Entri u telah sikit sebnyk mmbuka mata I knape my only boy tu berperangai mcm skrang ni. Kalau kena cikgu die yg tak garang, mulalah tak serious dlm studies.

Kakak2nya dulu hafal sifir, hmwork buat dulu baru boleh tgk tv & main computer games.Tak kisah pun tak ade Astro kat rumah.

Time die, sibuk pujuk nak Astro. Mcm2 alasan diberi. Kita orang tak layan pun. Bila tanya sifir, kdng2 tu merangkak juge.

Jika periksa dpt no.1, turun aje van dh terjerit2 nk bagi tau.Bila no. jauh sikit, diam aje. Kalau kita tak tanya, dia lagi suka.
Semua benda dia take it easy.

So, today I beli 5 batang rotan.Nak tuliskan nama dia pada rotan tu dan hadiahkan pada guru2 yg tertentu pd Hari Terbuka nanti. Utk digunakan bg merotan dia sorang bila perlu. Org lain tak boleh guna!

Tergamam die!!!
Tersenyum kakak2nye!!!
Geleng kepala Ayahnye!!!
Puas hati saye...
kembara kelana berkata…
lela
ganas pendekatan kau tu, actually dimanapun berada ada dua power, tengok mahabaten lakonan shahru khan dan amitath batchan.

ha
mula jadi cikgu dulu, aku jadi guru disiplin selama 8 tahun..so kau fahamlah kalau guru disiplin macamana, lepas tu aku jadi agen penyeiasat akhirnya aku jadi macam kaunselor...lepas tu gpk1, penyelia hem dan akhirnya GB jadi aku lalui banyak kes disiplin ni
bila dah tua tua, sian pulak budak kena rotan dengan cikgu...aku jadi tukang pujuk...cikgu, slow slow...cikgu.
emmm entahlah ha, lela...macam macam..
fati berkata…
Aku pun garang juga dulu ni ( sebab tu dulu aku jadi cikgu disiplin). Bila bab anak-anak aku serah kat suami sbb dia lagi garang , so aku slow lah sikit, masa along dan ana kecik2 dulu selalu gak kena kurung dlm toilet, rotan ke tali pinggang ke ( tapi kat betis jelah)..sebab dia orang ni hyper aktif. Bila dah tua-tua ni dah tak larat pulak, yg kecik tu manja melampau, so kekadang aku yg bagi pelepik sikit, ayah dia cair je dgn dia....hehehe
hafizah berkata…
Lela, Pati, betullah tu. Anak2 yg bongsu semua LEMAK BERKRIM. Adam saya tu apa kurangnye. Badan dah nak sama besar dgn Kak long dia, tapi kalau duduk tu masih nak beriba.
Tapi saya salah juga. Can't help it, dia tu so very cuddly.He's my precious baby. 15 tahun tu,cuba nak dapat dia.
Anyway, saya sedar juga tak boleh manjakan sangat.Kalau dia tak berjaya,tak berdikari, saya dah tak ada,what will become of him kan?Sebab itu sekali sekala, kena pada situasinya garang juga saya. Lepas tu,saya sedih sebdiri.Tapi pada Norsham & wife,saya kena tabik spring!!!How did you manage 12? RESPECT lah!!!

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Hj. Hamdan Hj. Abd. Kadir

System Tools Part 7

KULIT BABI